Pages

Nasi Jagung



Assalamualaikum dan selamat petang....dok buat apa? mungkin ada yang keluar bersiar-siar dengan family, maklumlah hujung minggu...saya tak keluar mana2 pun petang ni, banyak kerja yang belum beres kat rumah nii. So..petang ni saya nak kongsikan resepi nasi jagung yang saya buat untuk lunch tengah hari tadi....resepi asal dari Cik Mat Gebu tapi saya modified skit ikut style saya iaitu saya tak letak madu dan jugak serai...




Macam yang cik mat cakap, nasi ni sedap makan dengan lauk2 kering...saya masak Udang Masak Mamak Style dan juga Acar Timun Bersama Nenas..sedap tau nasi jagung ni sebab kita tak rasa muak walaupun makan banyak...mungkin juga sebab penggunaan beras Basmathi .....ok lah jom check resepi Nasi Jagung versi saya....


BAHAN-BAHANNYA :
  • 4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 20 minit dan toskan
  • 1 tin kernel jagung , toskan dan simpan airnya
  • 2 camca besar mentega
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air yang ditos dari jagung tadi
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit daun sup-dipotong2

BAHAN TUMIS :

  • 1 biji bawang besar-dimayang
  • 3 ulas bawang putih-dimayang
  • 2 inci halia- dihiris
  • 1 helai daun pandan, di kerat 4 @ disimpul
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :

  • Panaskan mentega dalam kuali, masukkan semua bahan2 tumis dan tumis hingga harum dan layu. Masukkan beras, kacau dan goreng sekejap (lebih kurang 2-3 minit. Matikan api.
  • Masukkan beras tadi ke dalam rice cooker, masukkan jagung, susu cair, jus dari jagung kernel dan juga air rebusan ayam. Masukkan garam secukup rasa, kacau hingga semua sebati.
  • Masak seperti biasa. Biar hingga nasi tanak dan kering. Masukkan daun sup yang telah dipotong..gaul nasi perlahan-lahan dan tutup sebentar. Bila nasi masak,hias dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan dengan lauk kegemaran masing2....selamat mencuba...


0 comments: