Home » » Nasi Minyak Simple- 1st Entry 2011

Nasi Minyak Simple- 1st Entry 2011

Written By dek_ma on Saturday, January 1, 2011 | 12:42 PM

Assalamualaikum...selamat tahun baru 2011 kepada semua...ni kira 1st N3 ku untuk tahun ni..
resepi yg ringkas sgt2...nasi minyak ni, terpulang la nak makan dengan sambal tumis, atau lauk2 lain..saya makan dengan sambal telur dan ikan bilis goreng ja...



Bahan:


  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Sehelai daun pandan ( disimpul )
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 labu bawang besar (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • Sebatang kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 2 cawan beras
  • 3 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • ½ camca kecil serbuk kunyit

Cara:

  • Goreng bawang besar dan bawang putih hingga kuning.Masukkan daun pandan,bunga cengkih,bunga lawang,kulit kayu manis , lada hitam dan buah pelaga. Biarkan sebentar.
  • Masukkan beras, air, garam dan kunyit. Kacau kemudian ditutup dan biarkan hingga kering. KEcilkan api dan tanak hingga nasi masak. Hidangkan dan taburkan dengan bawang goreng...........
Share this article :

+ comments + 2 comments

January 2, 2011 at 10:04 AM

Wah resepi yg paling simple. Yang penting memang tasty...tak gitu dek ma. Mesti cuba ni

January 2, 2011 at 1:43 PM

chef..timakasih la sebab sudi sgh..ye la saya ni tak pandai sgt masak-memasak ni...

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Resepi Minggu Ini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger