Pages

Laksam Kedah

Assalamualaikum......selamat berhari sabtu....hari ni saya rasa happy sangat sebab berjaya membuat laksam...sebelum ni pernah jugak try tapi hampehh tak jadi langsung....pagi tadi terus kukus laksam ni nasib baik menjadi....tapi laksam yang saya buat ni laksam kedah tau...laksam kedah ni berbeza daripada laksam pantai timur sebab kuahnya menggunakan serbuk kari...ala-ala kuah laksa lemak gitu...untuk ulam-ulamnya pula guna pucuk gajus, putat, timun dan hirisan cili padi ...ok lah kalau nak tengok resepi boleh tgk kat bawah ni....




** ni la rupa laksam sebelum di potong

Bahan2 untuk laksam:
  • 2 cawan tepung beras
  • 4 cawan air

Bahan2 untuk kuah:

  • 1/2 kilo ikan kembung-direbus, diambil isinya sahaja dan ditumbuk..
  • 3 cawan santan
  • 2-3 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 batang bunga kantan
  • 2-3 tangkai daun kesum
  • 3 keping asam gelugor
  • Garam secukup rasa
  • 3 ulas bawang merah-dimayang
  • Sedikit minyak untuk menumis

Bahan sampingan:-dihiris halus

  • Pucuk Gajus @ pucuk putat
  • TimunKacang panjang
  • Cili padiLimau kasturi @ limau nipis

Cara-cara :

Cara buat laksam:

  • Panaskan kukusan.Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak dan kukus sebentar, lebih kurang 1 minit.
  • Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak, lebih kurang 3 minit @ sampai adunan nampak mengelembung.., keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik.
  • Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis.


*****ni pulak kuah laksam kedah nii...

Untuk kuah:

  • Panaskan minyak, tumis bawang merah hingga kuning.Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air, masak hingga garing.
  • Masukkan santan, isi ikan yang telah ditumbuk, asam gelugor, daun kesum dan bunga kantan, masak hingga mendidih.
  • Masukkan garam, Masak lagi sehingga agak pekat. Rasa dan sekiranya ok boleh tutup api..dan bolehla dihidangkan dengan laksam yang telah dipotong bulat dan ulam-ulaman.






0 comments: