Pages

Mee Rebus Bonda

Assalamualaikum dan selamat petang semua....Terima kasih kpd sapa2 yang sudi menjengah blog aku nii...untuk N3 ari ni aku nak kongsi resepi mee rebus...resepi asal daripada bonda mertua aku...sebab tu aku namakan mee ni sebagai Mee Rebus Bonda....Setiap kali Hari Raya Aidilfitri @ Aidiladha , Mee rebus ni jadi menu wajib bagi kami...

Kalau kita jalan2 blog masakan ni kita boleh jumpa macam2 versi mee rebus yang ada...tapi pada aku mee rebus bonda mertua aku ni special sikit sebab dia menggunakan kentang, keledek, sengkuang, kacang tanah dan juga kacang parpu untuk memekatkan kuah..selain daripada itu daun sup yang dimasukkan ke dalam kuah juga menjadikan aroma kuah mee nii jadi lebih mabeless...aku bukan nak puji lebih2 tau..ini sekadar pendapat aku...so pada sapa2 yang nak cuba bolehla check resepi kat bawah ni....walaupun bahan2 nya nampak macam banyak tapi cara memasaknya senang sangat....



BAHAN-BAHANNYA :
  • 500g mee kuning
  • 1 mangkuk kecil taugeh
  • 2 keping tauhu-di goreng dan hiris nipis
  • 2 biji cili merah-di hiris
  • 1 pokok daun bawang-di hiris halus
  • 2-3 biji telur rebus- kupas dan belah 2
  • 5 biji limau kasturi-di belah 2
  • Bawang goreng secukupnya
  • Hirisan daging rebus

BAHAN KUAH :

  • 500 g tulang +daging lembu -direbus hingga empuk
  • 1 mangkuk kecil udang
  • 2 biji kentang*
  • 1/2 biji sengkuang*
  • 1 biji keledek saiz sederhana*
  • 1/2 cawan kacang tanah*
  • 1/2 cawan kacang dal @ parpu*-( semua bahan * direbus hingga empuk & kisar halus)
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 2 senduk cili kisar
  • 1 keping asam gelugor
  • 5 - 6 cawan air rebusan daging
  • 1 pokok daun sup-kerat 3-4 inci
  • 1 biji tomato-dibelah 4 @ 6
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN UNTUK MENUMIS:

  • 1/4 cawan minyak masak
  • 4 ulas bawang merah-dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih-dihiris halus
  • 1/2 inci halia-dihiris halus

CARA MEMBUATNYA :

UNTUK KUAH :

  • Panaskan minyak, tumis bahan tumis hingga harum, tambah cili kisar,rempah kari dan asam gelugor, kacau rata , biarkan hingga pecah minyak.
  • Masukkan tulang + daging bersama air rebusannya.
  • Masukkan udang dan masukkan sekali segala jenis ubi dan kekacang yang telah dikisar halus.
  • Masak perlahan sehingga mendidih. Tambah air jika perlu.
  • Masukan daun sup dan tomato, perasakan dengan garam dan gula, selalunya kuah mee rebus perlu manis sedikit.Masak hingga kuah agak pekat dan tutup api


PENYEDIAAN MEE REBUS:

  • Celur mee dan taugeh mengikut kuantiti yang diperlukan. Letak dalam bekas sesuai.
  • Kacau kuah dan tuang atas mee. Letak hirisan daging,telur rebus dan taburkan cili merah, tauhu, hirisan daun bawang, bawang goreng dan diakhiri dengan perahan jus limau kasturi. Sedia untuk dihidangkan.....selamat mencuba....

3 comments:

wana said...

Sedapnya mee rebus ni.... my feveret.... yummy!!!

dek_ma said...

cubalah...tak rugi...mmg yummy!!!

♥L@dy @yU♥ said...

nih my peberet tapy kalo masak kat sini selalu bahan x pernah cukup...