Pages

Paru Goreng Bersambal



Assalamualaikum...dah makan malam ka semua....makan apa tu....sebenaqnya aku tak masak pun malam ni sebab ada permintaan orang2 kat rumah ni nak makan pizza hut....so malam ni aku tak payah penin2 pikiaq nak masak apa...walaupun aku tak masak tapi aku nak masukkan juga N3 ni...paru ni aku masak weekend aritu...aku ni kan dah lama teringin nakk makan paru..tapi bila pi market ja mesti paru dah abis...almaklumla aku ni pukul 9 pagi baru hegeh2 nak pi market...paklong yang jual daging tu cakap paru ni kul 7 pagi lagi dah abis...sib baik aku ni tak ngandung he..he..
tapi...weekend aritu aku dikira bernasib baik sebab masih ada sikit lagi paru....apa lagi aku pun rembatla semua yang tinggal...elehh bukan banyak pun..paklong tu jual kat aku rm 3 ja...aku lupa la nak tanya berapa gram....sebab paru ni kan ringan..so kat resepi ni aku agak2 je la ye berat paru tu....so kalau nak check resepi aku leh tgk kat bawah ni...


Bahan-bahan:

300g paru - direbus kemudian hiris nipis2
sedikit serbuk kunyit dan garam
1 sudu makan jintan manis-ditubuk
sedikit minyak

Bahan untuk sambal:semua bahan ni dikisar
5-6 biji cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
sedikit belacan
air asam jawa
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara

Gaulkan paru yang telah direbus dan dihiris nipis bersama jintan manis yang teLah ditumbuk, serbuk kunyit dan garam.
Panaskan minyak. Goreng paru tadi hingga agak2 garing. angkat dan ketepikan.
Untuk menumis,panaskan minyak (guna sedikit drp lebihan minyak untuk menggoreng tadi),tumis bhn kisar hingga masak atau naik minyak.
masukkan air asam jawa, gula dan juga sedikit garam. garam jgn byk sbb paru goreng dh masin.
last sekali masukkan paru tadi. gaul rata dan masak hingga sambal tu kering baru angkat dan dihidangkan.

Bubur Nasi



Salam...bertemu lagi...disebabkan ari ni aku cuti jadi aku sempat la nak masuk N3 baru lagi...bubur ni aku buat untuk anak aku yang tak berapa sihat tu....sesuai dimakan bersama sup ayam sempoi aku seperti N3 terdahulu tu....alehh..senang ja buat ni...sapa2 pun tentu reti buat kan.....sapa2 yang nak try bubur nasi version aku ni leh la tgk resepi kat bawah:


BAHAN BUBUR NASI :
2 cawan beras
6 - 7 cawan air
sedikit daging, di potong kecil....nak letak ayam @ udang pun boleh
1/2 batang lobah merah-didadu
1 batang serai, diketuk
1 inci halia muda, dihiris
1 sudu kecil lada hitam
garam secukup rasa...

BAHAN SAMPINGAN :
Telur masin, rebus keras dan belah 2-aku tak letak sebab tak dak..
Ikan masin, digoreng....ikan gelama , talang dll
Bawang yang digoreng dgn cili padi
Hirisan daun sup/daun bawang
Kicap

CARA MEMBUATNYA :-)

Cuci beras dan masukkan air,daging, serai, lobak merah, serai, halia,lada dan garam, masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecilkan api dan biar merenih hingga beras kembang menjadi bubur. Jika nampak pekat sangat, tambah sedikit lagi air. Bila beras nampak elok kembang dan bubur pekat, boleh matikan api.
Ceduk bubur dalam mangkuk sesuai dan hidangkan bersama bahan2 sampingan tadi, nikmatinya selagi hangat....mmg sedapp....sesuai untuk orang yang tak berapa sihat.

Sup Ayam Sempoi.....



Assalamualaikum....dok buat apa tu? Aku ari ni emergency leave sebab anak aku yang si kakak tu pagi2 lagi dia muntah dengan cirit...aku dah siap2 nak pi kerja tapi tak sempat sampai kat parking si kakak M&C lagi...naik rumah balik tukar baju dia, pastu hantaq si adik kat bbsiter...then terus pi klinik..dah la klinik yang dekat2 rumah aku semua buka pukul 9 lebih...nak tak nak aku bawa dia pi klinik yang agak jauh juga la....kelam kabut aku drive kereta...sampai klinik dr. cakap keracunan makanan..aku tak tau dia makan apa sebab dia sorang ja kena...kami ok ja....balik rumah aku terus buat bubur nasi dengan sup ayam atas permintaanya tapi sikit ja makan...hish...risau betoi aku....la ni dia tidoq...harap2 lps bangun ni ok la dia tu....
Begitulah alkisahnya macam mana aku boleh masak tengah hari working day nii...
sup ayam ni aku bagi nama sup ayam sempoi sebab simple je bahan2nya..aku tak letak sup bunjut pun sebab sebab takdak...so sapa2 nak try buat sup sempoi ni....mai kita check resepi kat bawah....

BAHAN-BAHANNYA :
1/2 ekor ayam,potong ikut suka
3 biji kentang,1 batang carrot,dipotong
1 pokok daun sup kerat2
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS:
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia-dihiris
1 batang serai-diketuk
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 sudu lada hitam
sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA:

Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan goreng hingga kekuningan. Masukkan ayam ,kentang dan carrot.Gaul rata dan biar ayam kecut.
Tuang air secukupnya, masukkan daun sup yang dikerat.Tambah sedikit garam dan biar mendidih. Kemudian kecilkan api dan biar masak perlahan.
Bila kentang, carrot empuk dan ayam masak, tambah garam secukup rasa. Boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun sup/daun bawang...tapi aku tak hias pun.. Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi,bubur,dan lain2..

Mayonise Pancake


Assalamualaikum....selamat petang semua....
Dok buat apa tu? dok minum petang ka?Balik kerja petang ni aku buat mayonise pancake...sebab aku tak tahan tengok masa jalan2 kat rumah CMG dan rumah Kak Hana nuu..tapi aku punya pancake tak lawo la macam diorang tuu...aku takdak nonstick pan yang kecik...so aku gunalah pan yang besaq..tu la pancake aku jadi kecik besaq tuu...pasni nak pi beli pan baru la...walaupun kejadiannya tak lawo tapi aku tak kira aku nak letak jugak dalam nii...resepi ni aku copy kat rumah CMG...mintak halal ye Mat....sapa2 kalau nak resepi ni leh check kat bawah nii.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/2 camca teh baking powder
1 biji telur gred "A"
1 1/2 camca besar gula halus
30 g mentega, dicairkan-malas nak timbang aku letak 1 camca besar...
1 camca besar mayonise
1/2 cawan susu cair
1/2 camca teh esen vanilla
Secubit garam halus
Mentega dan madu untuk dimakan bersama pancake-aku letak madu dengan jem blackcurrant je...

CARA MEMBUATNYA :-)

Satukan tepung naik sendiri, baking powder dan garam halus, gaul rata dan ayak. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula, mentega cair dan mayonnaise, kacau dengan whisk sehingga semua sebati dan rata.
Masukkan susu, kacau dan tambah tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan rehatkan adunan 20 minit.
Panaskan non-stick frying pan pada api sederhana. Lenser dengan sedikit minyak. Sudukan anggaran 3 1/2 camca besar adunan tadi. Ratakan.

Tutup pan tadi dengan tudung periuk sekejap. Bila permukaan pancake berbuih2 dan kelihatan agak kering, perlahan2 terbalikkan. Masak lagi untuk 1 minit. Alih dalam bekas sesuai dan buat kaedah yang sama untuk baki adunan.
Hidangkan bersama jem dan curahan madu...hmm sedappp u!..Nak nak pulak makan masa panas2...

Ikan Bakar Sambal Petai

Assalamualaikum semua..dah makan tengahhari ka??? Tentu dah makan kan...Agaknya mesti ada yang rasa pelik dengan tajuk aku hari ni....rasanya tak ada orang yang pernah buat resepi ni kot kecuali aku...
Alkisahnya begini, hari ni ada permintaan dari hubby untuk buat ikan bakar dan si anakku pula mintak aku buatkan sambal petai....sebenarnya aku malas nak buat dua jenis sambal so aku gabungkan kedua2nya.....he..he...aku buat sambal untuk ikan bakar dan aku letakkan isi petai...pastu aku bakar la ikan tu.....so jadi la ikan bakar sambal petai......kira 2 dalam satu la ni....



Sebenarnya resepi ni aku main hentam je...guna apa yang ada...so pada sapa2 yang sudi untuk cuba...bolehla check resepi kat bawah ni....

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap sederhana besar-dibersihkan (kalau nak guna ikan lain pun boleh..)
  • 3 papan petai-ambil isinya
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 keping aluminium foil

Bahan-bahan untuk sambal: Semua bahan2 ni dikisar

  • 10 biji cili kering
  • 5 biji cili merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 2 biji buah keras
  • sedikit belacan
  • sedikit kunyit hidup
  • minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 keping asam gelugor @ asam keping
  • sedikit air

Cara-cara Menyediakan Sambal:

  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi.
  • Kemudian masukkan asam keping dan sedikit air
  • Masak hingga sambal betul2 masak, masukkan gula dan garam secukup rasa, dan boleh diangkat.

Cara-cara Menyediakan Ikan Bakar:

  • Panaskan Oven 180 darjah celcius
  • Alaskan aluminium foil dengan sehelai daun kunyit.
  • Kemudian tuangkan sebahagian sambal dan ratakan.
  • Letakkkan ikan diatas sambal dan ditutup dengan lebihan sambal tadi.
  • Taburkan petai diatas ikan dan bungkus ikan dengan aluminium foil.
  • Bakar selama lebih kurang 40 minit.


Fruit Salad


Assalamualaikum.....
Malam ni aku buat makanan yang paling simple tapi sihat sbb hanya guna beberapa jenis buah-buahan dan digaulkan dengan mayonis saja....tajuk tu aku guna english sbb konon2 nak jadi macam mat saleh la....hanya makan salad ja....kalau tak kurus jugak aku tak tau la...
walaupun simple tapi aku nak letak jugak resepi....pada sapa2 yang sudi nak baca resepi ni terima kasih la ye....
Bahan-Bahan:
  • 2 biji epal-dipotong
  • 10 biji strawberry-di potong
  • 15 biji anggur
  • 10 batang baby carrot-dipotong
  • 2 sudu mayonis-aku guna lady'sChoice

******Gaul kan buah-buahan dengan mayonis dan sedia untuk dihidangkan...

Cempedak Goreng



Assalamualaikum......
Selamat tengah hari semua.....Kalau tengok N3 ni memang tak sesuai langsung untuk tengah hari kan....
Orang lain sibuk masak @ makan tengahhari tapi aku baru nak masukkan N3 untuk sarapan pagi ni...berbalik kepada cerita pasal cempedak goreng ni, kat kampung aku kat Kedah nu memang musim cempedak sekarang....yang ni pun ayah aku bagi masa aku balik kg minggu lepas....tapi arini baru betul2 masak . Cempedak goreng ni memang my faveret tau...
Aku malas lah nak letak resepi sebab aku rasa sapa2 pun tau nak buat...kan...kan...
Untuk lunch ni aku malas nak masak arini...he...he...jap lagi nak pi JJCM....terukkan aku...
bukan apa sebenarnya aku tak tau nak masak apa sebab hubby aku tak mau makan nasi...lagipun pagi ni aku tak pi market pun....aku rasa setakat ni dulu buat kali ni ...aku nak pi keluar dah ni....

Kuetiau Kungfu

Assalamualaikum.....
Apa khabar semua...dah makan ke belum? Untuk dinner malam ni saya hanya masak resepi yang paling simple....apa lagi ...kuetiau kungfu la....simple tapi sedap dan juga menyihatkan sebab banyak sayur-sayuran....anak yang sulung tu suka sangat sampai 2-3 kali tambah...
Si hubby pun suka sebab dia tengah berkobar-kobar nak diet sekarang ni...Sebenarnya resepi ni saya main belasah je apa yang ada kat esbox tu.....ni resepinya....


Bahan-bahan A:

  • 500 g kuetiau-dicuci dan toskan kemudian gaulkan dengan sedikit garam dan lada sulah
  • 5 biji telur

Bahan-bahan B:

  • 100 g udang basah, dibuang kulit
  • 150 g daging ayam,-saya tak letak pun
  • 100 g sotong, dibersihkan, hiris
  • 100 g sawi , dipotong
  • 100 g jagung muda, dipotong
  • 100 g kobis
  • 100 g bunga kobis, dipotong
  • 100 g lobak merah, dihiris memanjang
  • 1 biji tomato
  • 3 ulas bawang putih, cincang
  • 5 biji cili padi diketuk
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air
  • 11/2 cawan air
  • 1 sudu lada hitam ditumbuk
  • 1 kiub pati ayam
  • sediki jus limau nipis
  • Lada sulah dan Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :

Untuk Kuetiau: Panaskan minyak, kemudian goreng telur bersama kuetiau dalam kuantiti yang sedikit sehingga agak garing kemudian alih ke dalam bekas sesuai ( Anggaran 100 g kuetiau = 1 biji telur)...

Untuk Kuah:

  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih dan cili padi hingga kekuningan.
  • Masukkan udang, sotong dan ayam. Masukkan air , kiub pati ayam , lada hitam, lada sulah, & lobak merah.
  • Bila mendidih, masukkan jagung muda, bunga kobis dan bancuhan tepung jagung, kacau rata dan masukkan sawi dan kobis tadi.
  • Biar mendidih perlahan dan tambah garam secukup rasa.Kemudian masukkan belahan tomato, jus limau nipis dan matikan api.
  • Tuangkan keatas kuetiau dan dihidangkan panas-panas.

Air Asam Tomato Kerisik & Acar Timun


Assalamualaikum....
Apa khabar semua......sebenarnya air asam tomato kerisik dan acar timun ni saya buat weekend aritu masa kat kg...air asam & acar ni sebenarnya partner untuk makan bersama2 nasi daging seperti N3 sebelum ni. Rasanya budak sekolah pun tau nak buat kan.....resepinya simple je. Bagi air asam tu sebenarnya lebih kurang sama dengan air asam yang kebanyakan orang buat cuma saya just add on kerisik dan susu cair....apa2 pun saya letak jugalah resepi kat sini...sekurang kurangnya ada juga isi untuk blog ni.....
Bahan2 untuk Air Asam Tmato Kerisik
  • 1 @ 2 biji tomato*
  • 1 labu bawang besar*
  • 1 biji cili merah*
  • 2-3 biji cili padi*-kalau nak pedas tambah lagi....
  • 1 biji limau nipis
  • 1 sudu sambal belacan
  • 1-2 sudu besar kerisik
  • 1/4 cawan susu cair
  • Garam secukup rasa

Cara: Hiris nipis bahan2 * dan gaulkan dengan sambal belacan, garam, kerisik, susu .Kemudian perahkan limau nipis dan gaul sebati.Bolehlah dihidangkan segera.

Bahan2 untuk Acar Timun:

  • 1 biji timun-buang kulit dan hiris nipis @ disagat nipis
  • 1 labu bawang besar-juga dihiris nipis
  • 1 biji cili merah, 2-3 biji cili padi-hiris nipis
  • cuka secukup rasa-lebih kurang 2-3 sudu
  • gula & garam secukup rasa
  • sedikit air

Cara: masukkan air, gula, garam ke dalam mangkuk.Kemudian kacau hingga gula & garam larut.Selepas itu bolehla dimasukkan timun, bawang dan cili. Gaul Sebati dan siap untuk dihidangkan..

Nasi Daging Utara



Assalamualaikum semua....

Rasanya dah lama tak ada N3...bukannya apa, broadben ni lembab sgt...tu yang nak masuk N3 pun malas. Bila dah masuk plak ada ja gangguan dari si kakak dan si adik tuu...nak tunggu depa tidoq sekali ...dengan mama depa sekali tidoq...

Cerita pasal Nasi Daging ni, sebenarnya resepi asal dari ayahanda saya...Nasi daging ni femes seblah utara tapi kalau seblah selatan nuu tak atau plak..Nasi daging ni simple sebab dimasak sekali dengan daging dan bila nak makan dihiris daging nipis2 dan di makan bersama air asam tomato kerisik, dalca dan juga acar timun...memang sedappp.....pada sapa2 yang nak cuba..ni resepinya...

Bahan-bahan.
Bahan A-Homemade serbuk nasi daging
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • sedikit bunga lawang, bunga cengkih& buah pelaga
  • 1 sudu besar halba
  • 2-3 biji buah keras-ditumbuk kasar
  • 2-3 biji badam-ditumbuk kasar
  • 1 inci halia-dihiris nipis

    ****semua bahan2 diatas disangai @ digoreng tanpa minyak hingga garing.Sejukkan dan dikisar kering hingga jadi serbuk.Simpan didalam bekas kedap udara.

BAHAN-BAHAN untuk Nasi:-)

  • 1 kg daging batang pinang-potong sederhana besar, cuci bersih dan toskan
  • 6 cawan beras basmathi-direndam 15-20 minit dan toskan....kalau guna beras biasa tak perlu rendam.
  • 1 inci halia, 3 ulas bawang putih, 5 ulas bawang merah - di hiris @ di tumbuk halus
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 3 sudu besar serbuk nasi daging yang disediakan terlebih dahulu seperti resepi di atas.
  • 1/3 cawan minyak masak
  • 7 1/2 cawan air
  • 1/2 tin susu cair
  • 1/2 cawan tomato puree
  • 1/2 cawan tomato soup
  • Garam secukup rasa
  • Bawang goreng, daun bawang @ daun sup untuk hiasan
  • Hirisan daun sup, untuk hiasanBawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  • Dalam periuk, panaskan minyak , masukkan minyak sapi dan biar cair.
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
  • Kemudian masukkan daun pandan, tumis hingga bawang kekuningan.
  • Masukkan daging. Kemudian masukkan serbuk nasi daging dan goreng sebentar.
  • Masukkan air dan rebus hingga daging empuk @ hampir empuk.
  • Masukkan tomato puree dan tomato soup. Masak lagi hingga mendidih.
  • Kemudian masukkan pula susu cair, garam dan biar sebentar.
  • Masukkan beras dan masak bersama2 daging tadi.
  • Gaul rata, kecilkan api dan masak seperti masak nasi biasa hingga nasi masak @ pindahkan ke dalam rice cooker , kacau rata dan masak seperti biasa hingga nasi masak.
  • Bila nasi betul2 masak, keluarkan daging, gemburkan dan hias nasi dengan hirisan daun sup, daun bawang dan juga bawang goreng.
  • Sebelum dihidangkan hiris nipis2 daging tadi dan boleh dihidang bersama "air asam tomato kerisik"dan juga "acar timun"....Selamat mencuba..

Kek Prune Kukus






Assalamualaikum semua...

Resepi kek prune kukus ni saya ambik dalam CARI Forum, dan memandangkan feedback yang memberansangkan saya pun try la...apa yang bestnya 1st trial dah jadi...kek ni memang sedap sedap sebab rasanya masam2 manis gitu...bila makan tak rasa muak...terima kasih kepada penyumbang resepi...mintak halal dan mintak izin nak c&p kat sini...kepada sapa2 yang berminat nak try jgn malu jgn segan...


Bahan-bahan:


  • 250 g butter

  • 2 cawan tepung naik sendiri

  • 1 cawan gula

  • 1/4 tin besar susu pekat manis (kalau guna tin kecil 1/3 pun cukup)

  • 20 biji prune (kisar dengan sedikit air, setakat boleh kisar dah cukup)

  • 5 biji prune (hiris kasar)

  • 5 biji telur

Cara :



  1. Didihkan air dalam pengukus.

  2. Putarkan butter/gula/susu sehingga sebati.

  3. Masukkan telur satu per satu dan putar lagi.

  4. Masukkan prune yg telah dikisar.

  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.

  6. Akhir sekali masukkan prune yg dihiris kasar dan kacau dengan senduk sudah memadai.

  7. Griskan loyang dengan butter dan alaskan dengan kertas minyak, tuang adunanke dalam loyang dan kukus selama 1 1/2 jam.

  8. Kalau nak bagi cantik, letakkan beberapa biji prune di atas adunan sebelum dikukus sebagai hiasan.

Kek Coklat Moist





Salam untuk semua...


hari ni saya nak kongsi kek coklat lembab yang saya buat weekend aritu tapi tak sempat nak upload sebab fedap dengan tenet yang lembab itu....kek ni saja je buat sebab tiba-tiba tekak ni rasa teringin sgt nak makan kek coklat..lagipon bahan2 semuanya memang dah ada kat rumah....
resepi kek ni kakak ipar saya yang bagi...dah beberapa tahun dah...dan bila saya dok bertenet ni ada juga saya nampak resepi yang sama..so disini saya nak kongsi resepi kek coklat lembab ni...pada sapa2 yang nak resepi yang simple tapi sedap ni boleh la try...

Bahan-bahan:
Bahan A
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 cawan serbuk koko*
  • 1 sudu teh baking powder*
  • 1 sudu teh soda bikarbonat*

Bahan B

  • 1 cawan gula halus @ gula caster
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak

Bahan C

  • 1 cawan air panas

Cara-cara:

  1. Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celsius lebih kurang 10 minit.
  2. Satukan dan ayak bahan2 A..ketepikan
  3. Masukkan bahan2 B dalam mangkuk dan pukul@kacau hingga sebati.Tak perlu guna mixer...guna whisker atau senduk kayu jee..
  4. Kemudian masukkan bahan A yang telah di ayak tadi dan kacau hingga sebati dengan bahan2 B tadi.
  5. last sekali masukkan air panas dan kacau lagi hingga betul2 sebati dan boleh dituangkan dalam acuan yang telah disapu mentega dan bakar dengan suhu 180 darjah celsius selama 40-50 minit atau sehingga masak.

Untuk Toping:

250 gram coklat masakan

100 ml susu cair

1 sudu butter

>>> double boil kan kedua-dua bahan tersebut hingga coklat betul2 cair dan masukkan butter ...sejukkan dan boleh dituangkan keatas kek..dan bolehla dihias mengikut kreativiti sendiri...

>>>untuk gambar diatas saya just parutkan coklat putih kat atasnya..






Kelebihan Bulan Rejab

Assalamualaikum...
Pejam celik-pejam celik dah masuk bulan rejab...dah 3 hari pun.Saya percaya tentu ramai yang mengambil peluang untuk berpuasa sunat bulan rejab yamg sememangnya banyak fadhilatnya.
Jadi disini saya ingin berkongsi fadhilat bulan rejab untuk tatapan semua...renung-renungkan dan selamat beramal....

KELEBIHAN BULAN REJAB Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya. Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

  1. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
  2. Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
  3. Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
  4. Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
  5. Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
  6. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
  7. Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
  8. Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
  9. Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
  10. Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
  11. Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  12. Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
  13. Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
    Berkata Saidina Ali:
  14. Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
  15. Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
  16. Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

  • Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
  • Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
  • Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
  • Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.

* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.

* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar) Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim. Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH. REJAB bulan menabur benih. SYA'ABAN bulan menyiram tanaman. RAMADHAN bulan menuai. REJAB menyucikan badannya. SYA'ABAN menyucikan hatinya. RAMADHAN menyucikan rohnya. REJAB bulan taubat. SYA'ABAN bulan muhibbah. RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Nasi Dagang Simple & Gulai Ayam Kampung


Assalamualaikum.....
Selamat berhujung minggu dan pagi nii teringin la plak nak makan nasi dagang....memandangkan dalam esbox ku itu hanya ada ayam kampung saja..so aku masak la gulai ayam kampung.Nasi dagangnya pulak aku buat versi aku....he...he...he...versi malas la tu..sebab aku malas nak kukus tapi aku masuk semua bahan2 dalam rice cooker then tekan butang cook..biarkan hingga masak....
resepi nasi dagang versi aku...
Bahan-bahan...
  1. 4 cawan beras nasi dagang
  2. 5 cawan santan
  3. 1 helai daun pandan
  4. 1 sudu halba
  5. 3 ulas bawang merah....dihiris halus..
  6. 1 inci halia....pun dihiris halus..
  7. 1 sudu teh garam

cara masaknya seperti yang aku bagitau kat atas...

Gulai Ayam Kampung..

Bahan-bahan

  1. 1/2 ekor ayam kampung...potong ikut suka
  2. 1 mangkuk santan
  3. 1 peket serbuk kari daging dibancuh dengan sedikit air
  4. 2 sudu besar kerisik
  5. 3 ulas bawang merah*
  6. 3 ulas bawang putih *
  7. 1 inci halia*
  8. Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga*
  9. 1 helai daun bay....tak letak pun takpa...
  10. Garam secukup rasa...
  11. 3 biji kentang....dipotong2
  12. Sedikit minyak untuk menumis

Cara masak....

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan bertanda* hingga kekuningan..
  2. Masukkan serbuk kari, daun bay dan ayam...tambahkan air dan masak hingga pecah minyak dan sampai ayam empuk.
  3. Bila ayam dah empuk, masukkan kerisik, santan dan kentang...
  4. Masak lagi hingga kentang empuk.
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Sedia untuk dimakan bersama nasi dagang..

Note: sebenarnya aku ada baca petua untuk lembutkan ayam atau daging adalah dengan cara masukkan daun bay....

Tercapai Hasrat Hati...

Assalamualaikum ....
Akhirnya tercapai juga hasrat hati untuk mempunyai blog sendiri...baru berjinak-jinak sbg blogger dan saya minta maaf sekiranya ada yang terkurang...insyaallah akan saya perbaiki dari masa ke semasa...sebenarnya blog ini bukan semata-mata untuk resepi masakan sahaja tetapi lebih kepada catatan dalam kehidupan sehari-hari..