Pages

Apam Dot-Dot

Assalamualaikum....hari ni nak tunjukkan apam yg saya buat malam tadi...orang lain dah lama buat ni..saya ja yg baru dok terhegeh-hegeh kan...tapi tak kisahlah kan...saya C&P je la yea.. resepi yg saya ambik dr rumah kak hana..sebagai rujukan diri sendiri pada masa depan...timakasih ye kak hana...

Resepi: Apam Dot-Dot
Sumber: kak hana

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE dr Hana:
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

Brownies Kukus Lapis Cheese

Assalamualaikum...selamat petang....ari ni nak kongsikan resepi yg sedappp sgt bagi saya la...tentu ramai yg dah try resepi ni kan...saya ja yg lambat...ok la jom check resepi kat bawah ni...pada sapa2 yg belom try...silakan lah..tak rugi..wa..cakap lu...


Resepi: Brownies Kukus Lapis Cheese
Resepi Asal: mrsdayat@myr
Sumber: Kak Hana

Bahan-bahan
  • *500g campuran brownies kukus (premix)
  • *4 biji telur gred B
  • *75ml minyak masak
  • *200ml air
  • *5g baking powder
  • *5g soda bikarbonat
  • **inti cream cheese**
  • 250g cream cheese
  • 60g gula castor
  • 1 biji telur gred A
  • 25ml air
  • nota:premix brownies tu bule cari kat kdai baking supply.kalo tak jumpe,bule gune resepi brownies yg ade....jadik jugee....=)
Cara-cara
  1. campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit
  2. utk inti - campur semua bahan bagi inti,kecuali telur.pukul sampai kembang
  3. kemudian,masukkan telur..pukul lagi.(skejap aje..bg rata jek)
  4. cara melapis - masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
  5. masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
  6. masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit..
  7. edit: balut tutup kukus ngan kain/tutup loyang ngan aluminium foil,pastu kukus dgn api besar

Ikan Stim Tiga Rasa

Assalamualaikum....selamat petang semua.....ya ampun...dah bersawang rupanya rumah aku ni yer....entahla...tak tau pasai pa tuan rumah ni malas nak update blog ni...apa-apa pun terima kasih la kepada sapa2 yang sudi jenguk kat sini....masak tetap macam biasa, tapi nak masukkan N3 tu yg lambat skit tu...resepi ni pun kiranya edisi tertunggak ni...ok la jom la kita tengok resepi ikan stim 3 rasa ni...selalu buat ikan stim biasa ja...kali ni saya guna ikan merah plak...apa-apa pun resepi ni memang best lah....


Resepi: Ikan Stim Tiga Rasa
Resepi Asal: Chef Norzailina Nordin

Bahan:-
  • 1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm -saya guna ikan merah
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
  • 2 camb minyak - untuk menumis
  • garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-

  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:-

  • 2 camb cili kisar
  • 1 camb sos tomato
  • 2 camb sos plum
  • 2 camb gula pasir
  • 2 camb sos cili
  • 1 camb jus limau nipis
  • 1 camt kicap manis
Cara Memasak:-
  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hinga ikan masak.
  4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  7. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
  8. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

Blueberry Cheese Tart



Assalamualaikum...Kalau saya cakap ni 1st time buat cheese tart ni..agak2 ada yang gelak dak?tak kisah la kan....sebenaqnya dah lama beli acuan tart ni tapi tak berani nak try takut tak jadi...dok survey jugak kalau2 ada yang jual tart shell ready made sahaja kat area sini...tapi tak jumpa la...tu yang beranikan diri buat sendiri...nasib baik jadi jugak walaupun tak lawa mana...resepi dari Alex Goh tapi saya copy dari Maklang Azie...timakasih ya maklang...kalau ikut adunan ni....boleh dapat lebih kurang 48 biji...bawak skit masa jumpa geng2 PSTD malam tadi...OK la..pada kawan2 yg dok cari resepi cheese tart ni boleh la tengok kat bawah...

Blueberry Cheestat
Sumber : Alex Goh
Copy dr: Mak Lang Azie

Sweet Pastry
Bahan A
200 g mentega
100 g gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
420 g tepung
1 sudu besar tepung susu

Cara-cara
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan
(B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.

* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.

Filling
Bahan A
250 g cream cheese
50 g gula 25 g mentega

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
25 g whipping kream

Bahan D
20 g tepung
Blueberry filling

Cara-cara
1. Tekankan pastri manis ke dalam acuan tat. Tusukkan lubang di kulit pastri dan bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.
2. Inti : Pukul (A) sehingga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul hingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna. Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.
3. Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi. Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.
4. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit.

Nota :-
* Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak.
* Untuk menjadikan permukaan atas tat lebih menarik, sapukan apricot glaze supaya ia kelihatan berkilat. (Apricot glaze + sedikit air dan panaskan di atas dalam periuk kecil di atas dapur hingga campuran tersebut cair)

Kek Gulung Kasih

Assalamualaikum....ni tayangan tengah malam tau....Kek yang sedang berlegar2 di serata blog2 masak...tapi yang menyedihkan kek saya ni tak macam kek orang lain..depa punya lawa2 ja...maklumla ni first time gulung2 kek ni...tu yg tak semengah ja hasilnya...takpa la pas ni nak try buat lagi...resepi yg simple yg amat...ok la saya C&P ja dr rumah Kak Dayang ..timakasih akak...

Kek Gulung Kasih
Sumber:Kak Dayang Jack

bahan-bahan :
  • 70 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil ovalette
  • Pewarna merah, hijau dan kuning
  • Inti-saya guna blueberry filling

cara-cara :
  1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
  2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
  3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
  4. Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
  5. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya. Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
  6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
  8. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
  9. Gulung kek dengan kemas.
  10. Bolehlah dipotong dan dihidangkan.

Kari Kepala Ikan



Resepi: Kari Kepala Ikan
Bahan2:( 2 orang makan )
  • 1 keping kepala ikan ( saya guna ikan nyok2)
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan*
  • 1/2 sudu besar serbuk cili* (* dibancuh dengan sedikit air )
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 biji tomato-potong 4
  • 1 labu bawang besar-potong 4
  • 1 biji cili hijau-belah 2
  • 5-6 batang bendi
  • 1 sudu besar santan pekat (optional )
  • Air secukupnya
  • 5 ulas bawang merah-Di mayamg halus
  • 3 ulas bawang putih- Di mayang halus
  • 1 sudu teh halba campur
  • 1 tangkai daun kari
  • Minyak untuk menumis
Cara2:
  • Kepala ikan dibersihkan dan direndam di dalam air asam jawa selama 10-15 minit.
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang merah,bawang putih,halba campur dan daun kari hingga wangi.
  • Masukkan pes serbuk kari. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan santan dan air secukupnya, masak lagi hingga mendidih.
  • Kemudian masukkan kepala ikan, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap dan masukkan pula bendi,tomato bawang besar dan cili hijau.
  • Bila dh masak, rasa dan jika ok bolehla tutup api dan sedia dihidangkan panas-panas....

Strawberry Cheese Cake

Assalamualaikum...hujung2 minggu ni mai layann 'Sstrawberry Cheese Cake'....resepi dari CMG...Dapur Tanpa Sempadan...Tak dak idea la nak tuliss...jom la layan resepi dari CMG ni...

Resepi: Strawberry Cheesecake
Sumber: CMG DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram cream cheese
50 gram gula halus@gula kastor
250 ml whipping cream
5 bijitelur, gred B, asing kuning dan putih
120 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
1 1/2 camca teh strawberry emulco
100 gram gula halus@gula kastor
1/4 camca teh cream of tartar (boleh ganti dengan jus lemon)
350 gram strawberry segar**
Gula ikut tahap kemanisan (mat guna dalam 2 camca besar)**
1/2 cawan air**
1 camca teh jus lemon (optional)**
** Bahan2 ni saya tak guna sebab guna ready made strawberry filling ja...

CARA MEMB UATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser acuan spring-form berukuran 9 inci dengan mentega. Balut luar tin dengan aluminum foil. Asingkan 5-6 biji strawberry untuk hiasan dan 4-5 biji lagi didadu. Ketepikan.
  2. Putar cream cheese hingga lembut, tambah 50 gram gula halus dan putar lagi hingga sebati, masuk whipping cream dan putar rata. Tambah kuning telur satu persatu, pada kelajuan sederhana, masukkan tepung dan masukkan strawberry emulco, putar sebati. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk pemutar yang kering dan bersih, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar atau lemon jus, putar hingga kental.
  4. Gaulkan putih telur tadi dalam no. 2 secara kaedah kaup balik, hingga rata dan masukkan strawberry yang didadu, gaul rata. Tuang dalam tin tadi, ratakan. Bakar dalam oven menggunakan kaedah "water-bath", iaini dengan meletak tin kek tadi ke dalam loyang dan tuang air panas kurang lebih 1 cawan. Bakar selama 1 jam 30 minit, atau hingga masak.
  5. Kek akan mengecut sedikit bila masak. Sejukkan dalam peti sejuk 3-4 jam (mat sejukkan semalaman), keluarkan dari tin dan hias dengan strawberry jam dan belahan buah strawberry segar...
  6. UNTUK STRAWBERRY JEM :- Baki strawberry tadi dicuci, kerat kecik dan letak dalam periuk bersama gula secukup rasa (mat letak dalam 2 camca besar) dan juga jus lemon serta 1/2 cawan air. Masak hingga mendidih dan kecilkan api, terus memasak sambil dikacau hingga pekat. Biar kan sejuk. Kalau nak pekat boleh tambak sedikit bancuhan tepung jagung, tapi mat tak letak pun..sebab naturally nanti dia jadi sedikit pekat...Step ni saya tak buat...guna readymade strawberry filling..

Ayam Goreng Berempah 'My Style'

Assalamualaikum...selamat petang...kali ni saya nak kongsi resepi 'Ayam Goreng Berempah' ikut style saya sendiri...Ayam goreng ni kena makan masa panas2 baru sedap...terutamanya tang serdak2 dia tu...pada saya ayam goreng ni sedap la...tapi terpulang la pada tekak masing2 kan..

Resepi: Ayam Goreng Berempah
Sumber: Resepimingguini.blogspot

Bahan2:
  • 1/2 ekor ayam-potong ikut suka, dibersihkan dan toskan..
  • 1 labu bawang besar*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 2 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 sudu besar serbuk kari daging*
  • 1/2 sudu besar serbuk cili*
  • 5 batang serai-dihiris kasar*
  • 1 sudu besar biji ketumbar *
  • 1 sudu besar jintan manis*
  • 1 /2 sudu besar jintan putih*
  • 1 sudu besar lada hitam*(kisar halus bahan beranda*)
  • Garam secukup rasa dan sedikit gula
  • 2 tangkai daun kari
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara2:
  • Gaulkan ayam dengan bahan2 kisar, garam dan gula..Perap selama 1-2 jam.
  • Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga separuh masak, taburkan daun kari dan goreng hingga ayam betul2 masak. Angkat ayam dan tapis serdak...sedia untuk dihidangkan...

Donat Kak Liza


Assalamualaikum...selamat petang...alamak...dah nak malam pun...arini nampaknya seharian hujan...hujan2 ni perut ni pun asyik meminta untuk diisi la....so petang ni saya buat Donat.Resepi kali ni saya guna resepi dari Kak Hanieliza. Tapi kan, saya ni kalau buat donat mesti bentuk donat tu tak mau bulat betoi2..dah macam pentagon pun ada . Tak tau la macam mana nak bagi donat ni bulat ja bentuknya...nak kena menuntut lagi ni...Kat dalam gambar ni lah yang paling cantekk rasanya...yang lain tu buruk bebenor...ha..ha..ok lah jom tengok resepi...

Resepi: Donut

Bahan A
600 gm tepung gandum
100 gm tepung naik sendiri
100 gm gula
30 gm susu tepung
1 s/k garam
11 gm [ 1 paket] yis mauripan

Bahan B
1 biji telur [pukul sikit]
330 ml air suam
60 gm majerin
1 s/k bread softener

Bahan C [untuk goreng donut]
500 ml minyak
1 s/b majerin

Cara
1. Gaulkan semua bahan A supaya sama rata.
2. Masukkan pula bahan B dan kacau rata menggunak mesin selama 20 minit.
3. Perapkankan selama 1 jam atau sehinga naik sekali ganda. ( Cara saya; masukkan semua bahan kedalam Bread Maker,pilih setting doh dan tunggu hingga siap)
4. Ambil adunan dan canaikan supaya rata. Terapkan dengan acuan donut.
5. Biarkan donut naik lagi selama 20 - 30 minit. ( Step ni saya tak tunggu, saya panaskan oven 50 darjah celcius,dan masukkan donat yang telah diterap selama 5 minit, kemudian keluarkan dan terus goreng )
6. Panaskan bahan C dan masukkan donut . Perlahan api.
7. Goreng donut sehingga kuning keemasan.
8. Angkat dan golekkan dalam gula kastor. Hidangkan.

Apple Streusel Cake

Assalamualaikum...kali ni saya nak kongsikan resepi yang dah berkurun simpan tapi baru sampai seru nak membuatnya...Buatnya pun minggu lepas lagi tapi baru nak posting.Resepi asal dari Yani My Resepi....cuma bahagian atasnya saya letak Streusel Topping..resepi dari Joy of baking...tapi kalau ikut betul resepi dari Joy Of Baking tu guna walnut tapi saya bantai guna kacang tanah ja...kalau guna walnut atau hazelnut mesti lagi sedapp....

Resepi: Apple Cake


Bahan-bahan ( 18x18 cm )

  • 1 biji epal
  • 100g mentega-suhu bilik
  • 80g gula halus + 2 sudu besar gula
  • 2 biji telur
  • 100ml fresh cream/whipping cream
  • 150g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder

Streusel Topping:

1/2 cup (65 grams) tepung

1/2 teaspoon serbuk kayu manis

3 tablespoons (40 grams) butter sejuk-dipotong kecil

1/4 cup (70 grams) brown sugar

1/4 cup (20 grams) toasted and coarsely chopped hazelnut(can use walnuts or pecans) - saya guna kacang tanah ja

Cara-cara
  1. Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula. Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit.
  2. Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
  4. Lepas itu, masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati.
  5. Kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati.
  6. Akhir sekali masukkan epal+air (air yg keluar dr epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang.
  7. Untuk Streusel Topping: Satukan semua bahan untuk streusel dan gaulkan sehingga jadi seperti serbuk roti. Tuangkan keatas adunan kek sehinggan menutupi keseluruhan adunan.
  8. Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C

Kerabu Mangga & Sambal Belacan Buah Kuinin

Assalamualaikum....ari ni saya masak yg sempoi giler....malas nak masak yg susah2...menu ari ni..Sambal Tumis Udang&petai, Taugeh Goreng, Kerabu Mangga, Ikan goreng dan juga sambal belacan dan jugak ulam rebung...yg special skit sambal belacan ni sebab ada buah kuinin...memang terangkat la....Untuk Kerabu Mangga tu saya buat ikut style sendiri je....kalau nak tengok resepi boleh tgk kat bawah ni....Sambal belacan tu pulak tak payahla letak resepi ye...nanti orang gelak ja...

Resepi: Kerabu Mangga
Sumber: resepimingguini.blogspot

Bahan2:
  • 1 biji mangga muda- dikupas dan sagat memanjang
  • 2 ulas bawang merah-hiris halus
  • 3 biji cili padi-hiris halus
  • 1/2 biji tomato-hiris
  • 2-3 sudu besar ikan bilis goreng
  • 2-3 sudu besar kacang tanah goreng
  • 2 sudu besar sos nampla
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara2:
  • Gaulkan semua bahan2 diatas hingga sebati...rasa dan kalau ok bolehla dihidangkan segera...
  • Pada sapa2 yg suka bunga kantan bolehla letak bunga kantan yg telah dihiris nipis...

****Yg kat bawah ni tentulah Sambal Belacan dgn buah kuinin...


Kek Alunan Kasih

Assalamualaikum....jom layan Kek Alunan Kasih plak...kebanyakan blogger dh try kek ni....akak ja yg lambat skit....apapun kek ni memang sedap dan wangi dgn kombinasi pandan, strawberry dan jugak vanila...cuma tang bab nak meratakan adunan tu yg agak mencabar bagi akak yg tak berapa reti ni....he..he...

KEK ALUNAN KASIH
(Sumber : Pn. Mastura Yasak - FB {Kongsi Resepi})
sumber : AmFlora
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
5 Biji Telur
1 ½ cwn Planta atau (250g) - akak ltk 250g butter
2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je)
1 sudu kecil baking powder
½ cwn susu cair**
1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
*Sebuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Cara2:
Pukul planta/butter dan gula smpai kembang...
Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau…
Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan
ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…
Pengalaman sendiri :
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratkan adunan tersebut
serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit
bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.

**
gula K.Nor guna 11/2 cawan jer
susu cair K.Nor letak 1 cawan
adunan kuning + vanila
adunan hijau + paste pandan
adunan merah + paste strawberry.

Sambal Ikan Tenggiri

Ari ni terlebih rajin skit nak update blog...tapi resepi biasa2 ja....tak dak yg special...

Resepi: Sambal Ikan Tenggiri
Sumber: Resepimingguini.blogspot

Bahan2:
  • 3 ketul ikan tenggiri, digaulkan dengan garam dan serbuk kunyit
  • 1 labu bawang besar-hiris bulat2
  • 1 biji tomato-belah 4
  • Minyak secukupnya untuk goreng ikan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/4 cawan air asam jawa
Bahan2 kisar halus:
  • 8 biji cili kering
  • 2 biji cili merah
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji buah keras
  • 1/2 inci belacan
  • 1/2 inci halia
  • Sedikit daun sup-kerat leh kurang 1 inci
Cara2:
  • Panaskan minyak, gorengkan ikan hingga masak, jgn terlalu garing, angkat dan ketepikan.
  • Dlm kuali yg sama, keluarkan minyak tadi, tinggalkan lebih kurang 2 sudu besar.
  • Tumiskan bahan2 kisar hingga wangi, masukkan air asam jawa, sos tiram,sos cili, garam dan gula secukup rasa. Kalau agak pekat tambahkan sedikit air.
  • Biarkan mendidih dan masukkan ikan yang telah digoreng. Gaul sebati, masukkan bawang besar tomato dan daun bawang .Kacau hinga sebati.Rasa dan jika ok boleh tutup api...

Apam Snow White



Assalamualaikum...mai la tengok... kita nak tayang 'Apam Snow White' kaler pink yg kita buat aritu...biasa la kan...edisi tertunggak la ni....apapun apam ni memang sedap sgt...lembut ja...anak2 suka sgt...jom check resepi....

RESEPI APAM SNOW WHITE
resepi asal : qnq910@myresipi.com
source : hanamemories
Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air
  • 1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam
Cara-cara
  • Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar
  • Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul hancur.
  • Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan.
  • Perapkan adunan selama sejam. Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
  • Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
  • Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda. saya letakkan sirap ros so bau apam jadi harum saja.Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana .
NOTA dari kak.bdaria:
  • Saya buat separuh sukatan resepi diatas so gula pasir saya gantikan dengan gula kastor sebanyak 1 cawan ( kemudian buang 1 sudu besar gula) supaya ia tak terlalu manis. Bagi saya manis gula yang dikurangkan dan ditukar kepada gula kastor dah ok. Saya tak suka manis sangat so manis nie....just nice 4 me.
  • Jika anda nak buat belang2 macam saya buat tu....bahagikan adunan kepada warna kesukaan anda kemudian masukkan kedalam pipping bag supaya senang nak dimasukkan kedalam acuan. Picit sahaja sebelah warna putih dan sebelah lagi warna merah so jadilah 2 warna dalam satu acuan.
  • Saya akan tambah tempoh masa perapan kepada 1 1/2 - 2 jam jika buat lain kali supaya teksturnya lebih gebu lagi. Jika anda buat apam dan dapati bahagian bawah apam separuh keras dan atasnya gebu. Solusi bagi masalah ini adalah panaskan bekas lompang atau bekas lain yg hendak digunakan terlebih dahulu sebelum memasukkan bancuhan apam. Ini sebelum kukusan yg pertama.

Asam Pedas Nyonya

Assalamualaikum....ni 1st time masak 'Asam Pedas Nyonya' ni....mungkin ramai kwn2 yg dah pernah resepi ni, kalau yg belum pernah try kena cepat2 buat ni...memang tak menghampakan...resepi macam biasa lah ...tentu dari CMG.....saya C&P resepi yea...tq...

ASAM PEDAS NYONYA

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping daging ikan tenggiri, cuci bersih dan toskan
2 kelopak sawi jeruk (optional)...saya ganti dgn bendi
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1 genggam daun kesom
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 cawan cili kisar
2 biji tomato...belah 2...ni saya tambah..
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup
1 hirisan nipis lengkuas
1/2 camca teh lada hitam biji (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya. Kacau dan biar mendidih. Tambah sawi jeruk, bunga kantan dan daun kesom. Biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan jus asam jawa, kacau perlahan. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Biar masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman...(sesiapa nak letak serbuk perasa pun boleh..)

Gulai Lemak Udang Bersama Belimbing Buluh

Assalamualaikum....kali ni nak syer resepi campak2 ja...Alkisahnya, ada kawan kat ofis bagi belimbing buluh...mula2 ingat nak masak 'Masak lemak cili api' tapi takut anak2 tak boleh makan plak sebab pedas, tu yang ubah skit tu....guna cili merah dan skit ja cili padi....so tak dak la pedas sangat dan anak2 pun suka....so kalau nak tengok resepi boleh la tgk kat bawah ni....

Bahan2:
  • 300 g udang sederhana besar
  • 10 biji belimbing buluh-dibelah 2
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 batang serai-dititik
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 biji cili merah*
  • 3 biji cili padi merah*
  • 6 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 biji buah keras*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 inci halia* ( semua bahan2 bertanda* dikisar halus
Cara2:
  1. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumiskan serai dan bahan2 kisar hingga wangi.
  2. Masukkan udang, kacau sebentar dan masukkan santan cair.Masukkan asam gelugur dan masak hingga mendidih sambil dikacau.
  3. Bila dah mendidih masukkan santan pekat, garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi dengan api yang kecil hingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan belimbing buluh dan masak sebentar. Rasa dan jika ok bolehla tutup api..

Pizza Gebu En.Mat Gebu

Assalamualaikum....selamat malam....tak sempat nak celoteh panjang2...ni saja ja nak kongsikan satu lagi resepi pizza...kali ni 'Pizza Gebu En.Mat Gebu'..resepi asal dah tentu dari En.Mat Gebu...cuma tang filling nya saya letak sosej dengan crap stick ja, tak dak letak capsicum, bukan apa, kat rumah ni tak dak yang makan, kalau kita boh pun nanti depa akan kutip buang....buat rugi ja...dah la benda alah tu mahal...ha...ha...ok la saya copy & paste resepi ya.....macam biasa kalau nak tengok step by step boleh tengok kat sini....


Resepi: Pizza Gebu
Sumber : En.Mat Gebu

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN-BAHAN PIZZA GEBU :-)
3 batang sosej ayam "ayamas", hiris serong
4 hirisan gegelang red capsicum
4 hirisn gegelang yellow capsicum
4 hirisan gegelang green capsicum
1 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
175 g keju mozzarella, hiris nipis2
Sos tomato dalam botol secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat (gambar no 1). Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal (macam dalam gambar no2). Ratakan sebahagian sos pizza tadi (gambar no. 3) dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella (gambar no. 4). Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.


Pandan Marble Bun

Assalamualaikum...selamat petang semua...dah minum petang ka?ni saya nak kongsikan satu lagi resepi bun @ roti, iaitu 'Pandan Marble Bun'.... Resepi asal dari En Mat Gebu....yang banyak menyumbangkan resepi2 yang best2...Sebenaqnya bun ni buat minggu lepas lagi tapi baru ari ni nak post...bukan apa takut ada yang boring plak asyik tengok muka roti ja kat blog ni....tapi nak buat macam manakan, mood tuan rumah ni nak meroti berkobar-kobar, ye la kan bila dah dapat BM ni, asyik ingat nak meroti ja...... sekarang ni pun BM ku itew dok sibuk menguli donat plak...so kita orang makan donut ja la petang ni...merangkap dinner sekali kot....he..he..
OK lah, macam biasa En Mat saya C&P resepi kat sini ye...kalau nak tengok step by step boleh tengok yang En Mat buat kat sini...

Resepi: Pandan Marble Bun

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram tepung gandum
20 gram susu tepung
125 ml air
3o gram telur (pecahan 1 biji telur, pukul sedikit dan timbang)
60 gram gula halus
8 gram instant yeast
1 camca teh pandan paste
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softener
1/4 camca teh garam
40 gram mentega
Bijan untuk ditabur atas roti - takde bijan, saya ganti dgn gula ja..
2 camca besar tepung roti (jika perlu)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 di atas kecuali mentega, paste pandan dan 2 camca besar tepung roti. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli sehingga mendapat doh yang lembut dan kenyal. Jika melekat, tabur sedikit tepung roti. Bulat2kan doh, letak dalam bekas besar dan tutup dengan plastik bersih, perap 1 jam. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan untuk doh dalam Bread Maker, kecuali 2 camca besar tepung roti dan pandan paste, pilih setting untuk "doh" dan tekan "on". Tunggu hingga siap.
  2. UNTUK ROTI :- Keluarkan doh tadi, tabur sedikit tepung atas meja kerja. Letak doh dan tumbuk untuk membuang udara. Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian yang sama saiz. Amabil 1 bahagian dan letak pandan paste, uli hingga rata, jika melekat, tambah tepung sedikit dari 2 camca besar tepung roti tadi. Kemudian bagi dua lagi adunan hijau tadi. Adunan tanpa warna pun dibagi kepada 2 bahagian juga.
  3. Ambil 1 bahagian hijau dan 1 bahagian yang kosong, gelek menjadi panjang kurang lebih 30 cm setiap satu. Lilitkan menjadi seakan2 tali, seperti dalam gambar. Kerat kepada 8 bahagian sama besar. Ambil setiap bahagian dan bulat2 kan, Susun dalam bekas yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap. Lakukan kaedah yang sama untuk baki adunan..
  4. Perap roti tadi selama 45 minit atau hingga naik sekali ganda dan memenuhi bekas. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) dan tabur bijan atas roti tadi. Bakar selama 20 - 25 minit dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan.

......Ni la rupa isi kat dalam bun ni....lembut sangat, terutamanya panas2....sedap minum dengan kopi O atau Teh O.....

Bendi Goreng Belacan

Assalamualaikum...kali ni apasaya nak kongsikan salah satu jenis hidangan sayur, iaitu 'Bendi Goreng Belacan'...Pada sapa yang menggemari bendi boleh la try resepi ni...Resepi asal dari 'Bendi Kontot Goreng Belacan' Mat gebu....tapi saya hiriskan bendi tu nipis2...ok la jom check resepi yang telah di copy dari rumah EN. Mat DTS...thanks En.Mat...

Bendi Goreng Belacan

BAHAN-BAHANNYA :-)
20 batang kacang bendi muda (yang kontot2)
1 biji telur, dipukul sedikit
1 keping asam gelugor
1 camca besar sos tiram
1/4 cawan air
Garam secukup rasa

BAHAN TUMBUk LUMAT :-)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji lada merah
1/2 inci belacan
1 camca besar ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bendi dicuci bersih dan toskan, potong sedikit bahagian tangkainya. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga wangi. Tambah sos tiram, kacau rata dan tuang air. Masukkan asam gelugor.
  2. Masuk bendi tadi dan kacau rata. Tutup kuali sekejap, kemudian kacau dan masukkan telur, biar sehingga telur sedikit mengeras, gaul rata2. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.

Bun Kacang Merah-Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum....Salam Maulidur Rasul kepada semua Umat Islam...Sama-sama lah kita Berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW...

Cerita pasal N3 kali ni 'Bun Kacang Merah' ni sebenaqnya N3 terunggak...biasa la kan, kadang2 mood nak berblog macam takdak je...tapi hari ni ku gagahi jugak letak N3 ni...Gambar tu pun tak sempat nak edit dah... Resepi asal dari Ros Jintan Manis yang telah selamat sampai ke tanah air...Sedap la bun ni, dah sejuk pun masih lembut lagi...saya siap double kan adunan lagi...untuk bagi kat anak buah ....jom la tengok resepi yang di copy dari rumah Ros...timakasih ros...


Resepi: Bun Kacang Merah

Sumber: Ros Jintan Manis


200gram tepung roti
1 sudu kecil yis
1 sudu besar susu tepung
90 ml susu segar+1/2 biji telur
1 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar marjerin
1/2 sudu kecil garam

( kalau nak letak 1 sudu kecil bread softner dan bread improver pun boleh)

untuk inti
1 bekas kecil inti kacang merah ( ros guna yang dah siap tu)

Caranya
1. Masukkan semua dalam Breadmaker dan pilih menu dough dan tekan ON je, bila dah siap di uli, keluarkan dan uli sekejap selama lebih kurang 5 minit dan boleh terus dibentuk bulat-bulat kecil.

2. Jika tiada Breadmaker, uli semua bahan dalam bekas adunan hingga menjadi doh, uli hingga tidak melekat pada jari, selepas itu masukkan doh dalam plastic bersih dan ramas selama 5 hingga 10 minit, perap doh selama 40 minit.

3.Kemudian tumbuk doh dan uli sekali lagi, bahagi doh pada 9 bahagian kecil dan letakkan satu sudu kecil inti kacang merah, susun dalam loyang empat segi, biarkan doh naik 2 kali ganda dan gliss permukaan roti dengan 1 sudu susu segar+beberapa titik madu, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 18 ke 20 minit.

4. Setelah siap di bakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas yang ade penutup, sesuai dijadikan sarapan atau menu minum petang, Selamat Mencuba.