Salam untuk semua...
hari ni saya nak kongsi kek coklat lembab yang saya buat weekend aritu tapi tak sempat nak upload sebab fedap dengan tenet yang lembab itu....kek ni saja je buat sebab tiba-tiba tekak ni rasa teringin sgt nak makan kek coklat..lagipon bahan2 semuanya memang dah ada kat rumah....
resepi kek ni kakak ipar saya yang bagi...dah beberapa tahun dah...dan bila saya dok bertenet ni ada juga saya nampak resepi yang sama..so disini saya nak kongsi resepi kek coklat lembab ni...pada sapa2 yang nak resepi yang simple tapi sedap ni boleh la try...
Bahan-bahan:
Bahan A
- 2 cawan tepung gandum*
- 1 cawan serbuk koko*
- 1 sudu teh baking powder*
- 1 sudu teh soda bikarbonat*
Bahan B
- 1 cawan gula halus @ gula caster
- 1 cawan susu pekat
- 2 biji telur
- 1 cawan minyak
Bahan C
- 1 cawan air panas
Cara-cara:
- Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celsius lebih kurang 10 minit.
- Satukan dan ayak bahan2 A..ketepikan
- Masukkan bahan2 B dalam mangkuk dan pukul@kacau hingga sebati.Tak perlu guna mixer...guna whisker atau senduk kayu jee..
- Kemudian masukkan bahan A yang telah di ayak tadi dan kacau hingga sebati dengan bahan2 B tadi.
- last sekali masukkan air panas dan kacau lagi hingga betul2 sebati dan boleh dituangkan dalam acuan yang telah disapu mentega dan bakar dengan suhu 180 darjah celsius selama 40-50 minit atau sehingga masak.
Untuk Toping:
250 gram coklat masakan
100 ml susu cair
1 sudu butter
>>> double boil kan kedua-dua bahan tersebut hingga coklat betul2 cair dan masukkan butter ...sejukkan dan boleh dituangkan keatas kek..dan bolehla dihias mengikut kreativiti sendiri...
>>>untuk gambar diatas saya just parutkan coklat putih kat atasnya..
0 comments:
Post a Comment