Pages

Blueberry Cheese Cake & Tempahan

Assalamualaikum...selamat malam semua..apa khabar..mintak maaf la sebab dah brp hari tak ada N3 baru...terima kasih kepada pengunjung2 yang sudi masuk sini..nak cerita sikit pasal N3 kali ni iaitu 'Blueberry Cheese Cake '..resepi ni saya ambil dari rumah sifu kita la ..sapa lagi kalau bukan Cik Mat Gebu..buat ari tu dan bawak pi opis bagi kawan2 rasa, ..tapi tak sangka pulak ada kawan2 yang menempah..bukan niat saya nak meniaga.saya ni memang suka mencuba resepi2 kek yang kebanyakannya dpt dari blog2 masak yang ada..dan bila dah buat kek tu mesti bawak pi opis sebab kalau kat rumah ni tak abis nak makan..ok lah jom tengok resepi yang saya copy dari rumah cik mat...kalau nak tengok cik mat buat step by step boleh tengok sini ye..

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 g cream cheese
  • 50 g gula halus
  • 200 g "whipping cream"
  • 5 kuning telur
  • 120 g tepung gandum
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 5 putih telur
  • 100 g gula halus
  • Secubit cream of tartar (boleh ganti dengan 1 camca teh lemon jus)
  • 1/2 cawan "blueberry segar" - ni saya tak letak pun..

CARA MEMBUATNYA :-)

  • Panaskan oven pada suhu 150C, lenser tin spring form berukuran 9 inci dengan mentega, balut keliling bahagian bawah luar tin dengan aluminium foil .Ketepikan.
  • Putar cream cheese bersama gula hingg lembut. Masukkan whipping cream dan putar lagi hingga adunan licin dan tidak berbintil2.
  • Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati. Perlahankan speed, masukkan tepung gandum dan esen vanilla, kacau rata. Ketepikan sebentar.
  • Dalam mangkuk yang bersih dan kering. Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus (100g) dan cream of tartar atau jus lemon, terus memutar hingga adunan kental.
  • Gaul putih telur tadi ke dalam adunan cheese dengan kaedah kaup balik, hingga rata.
  • Tuang dalam tin dan bakar dengan kaedah "water bath" selama 90 minit. Biar kek sejuk dalam oven dengan cara merenggangkan pintu oven.
  • Simpan kek dalam peti sejuk 4-5 jam sebelum dikeluarkan dari tin. Hias dengan "hiasan" blueberry di atas kek dan selebihnya gunakan kreativiti anda. Simpan dalam peti sejuk.

.....ni last slice...terlupa nak snap..nasib baik ada tinggal satu nii..


####ni pulak order dari kawan satu opis...kali ni buat base dari biskut oreo..harap2 kawan tu berpuas hati la ye...

8 comments:

Tudung Anggun said...

Sedapnya..dari hari tu lagi teringin nak makan cheese cake.

Anonymous said...

lenser tin spring form berukuran 9 inci dengan mentega, balut keliling bahagian bawah luar tin dengan aluminium foil .Ketepikan.

acuan dya camne ea???
boleh tunjuk x?? tak paham cara 2..

TintaCyber/DapurkuBerasap said...

best....nanti nak cuba resepi nie...saya follow dan linkkan blog awak ye...:)

dek_ma said...

anonymous...kalau nak tgk boleh klik kat atas...kat link kat atas..'step by step boleh tengok sini'

Anonymous said...

kak ni jual bp rm

nieza said...

salam ziarah..sedapnya tgk cheese cake ni...saya follow & link yer...:)

.azie. said...

cedapnye...mn nak cari blueberry segar ek..ari dah cari tp xjmp..cedeyh

dek_ma said...

slm...tq sebab sudi singgah..
azie...blueberry fresh ni saya pernah jumpa kat jusco tapi mahal skit la...kalau tak ada tak payah letak pun takpa..saya pun tak letak...