Home » » Kari Ikan Sembilang

Kari Ikan Sembilang



Assalamualaikum....salam hujung minggu....hari ni lambat bersiaran, biasala hari minggu, hari untuk aku bermalas-malasan....he..he...hari ni aku teringin nak makan kari ikan sembilang...nasib baik pi market tadi aku jumpak ikan sembilang ni...bagi aku kari ni berbeza dengan kari ikan biasa sebab aku tambahkan daun kesum sikit....sapa tak kenal daun kesum....alah...daun kesum yang orang buat kuah laksa ataupun asam pedas tuu....sedap tau..cubala....resepi ada kat bawah nii......



BAHAN-BAHANNYA :
  • 1 ekor ikan sembilang -dibersihkan dan di potong 5 (kalau ikan kecil boleh guna 2-3 ekor)
  • 1 biji timun-di belah dan dipotong menyerong
  • 2 cawan santan
  • 2 biji tomato-dibelah 2
  • 1 biji cili merah-dibelah 2
  • 1 labu bawang besar-dibelah 2
  • 3 sudu besar serbuk kari ikan, dibancuh dgn 3/4 cawan air
  • 1 keping asam gelugor @ 1/3 air asam jawa
  • Garam gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • 4 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 sudu teh halba campur
  • 2 pelepah daun kari
  • 2-3 tangkai daun kesum

CARA MEMBUATNYA :

  • Bahan * ditumbuk, Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan2 tumbuk, halba campur& daun kari, kacau dan biar hingga harum.
  • Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh tadi dan tumis hingga terbit minyak, guna api perlahan.
  • Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan, timun dan santan.
  • Tambah asam gelugor @ air asam jawa , bila mendidih masukkan garam.
  • Kacau perlahan dan masukkan . Biar mendidih 1-2 minit, kalau perlu tambah sedikit lagi air.
  • Akhir sekali masukkan daun kesum, tomato, bawang besar dan cili merah belah.
  • Tutup api dan tutup periuk, biar sayur2 masak dengan wap yang terhasil.
  • Boleh dihidangkan. Sedap dimakan bersama nasi panasss, sambal belacan dan ulam-ulaman ....selamat mencuba...


ni pulak masa tengah dok menggelegak kat atas api...


Share this article :

+ comments + 2 comments

July 19, 2010 at 3:02 PM

Salam..
sedapnya kari ikan sembilang tu....kalau dapat rasa lagi sedap..hihiiii

July 19, 2010 at 6:01 PM

thanks sudi sgh rumah kita nii...kari ikan semblang ni mmg sedap...nak pulak mkn dgn nasi panaass..

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Resepi Minggu Ini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger