Pages

Mee Hoon Goreng



Assalamualaikum.....malam ni aku masak mee hoon goreng ja untuk dinner....aku gunakan apa yang ada dalam esbox aku tu..nak buat mee hoon goreng ni senang ja tapi kalau nak tengok resepi mee hoon goreng aku ni leh tengok kat bawah ni...




BAHAN-BAHANNYA :


  • 250 g mee hoon- celur dengan air panas hingga lembut dan toskan

  • 150 g daging- dihiris, cuci dan toskan

  • 100 g udang kecil- dibuang kulit, cuci dan toskan

  • 3 ekor sotong sederhana besar-dihiris dan dibersihkan

  • 1 mangkuk taugeh

  • 1 pokok kailan-di potong, cuci dan toskan

  • 1/2 batang carrot-dipotong

  • 4 batang jagung muda-dihiris

  • 3 sudu besar cili kisar ( kalau suka pedas boleh tambah)

  • 1 sudu besar sos tiram

  • 1 sudu besar sos tomato

  • 2 sudu besar sos cili

  • 2 sudu besar kicap

  • 4 ulas bawang merah-dihiris halus

  • 3 ulas bawang putih-dihiris halus

  • Sedikit air

  • Garam secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN :


Hirisan cili, daun bawang, bawang goreng,belahan limau kasturi & cili merah


CARA MEMBUATNYA :



  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah & bawang putih hingga harum

  • Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, kicap dan sos tiram, kacau rata.

  • Masukkan daging dan tuang air (anggaran 1 cawan). Masak hingga daging lembut.

  • Masukkan sotong, udang,carrot dan jagung muda. kacau rata dan masukkan garam.

  • Masukkan mee hoon, gaul rata dan tambah kailan dan taugeh. Kacau lagi hingga semua sekata.

  • Masak sekejap, rasa dan jika kurang masin, tambah kicap cair. Matikan api dan bolehla dihidangkan dengan bahan2 sampingan sebelum dihidangkan.......

0 comments: