Pages

Homemade Sardin by PC NOXXA

Assalamualaikum...

Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT..

Hari ini saya nak kongsikan resepi homemade sardin yang dimasak menggunakan Pressure Cooker NOXXA.
Memang berbaloi bila kita buat sardin sendiri..ya la kan..sekarang ni harga sardin dalam tin agak mahal..so kena ada inisiatif untuk buat sardin sendiri ..yang penting apa yang kita masak sendiri ni terjamin kebersihannya..kos pun jauh lebih murah..

Sapa2 yang ada PC boleh la try..yang berminat dengan PC NOXXA boleh pm saya yer..



Resepi Homemade Sardin

1/2 kg ikan sardin-buang kepala dan ekor
1 labu bawang besar-di dadu
3 ulas bawang putih- di dadu
2 biji tomato-di dadu
1/2 cawan minyak masak
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar tomato puri
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara Masak Dengan PC NOXXA

1. Dengan mode stir fry ( SF), panaskan minyak masak..tumis bawang besar, bawang putih dan tomato yang telah di dadu.

2. Bila dah garing masukkan cili kisar, tomato puri, sos tomato dan juga sos cili.

3. Masukkan ikan, air, garam dan gula.

4. Tutup PC dan laraskan tombol ke pressure. Tekan HP (high pressure) sehingga 90..means 90 minit.

5. Bila PC dah berbunyi alihkan tombol dan lepaskan wap.PC tak boleh buka selagi wap tak habis dikeluarkan..

6. Buka PC , kalau nak pekatkan kuah tekan mode Stir Fry dan masak sekejap hingga kuah agak pekat.

7. Sejukkan dan simpan dalam peti ais atau freezer.

8. Terpulang kepada citarasa masing2 samada nak masak sambal tumis, masak kicap, kari atau boleh juga terus hancurkan untuk buat sanwich.

Selamat mencuba..


Kuih Cara Manis

Assalamualaikum...

Kuih cara manis sesuai untuk sarapan atau juadah minum petang...

Resepi saya selongkar di dapur Mat Gebu..timakasih mat atas perkongsian..

Saya panjangkan resepi di sini..



Kuih Cara Manis
Sumber; Blog CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan - letak 1 sk paste pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
2. Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru.

Kek Mentega

Assalamualaikum...

Hari ni nak kongsikan resepi kek mentega atau butter cake yang sangat mudah..Bagi peminat kek mentega boleh la try resepi di bawah ni..



Bahan-bahan :
- 250 g mentega
- 180 g gula castor
- 4 biji telur saiz A
- 1/2 cawan susu segar/susu cair
- 250 g tepung naik sendiri
* kalau gunakan tepung gandum masukkan 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
1. Panaskan oven 15 minit, alas loyang 8 inci dengan kertas minyak dan griskan dengan mentega, ketepikan.

2.Pukul mentega dan gula sampai kembang dan putih.

3.Masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul sampai semua bahan sebati.

4. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.

5.Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit selang selikan dengan  susu segar. Gaulkan sampai betul-betul rata.

6. Masukkan adunan kek ke dalam loyang dan bakar di dalam oven selama 40 - 45 minit pada suhu 160 Celcius - *bergantung pada oven masing-masing.

Kuey Tiaw Kungfu

Assalamualaikum semua..semoga kita semua sentiasa di dalam perlindungaNYA dan sentisa dipermudahkan segala urusan kita..aamiin..

Hari ni saya nak syer resepi kuey tiaw kungfu..resepi yang sangat simple tapi sedap..dan sangat disukai oleh anak2 dan suami..

Kuey Tiaw Kungfu



Bahan-Bahan

Kuey tiaw secukupnya-anggaran segenggam sorang makan

Telur  - 1 biji untuk segenggam kuey tiaw
2 ulas bawang putih-diketuk
4-5 biji cili padi
10 ekor udang basah dibuang kulit
Sekeping dada ayam-potong nipis
2 ekor sotong
100 gm lobak merah - potong bulat atau memanjang
1 pokok sawi
Sedikit kobis-di potong
1/2 batang saleri-di potong
2 sudu besar tepung jagung
2 cawan air
1 kiub pati ayam
1 sudu besar lada hitam kisar
Sedikit lada sulah
1 sudu kecil sos tiram
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara;

1.Panaskan minyak dan masukkan kuey tiaw bersama telur dengan kuantiti hidangan untuk seorang makan. Caranya sama seperti membuat telur dadar.

2.Bila telur dah masak balikkan telur, angkat dan ketepikan.Ulang langkah ini sehingga habis.Ikut la nak berapa orang makan..

3. Untuk kuah,panaskan minyak,tumis bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan sotong

4. Masukkan air bersama kiub pati ayam, lada hitam,lada sulah, sos tiram,cili padi yang di ketuk dan carrot.

5.Masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.

6.Masukkan pula kobis, sawi dan Saleri.Perasakan dengan garam dan gula.Tutup api.

7.Tuang kuah ke atas kuey tiaw.Kalau suka bolehla taburkan daun sup dan daun bawang.

Siap untuk dihidang.
** Kalau suka boleh tambah sayuran lain seperti baby corn,bunga kobis, kailan atau brokoli..kali ni saya tak letak sebab takda..he..he..selamat mencuba

Mee Kuah Udang Simple

Assalamualaikum..apa khabar semua..Alhamdulillah..kita dah masuk ke bulan Rejab 1436H..Tentu ramai yang merebut peluang berpuasa sunat kan..

Memandangkan ada udang kertas yang agak besar ..fresh lagi..dan atas permintaan anak2 dan En.Hubby..saya pun masakkan lah Mee Kuah Udang yang sangat2 simple...main campak2 ja tadaaa..dah siap..sesuai untuk buat juadah berbuka puasa..

Walaupun simple saya sertakan juga resepi kat bawah ni..sekiranya ada yang ingin mencuba dan juga sebagai rujukan anak2 saya di kemudian hari..



Mee Kuah Udang Simple

Bahan-bahan
1 peket mee kuning-Celur dan toskan
6 ekor udang kertas saiz sedehana/besar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili kering-direbus
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu bedar sos black peper
1 biji telur
1/2 cawan kacang tanah kisar
1 biji tomato
Carrot
Sawi
Kobis
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan tambahan / hiasan :
Bawang goreng
Cili merah (dihiris nipis)
Limau kasturi
Tauhu goreng (dihiris nipis)
Telur rebus

Cara-cara
1. Kisar bawang besar, bawang putih dan cili kering.
2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
3. Masukkan air. Kuantiti air tu agak2 ya..jangan terlalu sedikit dan jangan pula terlalu banyak.
4. Masukkan carrot, biarkan kuah mendidih.
5. Kemudian masukkan pula udang, sos cili, sos tomato, sos tiram dan juga sos black peper.
6. Bila udang dah masak, pecahkan telur dan kacau. Masukkan kacang tanah kisar.
7.Perasakan dengan gula dan garam.Last sekali masukkan kobis, sawi dan juga tomato.
8. Biarkan sekejap dan tutup api. Tuangkan kuah ke atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu, telur rebus,hirisan daun bawang dan cili serta limau kasturi.

Kari Ayam Ekspress Noxxa

Assalamualaikum..

Semalam saya dah syer cara masak pulut kuning ekspress Noxxa, hari ni nak syer cara masak Kari Ayam Ekspress Noxxa pula....dengan Preasure Cooker Noxxa semuanya ekspress..hi..hi..sesuai sangat untuk ibu2 yang bekerja..cepat dan mudah..dapur pun tak berminyak dan bersepah..

Resepi kari ni sama seperti kari ayam yang biasa..cuma kali ni saya syer cara masak guna PC Noxxa..



Kari Ayam Ekspress Noxxa

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
3 biji ubi kentang - dibelah  empat
2 sudu besar serbuk kari-bancuh dengan sedikit air..jadikan pes
1 cawan pati santan
2 cawan air- ikut kepekatan yang dikehendaki
2 sudu besar kerisik
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan ditumis:
3 ulas bawang merah-di hiris
2 ulas bawang putih- di hiris
1/2 inci halia-di hiris
2 tangkai daun kari
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara-cara;
1. Switch on periuk.  Tekan fungsi `STIR FRY' dan On.Masukkan minyak.

2. Bila minyak dah panas, masukkan bahan2 tumis. Tumis sehingga bawang kekuningan dan naik bau.

3. Masukkan pes serbuk kari.Masak sehingga rempah menjadi garing dan terbit minyak.

4. Apabila rempah telah terbit minyak, masukkan ayam. Gaulkan sebentar supaya sebati.

5.  Masukkan santan, diikuti dengan air, garam, gula, dan kerisik.  Kacau rata.

6. Off fungsi STIR FRY.  Tutup periuk. Tukar kepada fungsi HIGH PRESSURE. Set juga tombol ke arah PRESSURE.  Set 8 minit dan tekan ON.

7. Selepas 8 minit berlalu, putar tombol ke arah STEAM untuk bebaskan wap.

8. Buka tudung periuk dan kacau rata. Masa ini ayam telah empuk.

9. Masukkan ubi kentang. Tutup periuk kembali. Set ke fungsi HIGH PRESSURE dan putar tombol ke arah PRESSURE sekali lagi. Set 2 minit untuk ubi kentang masak.

10. Selepas 2 minit berlalu, putar tombol ke arah STEAM untuk bebaskan wap.  Kari ayam telah siap untuk dihidangkan.


Pulut Kuning Ekspress Noxxa

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak kongsikan cara masak pulut kuning dengan mengguna kan Presure Cooker Noxxa. Sangat mudah dan yang paling penting cepat..tak sampai 1/2 jam dah siap..sebab tu dinamakan pulut kuning ekspress Noxxa..

Kepada sapa2 yang ada PC Noxxa ni boleh la try yer..



Bahan-bahan

3 cawan beras pulut
Serbuk kunyit
1 keping asam gelugur
Sehelai daun pandan
1/2 cawan santan pekat
Sedikit garam

Cara-cara;

1. Rendam beras pulut bersama sedikit serbuk kunyit dan sekeping asam gelugor selama 15 minit.

2. Selepas 15 minit, cuci beras pulut dan sejatkan.

3. Masukkan beras pulut ke dalam periuk Pressure Cooker Noxxa bersama sehelai daun pandan.

4. Masukkan air ke dalam periuk tadi sehingga paras beras pulut sahaja. Jangan lebih atau kurang.

5.  Pusingkan tombol pressure valve atas penutup periuk kepada tanda Pressure. Setkan high pressure  5 minit.

6. Selepas Pressure Cooker berbunyi tanda beras pulut telah masak, pusingkan tombol pressure valve atas penutup periuk untuk mengeluarkan wap. Setelah habis semua wap keluar, barulah buka penutup periuk (Tudung tidak dapat dibuka selagi wap belum habis dikeluarkan)

7. Kacau pulut tadi dan tuangkan santan yang telah dicampur dengan sedikit garam dan kacau rata.

8.Tutup semula tudung periuk dan setkan steam 2 minit. laraskan valve kepada steam.

9.Bila PC dah berbunyi keluarkan wap.Buka penutup PC, gaul sebati dan bolehlah dihidangkan bersama kari atau rendang..Saya makan bersama kari ayam kali ni..

Selamat Mencuba


Kari Ikan Senangin

Kari Ikan Senangin



Bahan-bahan;

1 ekor ikan senangin-saiz sederhana
1 peket serbuk kari ikan-dibancuh dengan sedikit air dan secubit garam
1 sudu besar cili kisar
2 1/2  cawan santan
1 keping asam gelugor

Bahan tumis
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
* Semua bahan ni di hiris nipis/di mayang halus
1 tangkai daun kari
1/4 sudu teh halba
1/4 sudu teh biji sawi
1/4 sudu teh jintan putih (jintan halus)

Bahan sampingan
Bendi
1 biji tomato-belah 4
5-6 biji cili padi

Minyak untuk menumis
Garam gula secukupnya

Cara-cara;

1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis bahan-bahan yang dimayang halus. Kacau sebentar.Kemudian masukkan halba,biji sawi,jintan putih dan daun kari. Kacau lagi sehingga bawang dan halia betul-betul garing.

2. Masukkan cili kisar..kacau hingga garing kemudian masukkan pes serbuk kari. Masak sehingga pecah minyak dengan api yang kecil. Hendaklah di kacau selalu supaya tidak hangus.

3. Bila dah garing dan pecah minyak..masukkan santan.

4. Masak atas api sederhana.Bila santan telah mendidih..masukkan ikan dan asam keping.

5. Bila ikan telah masak,kecilkan api..masukkan bendi,tomato dan cili padi.

6.Perasakan dengan garam dan gula.Biarkan sekejap dan boleh tutup api.

Sekian...selamat mencuba