Wednesday, May 18, 2011

Apam Dot-Dot

www.tips-fb.com

Assalamualaikum....hari ni nak tunjukkan apam yg saya buat malam tadi...orang lain dah lama buat ni..saya ja yg baru dok terhegeh-hegeh kan...tapi tak kisahlah kan...saya C&P je la yea.. resepi yg saya ambik dr rumah kak hana..sebagai rujukan diri sendiri pada masa depan...timakasih ye kak hana...


Resepi: Apam Dot-Dot
Sumber: kak hana

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE dr Hana:
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

Tuesday, May 17, 2011

Brownies Kukus Lapis Cheese

www.tips-fb.com

Assalamualaikum...selamat petang....ari ni nak kongsikan resepi yg sedappp sgt bagi saya la...tentu ramai yg dah try resepi ni kan...saya ja yg lambat...ok la jom check resepi kat bawah ni...pada sapa2 yg belom try...silakan lah..tak rugi..wa..cakap lu...



Resepi: Brownies Kukus Lapis Cheese
Resepi Asal: mrsdayat@myr
Sumber: Kak Hana

Bahan-bahan
  • *500g campuran brownies kukus (premix)
  • *4 biji telur gred B
  • *75ml minyak masak
  • *200ml air
  • *5g baking powder
  • *5g soda bikarbonat
  • **inti cream cheese**
  • 250g cream cheese
  • 60g gula castor
  • 1 biji telur gred A
  • 25ml air
  • nota:premix brownies tu bule cari kat kdai baking supply.kalo tak jumpe,bule gune resepi brownies yg ade....jadik jugee....=)
Cara-cara
  1. campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit
  2. utk inti - campur semua bahan bagi inti,kecuali telur.pukul sampai kembang
  3. kemudian,masukkan telur..pukul lagi.(skejap aje..bg rata jek)
  4. cara melapis - masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
  5. masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
  6. masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit..
  7. edit: balut tutup kukus ngan kain/tutup loyang ngan aluminium foil,pastu kukus dgn api besar

Sunday, May 15, 2011

Ikan Stim Tiga Rasa

www.tips-fb.com

Assalamualaikum....selamat petang semua.....ya ampun...dah bersawang rupanya rumah aku ni yer....entahla...tak tau pasai pa tuan rumah ni malas nak update blog ni...apa-apa pun terima kasih la kepada sapa2 yang sudi jenguk kat sini....masak tetap macam biasa, tapi nak masukkan N3 tu yg lambat skit tu...resepi ni pun kiranya edisi tertunggak ni...ok la jom la kita tengok resepi ikan stim 3 rasa ni...selalu buat ikan stim biasa ja...kali ni saya guna ikan merah plak...apa-apa pun resepi ni memang best lah....



Resepi: Ikan Stim Tiga Rasa
Resepi Asal: Chef Norzailina Nordin

Bahan:-
  • 1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm -saya guna ikan merah
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
  • 2 camb minyak - untuk menumis
  • garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-

  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:-

  • 2 camb cili kisar
  • 1 camb sos tomato
  • 2 camb sos plum
  • 2 camb gula pasir
  • 2 camb sos cili
  • 1 camb jus limau nipis
  • 1 camt kicap manis
Cara Memasak:-
  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hinga ikan masak.
  4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  7. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
  8. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

Sunday, April 17, 2011

Blueberry Cheese Tart

www.tips-fb.com



Assalamualaikum...Kalau saya cakap ni 1st time buat cheese tart ni..agak2 ada yang gelak dak?tak kisah la kan....sebenaqnya dah lama beli acuan tart ni tapi tak berani nak try takut tak jadi...dok survey jugak kalau2 ada yang jual tart shell ready made sahaja kat area sini...tapi tak jumpa la...tu yang beranikan diri buat sendiri...nasib baik jadi jugak walaupun tak lawa mana...resepi dari Alex Goh tapi saya copy dari Maklang Azie...timakasih ya maklang...kalau ikut adunan ni....boleh dapat lebih kurang 48 biji...bawak skit masa jumpa geng2 PSTD malam tadi...OK la..pada kawan2 yg dok cari resepi cheese tart ni boleh la tengok kat bawah...

Blueberry Cheestat
Sumber : Alex Goh
Copy dr: Mak Lang Azie

Sweet Pastry
Bahan A
200 g mentega
100 g gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
420 g tepung
1 sudu besar tepung susu

Cara-cara
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan
(B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.

* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.

Filling
Bahan A
250 g cream cheese
50 g gula 25 g mentega

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
25 g whipping kream

Bahan D
20 g tepung
Blueberry filling

Cara-cara
1. Tekankan pastri manis ke dalam acuan tat. Tusukkan lubang di kulit pastri dan bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.
2. Inti : Pukul (A) sehingga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul hingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna. Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.
3. Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi. Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.
4. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit.

Nota :-
* Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak.
* Untuk menjadikan permukaan atas tat lebih menarik, sapukan apricot glaze supaya ia kelihatan berkilat. (Apricot glaze + sedikit air dan panaskan di atas dalam periuk kecil di atas dapur hingga campuran tersebut cair)

Tuesday, April 12, 2011

Kek Gulung Kasih

www.tips-fb.com

Assalamualaikum....ni tayangan tengah malam tau....Kek yang sedang berlegar2 di serata blog2 masak...tapi yang menyedihkan kek saya ni tak macam kek orang lain..depa punya lawa2 ja...maklumla ni first time gulung2 kek ni...tu yg tak semengah ja hasilnya...takpa la pas ni nak try buat lagi...resepi yg simple yg amat...ok la saya C&P ja dr rumah Kak Dayang ..timakasih akak...


Kek Gulung Kasih
Sumber:Kak Dayang Jack

bahan-bahan :
  • 70 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil ovalette
  • Pewarna merah, hijau dan kuning
  • Inti-saya guna blueberry filling

cara-cara :
  1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
  2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
  3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
  4. Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
  5. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya. Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
  6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
  8. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
  9. Gulung kek dengan kemas.
  10. Bolehlah dipotong dan dihidangkan.

Monday, April 11, 2011

Kari Kepala Ikan

www.tips-fb.com



Resepi: Kari Kepala Ikan
Bahan2:( 2 orang makan )
  • 1 keping kepala ikan ( saya guna ikan nyok2)
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan*
  • 1/2 sudu besar serbuk cili* (* dibancuh dengan sedikit air )
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 biji tomato-potong 4
  • 1 labu bawang besar-potong 4
  • 1 biji cili hijau-belah 2
  • 5-6 batang bendi
  • 1 sudu besar santan pekat (optional )
  • Air secukupnya
  • 5 ulas bawang merah-Di mayamg halus
  • 3 ulas bawang putih- Di mayang halus
  • 1 sudu teh halba campur
  • 1 tangkai daun kari
  • Minyak untuk menumis
Cara2:
  • Kepala ikan dibersihkan dan direndam di dalam air asam jawa selama 10-15 minit.
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang merah,bawang putih,halba campur dan daun kari hingga wangi.
  • Masukkan pes serbuk kari. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan santan dan air secukupnya, masak lagi hingga mendidih.
  • Kemudian masukkan kepala ikan, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap dan masukkan pula bendi,tomato bawang besar dan cili hijau.
  • Bila dh masak, rasa dan jika ok bolehla tutup api dan sedia dihidangkan panas-panas....

Related Posts with Thumbnails

Resepi Minggu Ini   © 2008. Template Recipes by Faztvnetwork

TOP