Pages

Asam Pedas Rebus Ikan & Keledek

Assalamualaikum....Selamat berhujung minggu. Ari ni saya tak pi mana2.Dok rumah ja...
Sambil tu sempat jalan ke blog2 ..terutamanya blog2 masak2 ni...kali ni saya nak kongsikan menu lunch kami sekeluarga ari ni...masak yang simple ja...'Asam Pedas Rebus Ikan & Keledek'.
Kalau nak tau..Ni la makanan kegemaran en.Hubby saya nii...terutamanya yang dimasak oleh maknya , tentulah my MIL...siap hirup2 kuahnya lagi...bahan2 nya sedikit dan cara menyediakannya juga senang sgt2...Saya guna ikan kembung..kalau nak guna ikan lain pun boleh...Kali ni saya guna keledek. Selain keledek kita jugak boleh guna timun, terung dan bendi . Resepi boleh tengok kat bawah..

Bahan2:
  • 2 ketul keledek- kupas kulit dan potong
  • 4 ekor ikan kembung
  • 2 keping asam gelugor
  • Sedikit garam dan gula
  • Air secukupnya

Bahan2 tumbuk halus:

  • 2 biji cili kering
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil beras
  • 4 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Sedikit kunyit hidup

Cara2:

  • Satukan bahan2 tumbuk bersama keledek tadi ke dalam periuk, masukkan air secukupnya.
  • Masukkan asam gelugor dan biar mendidih. Masukkan ikan, masak sekejap.
  • Masukkan sedikit garam dan gula, kemudian rasa, jika perlu tambah sedikit garam lagi
  • Bila keledek lembut boleh matikan api dan dihidangkan panas2...

3 comments:

NoorMasri said...

nampak unik resepi ni..mesti sedap..kak Noor suka masakan rebus2 camni..bila2 bole cuba

suhailas said...

Salam akak..bila akak masak cam niii ingat arwah mak....peweret dia niii...!!!!senang n sedap

dek_ma said...

wslm...
kak noor resepi ni mmg unik..sbb ada letak beras skit...

sue...resepi ni mmg senang,sedap dan sihat..
tapi akak kalau makan ni mesti nasi bertambah tambah ..tak sihat jugak jdnya...