Pages

Sambal Ikan



Assalamualaikum...dok buat apa tu?mesti dok sibuk2 kat dapur kan? Hari ni saya masak simple2 ja, tu yang ada masa nak post kan N3 yang tertunggak ni...sebenarnya ni juadah berbuka ari sabtu ari tu....hb yang suruh masak lauk ni dan pesan boh bawang banyak skit...cuma ikan yang saya guna ni cinonet je, kalau ikan yang gemuk skit mesti lagi sedap...alah, sambal ni biasa ja, tapi saya letak jugakla resepi kat sini...jom tengok.....

Bahan2 :
  • 3 ekor ekor ikan kembong
  • 1 biji bawang besar- dihiris bulat
  • 1 biji cili hijau-di hiris menyerong
  • 1/2 cawan cili kisar
  • 1/4 cawan jus asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci belacan* -(bahan*ditumbuk lumat)

Cara-Cara:-

  • Ikan dibersihkan, dikelar dan dilumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
  • Tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar minyak masak, tumiskan bahan tumukhingga wangi.
  • Masukkan cili kisar, masak hingga terbit minyak .
  • Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Tambah air sedikit.
  • Biarkan mendidih dan agak pekat sedikit, masukkan ikan , bawang besar dan cili hijau. Gaul rata sebentar. Matikan api dan sedia untuk dihidang.

Gulai Ketam Bersama Nenas

Assalamualaikum....selamat berhujung minggu...mesti ramai yan sibuk dok mengukis sekarang ni kan??ye la lagi seminggu lebih je lagi kan dah nak raya...Gulai ketam ni saya masak semalam untuk berbuka...dah hujung2 puasa ni, makan pun dah tak berapa berselera tapi dengan Gulai ketam ni terus terbuka selera..ye la sebelum ni makan tak pernah bertambah tapi semalam sampai 2-3 kali tambah...mesti ada yang tanya sedap sangat ke tu???nak kata sedap sangat tu tak tau la tapi ni memang peberet kami sekeluarga...resepi nya biasa ja tapi bila digandingkan dengan nenas tu yang buatkanya lagi best..terasa masam manis nenas tu...ok la jom tengok resepi kat bawah ni...

Bahan2:
  • 5 ekor ketam-bersihkan dan tos
  • 1 biji nenas-di kupas, dibersihkan dan kemudian celur sekejap-toskan
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1/2 sudu besar serbuk cili
  • 1 keping asam gelugur
  • 3 ulas bawang meras-hiris halus
  • 2 ulas bawan putih-hiris halus
  • 1/2 inci hali-hiris halus
  • 1 tangkai daun kari
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara2:
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari dan halia hingga wangi.Masukan serbuk kari dan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air. Masak dengan api kecil hingga garing.
  • Masukkan ketam, santan cair dan asam gelugur. Masak hingga mendidih.
  • Kemudian masukkan nenas dan santan pekat. Masukkan garam dan gula jika perlu. Biarkan mendidih 2-3 minit lagi atau hingga ketam masak.Rasa dan jika ok boleh tutup api dan boleh dihidangkan..

Biskut Cornflakes

Assalamualaikum....salam pagi Jumaat yang mulia ni., terutamanya pada 17 Ramadhan ni...hari di mana Al-Quran diturunkan....semoga di bulan yang mulia ni kita dapat menggunakan kesempatan yang ada untuk membaca dan juga bertadarus Al-Quran....lagi 13 hari ja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita ...tahun depan kita tak tau lagi samada kita masih diberi kesempatan olehNYA atau pun tidak..semoga kita masih dipanjangkan umur...Amin....

Bila dah tinggal tak banyak hari lagi, dah tentu ramai yang dah start mengukis ni kan...termasuk la saya he..he..he...ye la hari cuti ni je la nak mengukis pun, kalau hari kerja...uish...tak larat la....balik kerja ja terus bersilat kat dapur, pastu malam plak mata dah tak daya nak bukak dah...

Ok la cerita pasal cookies ni, cornflakes cookies ni saya cedok kat rumah kak ummi....saya ni tak pandai nak buat cookies yang lawa2, so pi rumah kak ummi nampak la cookies ni yang senang sangat nak buat dan kalau ikut kata kak ummi cookies ni dah jadi cookies wajib kat rumahnya...kal ummi saya C&P resepinya ye...mintak halal ye...timakasih...

Biskut Cornflakes

Sumber : Kak Ummi

Bahan:- (anggaran 70 biji) -saya buat dua adunan

  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 biji telor
  • 2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)
  • 1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
  • 2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)

Cara Membuat:-

  • Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telor dan pukul lagi. Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata.
  • Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata. Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.

Biskut Irish

Salam semua....aduss!! dek tak tahan tengok kawan2 tayang biskut Irish ni, den pun berkobar-kobar nak mencubanya....kira tak sempat nak tunggu besok dah terus buat malam2 ni...sebelum ni tengok kat rumah Cik Mat, pas tu kat rumah kak ummi dgn kak hana plak...kali ni biskut ni dah singgah kat rumah den pulak...pada saya la biskut ni memang sedap , bahan2nya pun tak banyak....untuk resepi saya c&p kat rumah Cik Mat je la ye...thanks Cik Mat,....


Biskut Irish
Sumber: Cik Mat Gebu, Kak Ummi , kak Hana & dll

Bahan A:-

  • 180 g mentega
  • 20 g shortening (lemak sayur)
  • 130 g gula halus -saya guna gula icing
  • 1 kuning telur
  • 1 camca teh nescafe (mat ganti dengan esen vanilla) -saya pun guna esen vanila
  • 1 camca teh esen kopi (pun tak bubuh sebab tak de) -pun tak buh

Bahan B:-

  • 200 g tepung gandum
  • 100 g tepung sagu ubi
  • 1/2 camca teh serbuk penaik
  • 40 g nestum, dikisar halus - saya gantikan dengan corn flakes

Bahan Hiasan:-

  • Kuning telur untuk sapuan
  • Gula bewarna atau apa jelah ikut suka, sebagai hiasan

Cara membuatnya:-

  • Satukan semua bahan A dalam mixing bowl dan pukul hingga semua sebati dan berkrim.
  • Perlahankan speed dan masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
  • Canai doh setebal 1/2 cm dan terap mengikut acuan kegemaran. Susun dalam dulang pembakar, sapu kuning telur dan hias ikut suka. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit.
  • Bila keluarkan dari oven, biar biskut dalam dulang sementara waktu (mat perhatikan, biskut agak lembut masa dalam keadaan panas).
  • Bila biskut agak keras boleh dialihkan ke jaringan dan sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..

Nasi Lemak Kukus


Assalamualaikum...ish..ish..lama tak update ye...bukan nya apa, malas sebab laptop ni lembab giler...agaknya dah nak kena format ni...sebenarnya N3 ni adalah juadah berbuka ari isnin...anak yang request...mula2 ingat nak buat sambal udang tapi anak saya ni nak sambal ikan bilis....so buat je la...kesian.... dia puasa kan...kali ni saja saya buat versi kukus....lagipun kalau buat kukus, nasi kita tak berkerak...bahan2 sama macam nasi lemak lain jugak..kalau nak tengok resepi jom pi bawah nii...tapi sukatan yang saya buat ni untuk makan 3 beranak je...kalau ramai nak makan boleh doublekan sukatan nya yer...



Bahan2:
  • 2 cawan beras basmathi ( rendam 3 jam-kemudian bersihkan dan toskan )-kalau guna beras biasa tak perlu rendam.
  • 3 cawan santan
  • 1 batang serai-di ketuk
  • 2 ulas bawang meras-dimayang
  • 1/2 inci halia-dihiris
  • 1 helai daun pandan-disimpul
  • 1 sudu kecil halba
  • Sedikit garam

Cara2:

  • Masukkan semua bahan2 diatas kedalam periuk.Masak macam masak nasi biasa.
  • Apabila nasi dah kering, pindahkan kedalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu..
  • Kukus hinggan nasi betul2 masak, lebih kurang 20-30 min...Angkat dan boleh dihidangkan dengan sambal kesukaan masing2...

Sambal Sotong


Assalamualaikum.....buat aper tu...buat biskut raya ka???ka dah ada yang pingsan...hari ni saya nak kongsikan resepi sambal sotong...kali ni saya buat versi CIK MAT GEBU kita tu...ada ka yang tak kenal ???tentu semua kenal kan...ala...Mat Gebu Blogger masak yang tersohor tuu??
Saya ni kan sejak jumpa dgn mat ni, tiap2 hari mesti kena singgah kat rumat dia...kadang2 sampai 3-4 kali sehari...nasib baik mat tak tutup pintu rumah dia tu...saya ni bukan apa, suka tengok dan cuba resepi2 dari dia...kira mat ni sumber ilham la....ok lah kalau nak tengok sambal sotong versi mat boleh tengok kat sini... tapi jangan plak ada yang compare gambar sambal sotong saya ni dgn mat punya..sah2 macam langit dengan bumi...saya buat separuh daripada resepi mat ni..ye la yang nak makan 2 orang ja, kalau buat banyak kang takut ada yang tak termakan kot....lagipun bulan Ramadhan ni tak elok membazir kan??? Sebelum ni saya kalau buat apa2 sambal tak pernah letak buah keras, tapi kali ni saya ikut cara mat dan pada saya sambal ni sedap...ok lah saya kopipes ja la ye dari rumah mat...mintak halal ye mat....

SAMBAL SOTONG
Sumber: Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 400 gram sotong
  • 2 cawan cili kisar
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci belacan*
  • 2 biji buah keras*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
  • Sotong, dicuci bersih, potong bentuk gegelang, manakala kepala dia, dibuang paruh dan mata. Cuci dan toskan.
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, tumis hingga garing. Tuang jus asam jawa, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga pekat.
  • Masukkan sotong dan gaul. Masak hingga sotong kecut sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api, tak perlu masak sotong terlalu lama, nanti liat....

Nasi Ayam Black Pepper

Assalamualaikum....selamat hari minggu....dok buat apa tu? tentu dok pikiaq nak masak apa untuk berbuka nanti kan??Kalau penin2 sgt, masak ja nasi ayam....senang ja...
Nasi Ayam ni adalah juadah berbuka minggu lepas tapi tak sempat nak post kan.... tentu ramai yang pernah buat nasi ayam kan??? Kalau kita tengok, macam2 version nasi ayam yang ada...ada 'nasi ayam madu', 'nasi ayam hainan', 'nasi ayam ipoh' dan macam2 lagi....Ayamnya pulak boleh terpulang la nak goreng panggang ka...goreng pun sedap....Untuk kali ni saya buat versi goreng....
Kalau nak tengok resepi jom la....

BAHAN2 NASI AYAM :
  • 3 cawan beras basmathi- cuci dan rendam 15-20 minit, toskan
  • 5 cawan stok sup ayam
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 helai daun pandan-disimpul
  • 1 inci halia*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 labu bawang besar*-bahan* dikisar
  • 1 sudu besar mentega
  • Garam secukup rasa
CARA2 :
  • Panaskan mentega dalam periuk ( kalau nak tumis terus dlm rice cooker pun boleh), tumis bahan2 kisar, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum.
  • Masukkan daun pandan. Kacau rata dan masukkan beras, goreng beras dengan bahan tadi selama 1-2 minit. Alih beras tadi dalam rice cooker, tuang stok ayam dan gaul.
  • Tambah garam secukup rasa. Masak seperti biasa. Bila nasi dah masak taburkan hirisan daun sup, karehkan nasi perlahan-lahan dan tutup sebentar. Kemudian boleh lah ditabur dengan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

BAHAN2 UNTUK AYAM GORENG BLACK PEPPER:
  • 4 ketul ayam yang telah di rebus ( di ambil drp sup ayam )
  • 2 sudu besar sos black pepper
  • 1 sudu besar balack pepper- ditumbuk halus
  • 1 sudu besar madu
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 ulas bawang putih-di tumbuk halus
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

CARA2:

  • Ayam di gaulkan dengan bahan2 di atas kecuali minyak, perapkan 2-3 jam.Kemudiaan boleh la di goreng terendam ...Angkat dan boleh la dhidangkan
BAHAN2 UNTUK SUP AYAM :
  • Ayam dipotong 4- cuci bersih dan toskan.
  • Sedikit ayam-bahagian tulang-di potong kecil
  • Air secukupnya
  • 2 biji kentang-di potong2
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 3 ulas bawang merah-tumbuk
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk
  • 1 inci halia-tumbuk
  • 1 tangkai daun sup-dikerat
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa

CARA2:

  • Panas minyak, tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk , masukkan ayam dan kacau sebentar
  • Masukkan sup bunjut dan air .Biarkan hingga mendidih . Keluarkan 4 ketul ayam tadi dan biar kan sejuk.
  • Cedok keluar 6 cawan stok ( 5 cwn untuk memasak nasi,1/2 cwn untuk sambal kicap dan 1/2 cawan lagi untuk sos cili) .
  • Kemudian masukkan kentang dalam baki kuah sup, tambah air jika perlu. terus memasak hingga empuk.
  • Masukkan garam secukupnya , masak sekejap lagi. Masukkan daun sup dan boleh la tutup api. Hias dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

BAHAN2 SAMBAL KICAP:

  • 3 biji cili padi
  • Sedikit halia
  • 2 ulas bawang putih
  • Kicap secukupnya
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • Sedikit bancuhan tepung jagung

CARA2:

  • Tumbuk cili,bawang putih dan halia hingga halus. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali bancuhan tepung jagung.Masak sebentar dan masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan dan boleh tutup api....

BAHAN SOS CILI :

  • 5 biji cili merah-di buang biji
  • 3 biji cili padi merah
  • 1 biji tomato
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan stok sup ayam
  • 1 hirisan halia
  • Gula dan garam secukup rasa

UNTUK SOS CILI :

  • Cili merah, cili padi, bawang putih dan tomato dikisar halus, masukkan ke dalam periuk, masukkan stok ayam dan halia. Masak hingga mendidih, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api kecil sehingga pekat. Biar sejuk dan boleh hidangkan bersama nasi ayam tadi...

Spaghetti Bolognese With Black Pepper Sausage

Assalamualaikum semua....malam ni saya nak kongsikan resepi resepi "Spaghetti Bolongnese With Black Pepper Sausage" ..Spaghetti ni saya masak sebagai juadah berbuka kami sekeluarga hari ni...kesian Arissa yang baru belajaq puasa tu, walaupun tak berapa sihat sebab batuk2 tapi bila dengar mama dia nak masak spaghetti ni sanggup tahan...tak nak berbuka....Alhamdulillah walaupun baru belajaq puasa, dapat juga seminggu kat dia....hari yang mula2 ja pancit...tahniah sayang mama...semoga besar nanti jadi anak yang solehah...amin...

Alkisahnya, "Spaghetti Bolongnese" ni memang selalu sangat saya buat, terutamanya bila malas..he...he...untuk kali ni saya campakkan ja sosej sekali...kalau suka cendawan butang pun boleh, tapi saya tak letak sebab takdak stok kat rumah...lagi satu saya guna sos spaghetti segera yang dalam tin tu ja...tu yang cepat tu... saya dari dulu lagi lebih suka guna jenama Prego yang dalam tin tu....Jom la kita belek2 resepi kat bawah ni....

Bahan:
  • 300 gm Spaghetti - direbus dengan garam dan sedikit minyak hingga lembut. Toskan.
  • 1 tin Traditional Tomato Spaghetti Sauce - saya guna Prego
  • 400 gm daging kisar
  • 3 batang Ayamas Black Pepper sosej - dipotongbulat2 kecil
  • 1 labu bawang holand - didadu ( bawang besar biasa pon boleh )
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 sudu besar cili kisar (optional- kalau tak suka pedas sila abaikan )
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos lada hitam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 sudu teh serbuk oregano
  • 1 helai bay leave
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • Grated Parmesan cheese untuk tabur

Cara-Cara:

  • Panaskan minyak zaitun dalam periuk,tumiskan bawang besar dan bawang putih sebentar hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar, kacau dan masukkan daging kisar. Masak hingga daging empuk.
  • Masukkan sos spaghetti, sos cili, sos tomato, sos lada hitam, oregano dan juga bay leave.
  • Masukkan sosej dan kacau. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tutup api.
  • Tuangkan ke atas spaghetti yang diletak di dalam pinggan dan tabur Parmesan cheese. Hidangkan. Selamat mencuba...

Kailan Ikan Masin


Assalamualaikum dan selamat pagi....salam pagi jumaat, dah solat subuh ke? ...Alhamdulillah....
Hari ni dah 10 hari kita berpuasa....cepat sangat masa berlalu....
Ok lah untuk N3 kali ni adalah N3 tertunggak....masak untuk berbuka hari tu tapi tak sempat nak post....ada sapa2 yang tak makan kailan ka?...kailan ikan masin ni sedap tau, dah tu senang sangat nak buat...cepat, mudah dan sedap....jom check resepi...
Bahan2:
  • 1 ikat kailan-di potong dan dibersihkan
  • 3 ulas bawang putih-hiris
  • 3 biji cili padi-di ketuk
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit Minyak

Cara2:

  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili padi hingga wangi. Masukkan sos tiram dan kailan.Kacau sebentar dan boleh diangkat dan hidang segera...

Mee Kuah Tulang


Assalamualaikum dan selamat petang...mesti ramai yang sedang sibuk di dapur untuk menyediakan juadah berbuka kan....hari ni saya masak simple je....tak berapa sihat la...dari pagi lagi sakit kepala....sebenarnya mee kuah ni saya masak hari isnin ari tu tapi tak sempat nak posting...jadi ari ni baru nak post....pada saya mee kuah ni la yang paling senang dan saya belajar buat ni pun masa sekolah dulu2....sebelum ni saya guna daging ja tapi kali ni sebab kat dlm esbox memang dah ada tulang skit, so saya buat ja la kuah mee ni...ok lah jom semak resepi......
Bahan2 Kuah:
  • 500 g tulang lembu dan sedikit daging-direbus hingga empuk dan air rebusan jgn buang...
  • 2 senduk cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 pokok sawi-di potong kasar
  • 1/4 biji kobis-di potong kasar
  • 1 biji buah tomato-di belah 4
  • 3 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*....(bahan2 * di kisar @ tumbuk )
  • Sedikit minyak untuk menumis

Bahan mee:

  • 500 g mee kuning-di celur dan toskan

Bahan2 Sampingan/hiasan:

  • 1 mangkuk taugeh-di celur
  • Sedikit hirisan daging
  • Sedikit daun bawang-di hiris halus
  • 1 biji cili merah-di hiris nipis
  • Telur rebus-di belah2
  • Limau kasturi
  • Tauhu-di goreng dan dihiris nipis
  • Sedikit bawang goreng
Cara Menyediakan kuah:
  • Panaskan minyak.Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.Masukkan cili kisar, biar hingga garing. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.Kacau sebentar.
  • Masukkan tulang yang telah direbus bersama air rebusan sekali.Kalau kuah agak sedikit, tambah kan sedikit air.Biarkanmendidih.
  • Masukkan garam dan gula sesedap rasa.Masukkan sawi, kobis dan tomato.Biarkan seketika.Tutupkan api.

Penyediaan mee kuah:

  • Masukkan mee ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah di atasnya.Hiaskan dengan bahan2 sampingan dam sedia dihidangkan...

Udang Masak Rica-Rica


Assalamualaikum dan selamat pagi....untuk N3 kali ni saya nak kongsi resepi yang saya ambik kat rumah Kak Ummi . Saya masak ni masa balik kampung hujung minggu ari tu....sori la sebab gambar blur skit....macam orang yang ambil agaknya...he...he..
Kak Ummi guna udang galah tapi saya guna udang kertas yang sedehana besar ja.....rasanya sedap dan yang paling penting cepat ja nak siapkannya...ok lah tak sempat nak celoteh panjang2....saya copy paste balik ye...thanks kak ummi...
UDANG GALAH MASAK RICA-RICA
Sumber Resepi: Majalah Sedap
Bahan:-
500 gm udang jerbung, agak besar (*akak guna udang galah) -saya guna udang kertas
100 ml air
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh air limau nipis (*akak guna lemon)-saya guna jus limau nipis
1/2 sudu teh gula pasir
3 sudu makan minyak untuk menumis
Bahan Kisar:-
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
2 tangkai cili merah
3 biji cili padi merah (*akak letak 5 biji padi hijau)
1 cmhalia
1 biji tomato merah/masak
Cara Memasak:-

Udang dibelah belakang dan dibersihkan. Perapkan udang dengan air limau nipis dan garam selama 15 minit.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan udang dan kacau hingga berubah warna.
Masukkan air, garam dan gula. Seimbangkan rasa.
Masak sehingga matang dan rempah menyerap.
Tutup api dan hidangkan.
......Selamat Mencuba....

Sambal Daging Selasih


Assalamualaikum....apa khabar? makan apa tadi...pejam celik- pejam celik dah seminggu kita puasa, cepat nya masa berlalu...
Dah lama blog ni tak berN3 baru...bukan tak masak,...masak tapi tak sempat nak post...ye la kat opis tak bleh guna intenet, balik kerja terus masak....malam rasa penat sangat...tambah pulak anak nak tidoq, sekali mama dia tidoq, tu yang tak sempat nak post N3 tu...
Ok lah berbalik kepada N3 ni, saya masak untuk sahur ari tu....senang ja nak buatnya....lagi pun saya masak ni ikut bahan2 yang sedia ada kat rumah saya ni...kebetulan ada daun selasih , so saya pun campak ja la daun selasih tu kat dalam sambal ni....bahan2 lain pun senang ja...jom la tengok kat bawah...


BAHAN-BAHAN:
  • 300 g daging batang pinang
  • 1/2 inci halia-dititik
  • 3 ulas bawang putih-ditumbuk
  • 5 biji bawang merah-ditumbuk
  • 1/2 cawan cili kisar
  • 2 sudu besar jus asam jawa
  • 1/2 cawan daun selasih
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA2:

  • Hiris daging, cuci dan toskan. Kemudian rebus daging tadi bersama halia sedikit air hingga kering, Ketepikan.
  • Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk, masukkan cili kisar , masak hingga garing.
  • Masukkan jus asam jawa. Kacau dan masukkan daging. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tambah garam dan gula secukup rasa, masukkan juga daun selasih, kacau dan masak lagi sebentar. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan...

Bloglist Ben Ashaari



Walaupun blog saya ni tak se gah blog mereka2 yang lain, tapi saya nak join jugak.ni pun kalau si ben tu sudi nak list kan... leh tengok syarat2 kat bawah nih... . Meh la join bloglist ben... leh tengok sini yer..Buat blogger yang berminat nak berada dalam blog list kategori tersebut , silalah buat satu entri mudah .
Perlu ada ;
1 ) banner Ben Ashaari Blog
2 ) Tajuk ( BLOG LIST BEN ASHAARI ) dan linkkan ke entri ini .
3 ) Kategori mana yang ingin anda berada . Masakan

Udang Sweet Sour


Assalamualaikum dan selamat pagi...pagi ni saya nak kongsi resepi udang Sweet Sour @ udang Masam Manis yang saya buat semalam untuk berbuka puasa...mula2 pening juga dok pikiaq2 nak masak apa dengan udang ni, last2 buat je sweet sour ni sebab senang, cepat dan mudah...ye la saya ni kerja, so kena la cari resepi yang cepat nak buat...ok lah jom check resepi kat bawah ni...

BAHAN-BAHANNYA :
  • 500 g udang galah
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
  • 1 potong nenas-di dadu
  • 1 biji tomato-di belah 4
  • 1 biji cili hijau dan merah-di potong menyerong
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 3 ulas bawang putih-dihiris
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Hirisan daun sup
CARA MEMBUATNYA :
  • Udang dibuang kotoran dikepala, cuci bersih, gaul kunyit dan sedikit garam, goreng hingga kemerahan, angkat dan toskan.
  • Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan cili kisar hingga garing, masukkan sos cili , sos tomato, sos tiram, garam dan juga gula. Gaul rata. Tuang air dan masak hingga mendidih.
  • Masukkan udang , bawang besar, cili merah, nenas dan tomato. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh dialihkan ke dalam bekas sesuai. Hias dengan hirisan daun sup sebelum dihidangkan.

Ikan Siakap Masak Stim

Assalamualaikum....makan apa untuk berbuka... atas permintaan hubby, saya masak siakap stim....lagipun siakap stim ni senang sangat nak buatnyer...tapi sedap sangat sebab rasanya yang masam2 pedas ni...sepatutnya ikan ni buat sekor2 tapi sebab kukusan saya tu comel sangat maka terpaksa lah dipotong dua....resepi ni saya buat ikut saya sendiri je...ok lah kalau nak tengok resepi jom check kat bawah nii...




Bahan2:
  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 batang serai-dihiris nipis2
  • 5 biji cili padi-di hiris
  • 3 ulas bawang putih-di hiris
  • 1 labu bawang besar-di potong bulat2
  • 1 inci halia-di hiris
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 tangkai daun sup-di potong pendek
  • 1 biji limau nipis-ambil jus nya
  • 1 cawan air-lebihkan kalau suka kuah lebihh
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara2:

  • Bersihkan ikan, gaulkan dengan garam dan limau , perap lebih kurang 15 minit..
  • Panaskan kukusan. Dalam bekas yang sesuai masukkan ikan, kemudian taburkan semua bahan2 yang dihiris.
  • Masukkan garam, gula dan jus limau nipis, kukus lebih kurang 30 minit @ sehingga ikan masak..
  • Setelah ikan masak, angkat dan taburkan daun sup dan juga hirisan tomato...selamat mencuba...

Sambal Tumis Ikan Bilis Petai

Assalamualaikum .....selamat berpuasa kepada semua umat islam....pagi tadi bangun sahur tak? kalau bangun, masak apa tadi??.....untuk sahur tadi saya masak simple saja....masak sambal tumis ikan bilis petai dengan ikan goreng ja...bukannya apa, bagi kami sekeluarga kalau sahur ni kena makan yang kering2 ja, kalau tak , tak jalan...bila dah masak sambal tumis ni, sampai bertambah plak...
Ok lah nak siap p kerja dah ni....nak resepi tak?....tak payah kot....tapi tak pa la saya tempek pi la resepi kat bawah ni....



Bahan2:
  • Ikan bilis- dibersihkan dan tos kan...
  • 2 senduk cili kisar
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 papan petai-dibelah 2 dan ambil isi sahaja
  • 3 ulas bawang merah-dihiris
  • 2 ulas bawang putih-dihiris
  • Garam Dan gula secukup rasa
  • Minyak

Cara2:

  • Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
  • Dalam kuali yang sama, keluarkan sedikit minyak, tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar,
    tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing.
  • Masukkan cili kisar, masak sampai garing, kemudian masukkan air asam jawa. Kacau sebentar.
  • Masukkan garam, gula secukup rasa, kemudian masukkan petai, masak lagi hingga petai masak. Last sekali masukkan ikan bilis goreng, gaul rata dan tutup api...boleh ladihidangkan dengan nasi panasss....

Ayam Panggang Black Pepper

Assalamualaikum dan selamat malam...untuk N3 malam ni saya nak kongsikan resepi ayam panggang black pepper yang saya olah sendiri..resepi ni simple je sebab hanya menggunakan black pepper, kicap , bawang, halia dan juga sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah..
Ayam panggang ni juga sesuai untuk dimakan bersama nasi ayam atau dimakan begitu sahaja...kalau nak rasa black pepper yang lebih power boleh la di tambah black peppernya...
Ok lah jom skodeng resepi kat bawah ni...



Bahan untuk ayam:

  • 1/2 ayam-potong agak besar
  • 1 inci halia-dititik
  • Air secukupnya

Bahan untuk sos black pepper:

  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 ulas bawang merah*-( bahan* ditumbuk halus)
  • 2 sudu besar lada hitam-dikisar kering @ ditumbuk halus
  • 1 cawan kicap pekat
  • 1 sudu besar madu
  • Sedikit air
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

Cara menyediakan sos black pepper:

  • Masukkan semua bahan sos ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana hinga mendidih . Perasakan dengan garam.Masukkan air bancuhan tepung jagung. Masak lagi hingga betul2 pekat dan tutup api...

Cara menyediakan ayam panggang:

  • Ayam di rebus dengan halia hingga separuh masak. Angkat dan tos kan...
    Gaulkan ayam yang telah direbus separuh masak bersama sos black pepper tadi. Perap selama 3-4 jam...lagi lama perap lagi sedappp...
  • Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit. Sedia untuk dihidangkan bersama baki sos black pepper...
  • Ayam panggang ni juga sesuai disediakan untuk hidangan nasi ayam...

****note: kalau tak nak rebus ayam dulu pun tak pa, terus b dan bakar tapi masa membakar tu kena panjangkan sehingga ayam betul2 masak...

Udang Masak Mamak Style


Assalamualaikum dan selamat ari isnin....eh.eh..lagi 2 hari dah nak puasa...cepat bebenor masa berlalu kan......Disini jugak saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan, semoga Ramadhan kali ini dapat memberi peluang kepada kita untuk mempertingkatkan ibadat kita kepada Allah S.W.T..Insyaalah...

Ok lah bercerita pasal N3 ni, saya buat untuk lunch semalam...dimakan bersama dengan Nasi Jagung..resepi asal dari Kak Hana ...tapi aku ubah skit..rasa Udang Masak Mamak Style ni memang sedap...sehingga menjilat jari gitu...jom usha2 resepi kat bawah nii...





Bahan-bahan:
  • 1/2 kilo udang besar
  • 1 biji limau nipis - ambil jusnya
  • 1 biji bawang besar - dicincang
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 inci halia muda - dihiris
  • 1 batang serai-diketuk
  • 1/2 cawan air
  • 1 susu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 helai daun pandan-dikerat pendek
  • 1 biji tomato-dibelah 6
  • Sedikit daun bawang-dipotong
  • Garam, gula dan serbuk lada sulah secukup rasa
Cara-cara:
  • Perapkan udang dgn garam, serbuk lada sulah & jus limau untuk seketika.
  • Panaskan minyak, goreng udang hingga masak, ketepikan.
  • Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, bawang putih,halia, daun pandan, daun kari hingga naik bau.
  • Masukkan serai, serbuk kari, serbuk cili & cili kisar, goreng seketika.
  • Masukkan sos tomato, sos cili, air, garam dan gula secukup rasa, gaul sebati.
  • Last sekali, masukkan udang,tomato dan daun bawang. Balik-balikkan & tutup api.Sedia untuk dihidangkan...

Nasi Jagung



Assalamualaikum dan selamat petang....dok buat apa? mungkin ada yang keluar bersiar-siar dengan family, maklumlah hujung minggu...saya tak keluar mana2 pun petang ni, banyak kerja yang belum beres kat rumah nii. So..petang ni saya nak kongsikan resepi nasi jagung yang saya buat untuk lunch tengah hari tadi....resepi asal dari Cik Mat Gebu tapi saya modified skit ikut style saya iaitu saya tak letak madu dan jugak serai...




Macam yang cik mat cakap, nasi ni sedap makan dengan lauk2 kering...saya masak Udang Masak Mamak Style dan juga Acar Timun Bersama Nenas..sedap tau nasi jagung ni sebab kita tak rasa muak walaupun makan banyak...mungkin juga sebab penggunaan beras Basmathi .....ok lah jom check resepi Nasi Jagung versi saya....


BAHAN-BAHANNYA :
  • 4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 20 minit dan toskan
  • 1 tin kernel jagung , toskan dan simpan airnya
  • 2 camca besar mentega
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air yang ditos dari jagung tadi
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit daun sup-dipotong2

BAHAN TUMIS :

  • 1 biji bawang besar-dimayang
  • 3 ulas bawang putih-dimayang
  • 2 inci halia- dihiris
  • 1 helai daun pandan, di kerat 4 @ disimpul
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :

  • Panaskan mentega dalam kuali, masukkan semua bahan2 tumis dan tumis hingga harum dan layu. Masukkan beras, kacau dan goreng sekejap (lebih kurang 2-3 minit. Matikan api.
  • Masukkan beras tadi ke dalam rice cooker, masukkan jagung, susu cair, jus dari jagung kernel dan juga air rebusan ayam. Masukkan garam secukup rasa, kacau hingga semua sebati.
  • Masak seperti biasa. Biar hingga nasi tanak dan kering. Masukkan daun sup yang telah dipotong..gaul nasi perlahan-lahan dan tutup sebentar. Bila nasi masak,hias dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan dengan lauk kegemaran masing2....selamat mencuba...


Nasi Goreng Daging

Assalamualaikum...selamat berhujung minggu..hari ni saya nak kongsikan resepi Nasi Goreng Daging yang saya buat untuk breakfast kami sekeluarga hari ni....resepi ni saya main letak ja apa yang ada kat rumah ni...sebab ada dimasukkan daging jadi saya pun bagi la nama dia nasi goreng daging....ok lah jom tengok resepi nasi goreng daging versi saya nii...

Bahan-bahan:
  • 3 cawan nasi
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 biji bawang putih-dimayang
  • 5 biji bawang merah-dimayang
  • 2 sudu besar sos cili
  • 100 g daging-dihiris nipis2
  • 100 g udang-dibuang kulit
  • 1-2 pokok kailan-dipotong
  • 1 cawan mix vegetable
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukupnya

Cara-cara:

  • Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi dan betul2 garing.Masukkan daging dan sedikit air. Masak sehingga daging empuk .
  • Masukkan cili kisar, masak lagi hingga cili garing @ pecah minyak.
  • Masukkan sos cili,udang, mix vege dan gaul rata. Tambahkan garam . Kacau hingga sebati.
  • Masukkan nasi, kailan dan gaul rata. Bila bahan2 sudah menyerap matikan api. Siap dihidang panas2.


Laksam Kedah

Assalamualaikum......selamat berhari sabtu....hari ni saya rasa happy sangat sebab berjaya membuat laksam...sebelum ni pernah jugak try tapi hampehh tak jadi langsung....pagi tadi terus kukus laksam ni nasib baik menjadi....tapi laksam yang saya buat ni laksam kedah tau...laksam kedah ni berbeza daripada laksam pantai timur sebab kuahnya menggunakan serbuk kari...ala-ala kuah laksa lemak gitu...untuk ulam-ulamnya pula guna pucuk gajus, putat, timun dan hirisan cili padi ...ok lah kalau nak tengok resepi boleh tgk kat bawah ni....




** ni la rupa laksam sebelum di potong

Bahan2 untuk laksam:
  • 2 cawan tepung beras
  • 4 cawan air

Bahan2 untuk kuah:

  • 1/2 kilo ikan kembung-direbus, diambil isinya sahaja dan ditumbuk..
  • 3 cawan santan
  • 2-3 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 batang bunga kantan
  • 2-3 tangkai daun kesum
  • 3 keping asam gelugor
  • Garam secukup rasa
  • 3 ulas bawang merah-dimayang
  • Sedikit minyak untuk menumis

Bahan sampingan:-dihiris halus

  • Pucuk Gajus @ pucuk putat
  • TimunKacang panjang
  • Cili padiLimau kasturi @ limau nipis

Cara-cara :

Cara buat laksam:

  • Panaskan kukusan.Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak dan kukus sebentar, lebih kurang 1 minit.
  • Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak, lebih kurang 3 minit @ sampai adunan nampak mengelembung.., keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik.
  • Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis.


*****ni pulak kuah laksam kedah nii...

Untuk kuah:

  • Panaskan minyak, tumis bawang merah hingga kuning.Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air, masak hingga garing.
  • Masukkan santan, isi ikan yang telah ditumbuk, asam gelugor, daun kesum dan bunga kantan, masak hingga mendidih.
  • Masukkan garam, Masak lagi sehingga agak pekat. Rasa dan sekiranya ok boleh tutup api..dan bolehla dihidangkan dengan laksam yang telah dipotong bulat dan ulam-ulaman.






Bingka Roti Berjagung


Assalamualaikum dan selamat petang semua....dah banyak hari tak bersiaran ye...al kisahnya ..semalam kat rumah saya ni ada beberapa keping roti putih yang dah nak expired...tapi belum expired tau...so saya pun search la resepi Bingka atau orang utara panggil "bengkang" roti dan terjumpalah kat rumah Cik Mat Gebu kita tu...memandangkan semua bahan dah ada kat rumah ...saya pun mulakanlah projek bingka ni..seperti yang Cik Mat cakap, kejadian bingka ni agak banyak, kalau setakat nak makan kami anak-beranak memang tak abis...apa lagi pagi tadi terus bawak pi opis....sekejap ja abis dan ramai yang puji kesedapan bingka roti ni...lemak-lemak manis gitu...ok lah ye..kalau nak tengok resepi saya C&P balik resepi yang di ambik dari rumah cik mat...mintak halal ye cik mat...

BAHAN-BAHANNYA :

  • 3 biji telur gred A
  • 150 g gula kastor
  • 100 g mentega, dicairkan
  • 1/2 camca teh garam
  • 300 g roti putih, didadu
  • 200 g tepung gandum
  • 1 liter santan (atau 500 ml santan + 500 ml susu cair)
  • 200 g jangung krim dalam tin

CARA MEMBUATNYA :

  • Dalam satu bekas, satukan telur dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega dan masukkan tepung dan garam, kacau rata.
  • Tuang santan dan kacau hingga semua sebati.
  • Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 - 20 minit.
  • Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak.
  • Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong....