Pages

Gulai Lemak Udang Bersama Belimbing Buluh

Assalamualaikum....kali ni nak syer resepi campak2 ja...Alkisahnya, ada kawan kat ofis bagi belimbing buluh...mula2 ingat nak masak 'Masak lemak cili api' tapi takut anak2 tak boleh makan plak sebab pedas, tu yang ubah skit tu....guna cili merah dan skit ja cili padi....so tak dak la pedas sangat dan anak2 pun suka....so kalau nak tengok resepi boleh la tgk kat bawah ni....

Bahan2:
  • 300 g udang sederhana besar
  • 10 biji belimbing buluh-dibelah 2
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 batang serai-dititik
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 biji cili merah*
  • 3 biji cili padi merah*
  • 6 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 biji buah keras*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 inci halia* ( semua bahan2 bertanda* dikisar halus
Cara2:
  1. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumiskan serai dan bahan2 kisar hingga wangi.
  2. Masukkan udang, kacau sebentar dan masukkan santan cair.Masukkan asam gelugur dan masak hingga mendidih sambil dikacau.
  3. Bila dah mendidih masukkan santan pekat, garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi dengan api yang kecil hingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan belimbing buluh dan masak sebentar. Rasa dan jika ok bolehla tutup api..

Pizza Gebu En.Mat Gebu

Assalamualaikum....selamat malam....tak sempat nak celoteh panjang2...ni saja ja nak kongsikan satu lagi resepi pizza...kali ni 'Pizza Gebu En.Mat Gebu'..resepi asal dah tentu dari En.Mat Gebu...cuma tang filling nya saya letak sosej dengan crap stick ja, tak dak letak capsicum, bukan apa, kat rumah ni tak dak yang makan, kalau kita boh pun nanti depa akan kutip buang....buat rugi ja...dah la benda alah tu mahal...ha...ha...ok la saya copy & paste resepi ya.....macam biasa kalau nak tengok step by step boleh tengok kat sini....


Resepi: Pizza Gebu
Sumber : En.Mat Gebu

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN-BAHAN PIZZA GEBU :-)
3 batang sosej ayam "ayamas", hiris serong
4 hirisan gegelang red capsicum
4 hirisn gegelang yellow capsicum
4 hirisan gegelang green capsicum
1 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
175 g keju mozzarella, hiris nipis2
Sos tomato dalam botol secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat (gambar no 1). Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal (macam dalam gambar no2). Ratakan sebahagian sos pizza tadi (gambar no. 3) dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella (gambar no. 4). Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.


Pandan Marble Bun

Assalamualaikum...selamat petang semua...dah minum petang ka?ni saya nak kongsikan satu lagi resepi bun @ roti, iaitu 'Pandan Marble Bun'.... Resepi asal dari En Mat Gebu....yang banyak menyumbangkan resepi2 yang best2...Sebenaqnya bun ni buat minggu lepas lagi tapi baru ari ni nak post...bukan apa takut ada yang boring plak asyik tengok muka roti ja kat blog ni....tapi nak buat macam manakan, mood tuan rumah ni nak meroti berkobar-kobar, ye la kan bila dah dapat BM ni, asyik ingat nak meroti ja...... sekarang ni pun BM ku itew dok sibuk menguli donat plak...so kita orang makan donut ja la petang ni...merangkap dinner sekali kot....he..he..
OK lah, macam biasa En Mat saya C&P resepi kat sini ye...kalau nak tengok step by step boleh tengok yang En Mat buat kat sini...

Resepi: Pandan Marble Bun

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram tepung gandum
20 gram susu tepung
125 ml air
3o gram telur (pecahan 1 biji telur, pukul sedikit dan timbang)
60 gram gula halus
8 gram instant yeast
1 camca teh pandan paste
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softener
1/4 camca teh garam
40 gram mentega
Bijan untuk ditabur atas roti - takde bijan, saya ganti dgn gula ja..
2 camca besar tepung roti (jika perlu)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 di atas kecuali mentega, paste pandan dan 2 camca besar tepung roti. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli sehingga mendapat doh yang lembut dan kenyal. Jika melekat, tabur sedikit tepung roti. Bulat2kan doh, letak dalam bekas besar dan tutup dengan plastik bersih, perap 1 jam. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan untuk doh dalam Bread Maker, kecuali 2 camca besar tepung roti dan pandan paste, pilih setting untuk "doh" dan tekan "on". Tunggu hingga siap.
  2. UNTUK ROTI :- Keluarkan doh tadi, tabur sedikit tepung atas meja kerja. Letak doh dan tumbuk untuk membuang udara. Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian yang sama saiz. Amabil 1 bahagian dan letak pandan paste, uli hingga rata, jika melekat, tambah tepung sedikit dari 2 camca besar tepung roti tadi. Kemudian bagi dua lagi adunan hijau tadi. Adunan tanpa warna pun dibagi kepada 2 bahagian juga.
  3. Ambil 1 bahagian hijau dan 1 bahagian yang kosong, gelek menjadi panjang kurang lebih 30 cm setiap satu. Lilitkan menjadi seakan2 tali, seperti dalam gambar. Kerat kepada 8 bahagian sama besar. Ambil setiap bahagian dan bulat2 kan, Susun dalam bekas yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap. Lakukan kaedah yang sama untuk baki adunan..
  4. Perap roti tadi selama 45 minit atau hingga naik sekali ganda dan memenuhi bekas. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) dan tabur bijan atas roti tadi. Bakar selama 20 - 25 minit dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan.

......Ni la rupa isi kat dalam bun ni....lembut sangat, terutamanya panas2....sedap minum dengan kopi O atau Teh O.....

Bendi Goreng Belacan

Assalamualaikum...kali ni apasaya nak kongsikan salah satu jenis hidangan sayur, iaitu 'Bendi Goreng Belacan'...Pada sapa yang menggemari bendi boleh la try resepi ni...Resepi asal dari 'Bendi Kontot Goreng Belacan' Mat gebu....tapi saya hiriskan bendi tu nipis2...ok la jom check resepi yang telah di copy dari rumah EN. Mat DTS...thanks En.Mat...

Bendi Goreng Belacan

BAHAN-BAHANNYA :-)
20 batang kacang bendi muda (yang kontot2)
1 biji telur, dipukul sedikit
1 keping asam gelugor
1 camca besar sos tiram
1/4 cawan air
Garam secukup rasa

BAHAN TUMBUk LUMAT :-)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji lada merah
1/2 inci belacan
1 camca besar ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bendi dicuci bersih dan toskan, potong sedikit bahagian tangkainya. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga wangi. Tambah sos tiram, kacau rata dan tuang air. Masukkan asam gelugor.
  2. Masuk bendi tadi dan kacau rata. Tutup kuali sekejap, kemudian kacau dan masukkan telur, biar sehingga telur sedikit mengeras, gaul rata2. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.

Bun Kacang Merah-Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum....Salam Maulidur Rasul kepada semua Umat Islam...Sama-sama lah kita Berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW...

Cerita pasal N3 kali ni 'Bun Kacang Merah' ni sebenaqnya N3 terunggak...biasa la kan, kadang2 mood nak berblog macam takdak je...tapi hari ni ku gagahi jugak letak N3 ni...Gambar tu pun tak sempat nak edit dah... Resepi asal dari Ros Jintan Manis yang telah selamat sampai ke tanah air...Sedap la bun ni, dah sejuk pun masih lembut lagi...saya siap double kan adunan lagi...untuk bagi kat anak buah ....jom la tengok resepi yang di copy dari rumah Ros...timakasih ros...


Resepi: Bun Kacang Merah

Sumber: Ros Jintan Manis


200gram tepung roti
1 sudu kecil yis
1 sudu besar susu tepung
90 ml susu segar+1/2 biji telur
1 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar marjerin
1/2 sudu kecil garam

( kalau nak letak 1 sudu kecil bread softner dan bread improver pun boleh)

untuk inti
1 bekas kecil inti kacang merah ( ros guna yang dah siap tu)

Caranya
1. Masukkan semua dalam Breadmaker dan pilih menu dough dan tekan ON je, bila dah siap di uli, keluarkan dan uli sekejap selama lebih kurang 5 minit dan boleh terus dibentuk bulat-bulat kecil.

2. Jika tiada Breadmaker, uli semua bahan dalam bekas adunan hingga menjadi doh, uli hingga tidak melekat pada jari, selepas itu masukkan doh dalam plastic bersih dan ramas selama 5 hingga 10 minit, perap doh selama 40 minit.

3.Kemudian tumbuk doh dan uli sekali lagi, bahagi doh pada 9 bahagian kecil dan letakkan satu sudu kecil inti kacang merah, susun dalam loyang empat segi, biarkan doh naik 2 kali ganda dan gliss permukaan roti dengan 1 sudu susu segar+beberapa titik madu, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 18 ke 20 minit.

4. Setelah siap di bakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas yang ade penutup, sesuai dijadikan sarapan atau menu minum petang, Selamat Mencuba.





Pizza Daging

Assalamualaikum...lama betoi la tak update blog ni...terima kasih la pada pengunjung2 yang sudi singgah kat sini...ada jugak N3 yang tak sempat nak post...apapun petang2 hujung minggu ni apa kata kita layann...Pizza yang dah habiss ni...resepi pizza ni saya ambik dari rumah Kak Ummi, resepi asal dari Kak Nis dan kak ummi plak ambik dari rumah sherry...( mintak maaf ye.. tak jumpa plak link utk kak nis dan sherry...nanti kalau kita dh jumpak kita letak ye..) ha..ha...dah dah jalan jauh pizza ni ye..betol la macam kak ummi cakap resepi pizza base ni masih lembut walaupun dah sejuk....kalau tengok gambaq kat atas tu...base pizza ni agak tebal...ye la.1st time buat
base sendiri, tak tau nak agak tebal mana....untuk filling plak saya buat ikut style saya ja...
Ok la ...jom tengok resepi....

Bahan (Base - 2 keping sederhana besar)

  • 300 gm tepung gandum/tepung roti (*ummi guna tepung roti)
  • 200 ml air
  • 15 gm gula
  • 4 gm yis (1 1/2 sudu teh)
  • 25 gm shortening
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan susu tepung

Cara-Cara:-

  • Masukkan kesemua bahan dalam breadmaker, pilih menu doh. (*ummi campur semua bahan kecuali air dan shortening..gaul rata, masukkan air dan uli biar lembut. Masukkan shortening..uli lagi hingga doh tidak melekat pada mangkuk).
  • Keluarkan dan tumbuk-tumbuk doh. Biarkan 10 minit. Kemudian canaikan dan masukkan ke dalam pizza pan. Cucuk2 dengan garfu...saya bakar sekejap, lebih kurang 5 minit...angkat dan boleh la letak filling kegemaran masing2...

Untuk Filling:

  • 1/2 biji bawang holand-didadu
  • 2 ulas bawang ptih-didadu
  • 1 cawan daging kisar
  • 2 batang sosej-Hiris bulat
  • 1/2 cawan sos tomato Prego (Sos Spagetti )
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit Oregano
  • 1 sudu besar mentega
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Keju Mozarella secukupnya....lagi banyak lagi sodappp....
  • Sos Tomato-untuk sapuan...

Cara2:

  • Panaskan mentega @ minyak makisasak, tumis bawang holand dan bawang putih hingga wangi..
  • Masukkan daging ,masukkan sedikit air...masak hingga daging empuk..
  • Masukkan sos prego, garam dan gula secukup rasa...bila agak pekat boleh la dianggakat..
  • Sapu piza base dengan sos tomato, tuangkan inti dan ratakan ke keseluruhan pizza...susun sosej,taburkan sos lada hitam dan oregano...kemudian taburkan Mozarella cheese dan bakar lebih kurang 12-15 minit atau hingga cheese cair...Sedap dimakan panass...