Pages

Sambal Ayam Berserai

Assalamualai kum...kali ni saya nak kongsikan resepi yang simple sgt..iaitu 'Sambal ayam Berserai'...resepi ni saya buat ikut style saya ja...Sambal ni sesuai untuk dimakan dengan nasi putih atau nasi lemak...jom tgk resepi...

Bahan2:
  • 6-8 ketul ayam -dibersihkan,perap dengan garam dan serbuk kunyit kemudian goreng separuh masak.
  • 2 batang serai, dititik
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit kulit kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih dan bunga lawang

Bahan2 -di kisar halus

  • 6-8 biji cili kering
  • 2 biji buah keras
  • 1 batang serai
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Sedikit belacan
  • Sedikit air

Cara2:

  • Panaskan minyak, tumis bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan serai,bunga cengkih,bunga lawang,buah pelaga dan juga kulit kayu manis.Masukkan sedikit air dan masak sebentar hingga mendidih.
  • Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masukkan ayam yg telah digoreng
    separuh masak. Gaul sebati, rasa dan bila dah agak pekat bolehla tutup api...Sedap dimakan dengan nasi lemak, nasi minyak atau nasi putih jee...

0 comments: