Home » , » Sup Ketam

Sup Ketam

Written By dek_ma on Tuesday, July 13, 2010 | 9:22 PM


assalamualaikum....apa cerita hari ni?? aku takdak idea la nak tulis apa...nak cerita pasai N3 aku malam ni pun aku rasa biasa sgt...tentu ramai yang tau camna nak buat sup ketam ni kan....sup ketam ni peberet hubby dan anak aku...aku tak berapa suka sgt sebab aku malas nak kopek....ha..ha..ha..sebenaqnya tu yang betoi...tapi kalau ada orang tolong kopekkan...aku sukaaa...sgt...kalau berminat nak tengok resepi ni...jom semak...


Bahan-bahan:
  • 4-5 ekor ketam-dibersihkan
  • 3 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 sudu kecil lada hitam*
  • 1 batang halia-diketuk
  • 1 biji tomato-dibelah 6
  • 1 tangkai daun sup-dikerat
  • 4-5 cawan air
  • kiup ayam maggi(optional)
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • hirisan daun bawang & bawang goreng untuk hiasan
Cara-cara:
  • Tumbuk bahan2 *...panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 tumbuk hingga garing
  • Masukkan serai, ketam dan air...biar sampai didih.
  • Masukkan kiup ayam maggi dan garam. Kemudian masukkan daun sup dan tomato..Biarkan sebentar dan bolehla tutup api.
  • Hidangkan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang...selamat mencuba
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Resepi Minggu Ini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger