Home » » Nasi Ayam Black Pepper

Nasi Ayam Black Pepper

Written By dek_ma on Sunday, August 22, 2010 | 2:02 PM

Assalamualaikum....selamat hari minggu....dok buat apa tu? tentu dok pikiaq nak masak apa untuk berbuka nanti kan??Kalau penin2 sgt, masak ja nasi ayam....senang ja...
Nasi Ayam ni adalah juadah berbuka minggu lepas tapi tak sempat nak post kan.... tentu ramai yang pernah buat nasi ayam kan??? Kalau kita tengok, macam2 version nasi ayam yang ada...ada 'nasi ayam madu', 'nasi ayam hainan', 'nasi ayam ipoh' dan macam2 lagi....Ayamnya pulak boleh terpulang la nak goreng panggang ka...goreng pun sedap....Untuk kali ni saya buat versi goreng....
Kalau nak tengok resepi jom la....

BAHAN2 NASI AYAM :
  • 3 cawan beras basmathi- cuci dan rendam 15-20 minit, toskan
  • 5 cawan stok sup ayam
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 helai daun pandan-disimpul
  • 1 inci halia*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 labu bawang besar*-bahan* dikisar
  • 1 sudu besar mentega
  • Garam secukup rasa
CARA2 :
  • Panaskan mentega dalam periuk ( kalau nak tumis terus dlm rice cooker pun boleh), tumis bahan2 kisar, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum.
  • Masukkan daun pandan. Kacau rata dan masukkan beras, goreng beras dengan bahan tadi selama 1-2 minit. Alih beras tadi dalam rice cooker, tuang stok ayam dan gaul.
  • Tambah garam secukup rasa. Masak seperti biasa. Bila nasi dah masak taburkan hirisan daun sup, karehkan nasi perlahan-lahan dan tutup sebentar. Kemudian boleh lah ditabur dengan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

BAHAN2 UNTUK AYAM GORENG BLACK PEPPER:
  • 4 ketul ayam yang telah di rebus ( di ambil drp sup ayam )
  • 2 sudu besar sos black pepper
  • 1 sudu besar balack pepper- ditumbuk halus
  • 1 sudu besar madu
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 ulas bawang putih-di tumbuk halus
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

CARA2:

  • Ayam di gaulkan dengan bahan2 di atas kecuali minyak, perapkan 2-3 jam.Kemudiaan boleh la di goreng terendam ...Angkat dan boleh la dhidangkan
BAHAN2 UNTUK SUP AYAM :
  • Ayam dipotong 4- cuci bersih dan toskan.
  • Sedikit ayam-bahagian tulang-di potong kecil
  • Air secukupnya
  • 2 biji kentang-di potong2
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 3 ulas bawang merah-tumbuk
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk
  • 1 inci halia-tumbuk
  • 1 tangkai daun sup-dikerat
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa

CARA2:

  • Panas minyak, tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk , masukkan ayam dan kacau sebentar
  • Masukkan sup bunjut dan air .Biarkan hingga mendidih . Keluarkan 4 ketul ayam tadi dan biar kan sejuk.
  • Cedok keluar 6 cawan stok ( 5 cwn untuk memasak nasi,1/2 cwn untuk sambal kicap dan 1/2 cawan lagi untuk sos cili) .
  • Kemudian masukkan kentang dalam baki kuah sup, tambah air jika perlu. terus memasak hingga empuk.
  • Masukkan garam secukupnya , masak sekejap lagi. Masukkan daun sup dan boleh la tutup api. Hias dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

BAHAN2 SAMBAL KICAP:

  • 3 biji cili padi
  • Sedikit halia
  • 2 ulas bawang putih
  • Kicap secukupnya
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • Sedikit bancuhan tepung jagung

CARA2:

  • Tumbuk cili,bawang putih dan halia hingga halus. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali bancuhan tepung jagung.Masak sebentar dan masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan dan boleh tutup api....

BAHAN SOS CILI :

  • 5 biji cili merah-di buang biji
  • 3 biji cili padi merah
  • 1 biji tomato
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan stok sup ayam
  • 1 hirisan halia
  • Gula dan garam secukup rasa

UNTUK SOS CILI :

  • Cili merah, cili padi, bawang putih dan tomato dikisar halus, masukkan ke dalam periuk, masukkan stok ayam dan halia. Masak hingga mendidih, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api kecil sehingga pekat. Biar sejuk dan boleh hidangkan bersama nasi ayam tadi...
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Resepi Minggu Ini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger