Pages

Pulut Kuning Ekspress Noxxa

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak kongsikan cara masak pulut kuning dengan mengguna kan Presure Cooker Noxxa. Sangat mudah dan yang paling penting cepat..tak sampai 1/2 jam dah siap..sebab tu dinamakan pulut kuning ekspress Noxxa..

Kepada sapa2 yang ada PC Noxxa ni boleh la try yer..



Bahan-bahan

3 cawan beras pulut
Serbuk kunyit
1 keping asam gelugur
Sehelai daun pandan
1/2 cawan santan pekat
Sedikit garam

Cara-cara;

1. Rendam beras pulut bersama sedikit serbuk kunyit dan sekeping asam gelugor selama 15 minit.

2. Selepas 15 minit, cuci beras pulut dan sejatkan.

3. Masukkan beras pulut ke dalam periuk Pressure Cooker Noxxa bersama sehelai daun pandan.

4. Masukkan air ke dalam periuk tadi sehingga paras beras pulut sahaja. Jangan lebih atau kurang.

5.  Pusingkan tombol pressure valve atas penutup periuk kepada tanda Pressure. Setkan high pressure  5 minit.

6. Selepas Pressure Cooker berbunyi tanda beras pulut telah masak, pusingkan tombol pressure valve atas penutup periuk untuk mengeluarkan wap. Setelah habis semua wap keluar, barulah buka penutup periuk (Tudung tidak dapat dibuka selagi wap belum habis dikeluarkan)

7. Kacau pulut tadi dan tuangkan santan yang telah dicampur dengan sedikit garam dan kacau rata.

8.Tutup semula tudung periuk dan setkan steam 2 minit. laraskan valve kepada steam.

9.Bila PC dah berbunyi keluarkan wap.Buka penutup PC, gaul sebati dan bolehlah dihidangkan bersama kari atau rendang..Saya makan bersama kari ayam kali ni..

Selamat Mencuba


4 comments:

adam said...

Wife saya pun guna noxxa untuk masak nasi, lauk dan kek. Memang senang dan jimat masa. Dapur gas guna sekali sekala jer...

Anonymous said...

Bil elektrik tak banyak ke.

Resepi Asia said...

sedappp ni weh.. rugi tak cuba :)

Connor Rowland said...

Hi nice reading your bloog