Pages

Cucur Nasi Ikan Bilis



Assalamualaikum...petang2 ni saya nak kongsikan menu untuk sarapan atau minum petang...iaitu 'Cucur Nasi Ikan Bilis' ....resepi ni saya ambik kat rumah kak yatie nu...ni kira 1st time try resepi ni...sebelum ni tak pernah try resepi cucur yang guna nasi ni...macam yang kak yatie cakap, cucur ni tetap lembut walaupun dah sejuk...cuma bentuknya ja yang tak berapa nak bulat...tapi kira ok la...

Timakasih kak Yatie sebab kongsi resepi yg best ni...
saya buat separuh dari adunan ni...


Cucur Nasi Ikan Bilis
Sumber: Yatiememories
Bahan-bahan:
  • 2 cawan nasi
  • 2 cawan air
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • 1/2 cawan ikan bilis
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji lada besar hiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang hiris halus
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:

  • Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis,bwg putih dan bawang besar...kisar sebati.
  • Masukkan tepung gandum kedalam bekas, tuangkan bahan-bahan kisar...gaul sebati.
  • Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  • Panaskan minyak dan jemput adunan kedalam minyak. Goreng cucur hingga masak.

0 comments: