Home » » Daging Grill Black Pepper

Daging Grill Black Pepper

Written By dek_ma on Wednesday, July 7, 2010 | 8:46 PM





Assalamualaikum dan selamat malam semua....hmmm...nampaknya dah lama aku tak update blog nie...almaklumla keadaan tak mengizinkan..atas sebab2 kesihatan aku dan anak2...
sekarang ni alhamdulilah semua dah sihat...arini disebabkan public holiday bagi pulau pinang so aku masak2 la untuk lunch kami sefamily...aku masak simple ja dgn apa yang ada dlm esbox aku tu...yang tinggal cuma daging dan udang ja...so aku pikiaq2 nak masak apa,maka jadilah daging grill black pepper nii...aku buat ni ikut gerak ati sendiri ja...main campak2 ja apa yang ada kt rumah aku ni...so kalau nak tengok resepi meh la ....

Bahan-bahan:
  • 300 g daging batang pinang, dihiris nipis2
  • 3-5 ulas bawang putih*
  • 3-5 ulas bawang merah*
  • 1 inci halia*
  • 1 sudu kecil lada hitam*
  • 2 sudu besar sos black pepper
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit garam

Cara-cara:

  • Tumbuk bahan2 yang bertanda* dan gaulkan dengan daging bersama dengan sos black pepper , sos tiram dan juga sedikit garam. Perap daging selama lebih kurang 1/2 - 1 jam.
  • Panaskan grill pan dan sapu sedikit minyak, letakkan daging dan panggang hingga masak sambil dibalik-balikkan.Boleh juga dibakar menggunakan oven..bolehla dihidangkan bersama dengan air asam...
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 10, 2010 at 5:50 AM

nampak sedap nak cuba la..

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Resepi Minggu Ini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger