Pages

Kuih Serimuka

Assalamualaikum....apa khabar semua...hari ni aku tak masak apa2....letih + malas...he...he.balik kerja aku terus ajak hubby makan kat luar...nasib baik hubby ok je...walaupun aku tak masak tapi aku nak post N3 yang aku buat semalam untuk buka puasa....ni firt time aku buat kuih serimuka ni...tapi yang tak bestnya serimuka aku ni kaler dia lain macam skit sebab tepung kastard yang aku guna tu kelernya kuning sangat...bila bercampur dengan daun pandan hasilnya macam tu la...tak lawo kan...tapi rasa nya maintain sedap....Resepi serimuka ni dari kak liza...tapi takpa...nanti aku nak buat lagi...kalau nak tengok resepi leh tengok kat bawah nii...kak liza saya mintak izin c&p kat sini...tima kasih.....





Lapisan Bawah:
  • 2 cawan pulut
  • 2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Cara

1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.

2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.

3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.

4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.

5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:

  • 2 cawan santan pekat1 cawan jus pandan + warna hijau
  • 3/4 cawan gula
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kastad
  • 1 biji telur1 sudu kecil garam

Cara

1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.

2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.

3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.

4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.

***** ni la akibatnya tak dengar cakap...patutnya aku tunggu sampai betul2 sejuk baru keluarkan dari loyang...tapi aku tak sempat sejuk dah keluarkan...tu yang tepi tu jadi tak lawo...


3 comments:

FasTVnetwork said...

Bila nak wat kat abang? nak rasa gak

dek_ma said...

kalau nk rasa mai la rmh...tp bgtau awai la....

eiramalik said...

macam mana nak bg yg atas tu rata cantik jekk...sbb bila saya buat mesti berombak...tension tulll...