Pages

Blueberry Buckle

Assalamualaikum....selamat bercuti, tak pi jalan2 ke?kali ni nak syer sejenis kek yang menggunakan fresh blueberry...sebenaqnya dah lama sangat teringin nak buat kek ni sejak tengok kat blog kak hana nuu...tapi memandangkan harga fresh blueberry ni yang mahal sgt iaitu RM 15.90 bagi 2oo g ( bagi I mahal la)..tu yang tertunda tu...yang beli kali ni pun sebab ada kat TESCO rm 7.99...maybe sebab nak krismas kot tu yg murah skit tu...


Resepi ni saya ambik kat blog kak hana...kalau nak tengok resepi asal dan gambar kek kak hana yang cantek tu boleh la klik sini...saya kopipes je ye...timakacih kak hana...

IngredientsCake :
  • 1/2 cawan butter - suhu bilik
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanilla
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 teaspoons baking powder
  • 1/4 sk garam
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 cawan blueberry segar - saya guna blueberry dan strawberry

Streusel Topping:

  • 1/3 cawan gula
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 1/2 sk serbuk cinnamon
  • 3 sudu besar butter tanpa garam - butter sejuk dr peti ais

Cara-cara:
Cake
  • Panaskan oven 350ยบ F. Pukul butter dan juga gula hingga kuning dan berkrim. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi hingga kembang.
  • Ayak bersama tepung, baking powder dan juga garam. Masukkan ke dalam adunan tadi berselang seli dengan susu. Kacau rata. Masukkan ke dalam loyang yang di alas dengan baking sheets, ratakan dan taburkan blueberry di atas adunan.

Streusel Topping

  • Dalam mangkuk kecil. campurkan tepung, gula dan serbuk cinnamon. Masukkan butter dan kacau menggunakan garfu hingga menjadi crumble.
  • Taburkan di atas blueberry tadi.
    Bakar 45-50 minit. Sejukkan di atas redai sebelum disajikan.

Udang Sos Tiram

Assalamualaikum....selamat petang..dah minum petang ke?untuk N3 kali ni takde juadah untuk minum petang ye...al maklum lah balik kerja dah tak sempat nak masak, singgah beli goreng pisang ja tadi...udang sos tiram ni sebenaqnya resepi tertunggak...dah tak ingat masak bila masak ni..yang pastinya resepi ni simple sangat2...tapi rasanya sedap tau...resepinya ada kat bawah ni ye...

Bahan2:
  • 400 g udang saiz sederhana
  • Sedikit garam
  • Serbuk kunyit dan sedikit serbuk lada sulah
  • 3 ulas bawang merah**
  • 2 ulas bawang putih**
  • 1/2 inci halia**- bahan2** ditumbuk halus
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • Sedikit minyak
  • 1 labu bawang besar-hiris bulat
  • 1 biji cili merah & 1 biji cili hijau-hiris menyerong
Cara2:
  • Udang dibersihkan dan digaul dengan garam,serbuk kunyit dan lasa sulah. Perap sebentar dan goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan
  • Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 2 sudu.
  • Tumiskan bahan2 tumbuk hingga garing. Masukkan sos tiram,sos cili, cili merah dan hijau serta bawang besar.
  • Gaul sebati dan bila bawang agak layu boleh la tutup api...Boleh juga di tabur dengan hirisan daun sup dan daun bawang...

Home made Strawberry Ice Cream

Assalamualaikum...selamat malam semua...dah dinner ka? kalau dah dinner mai kita cuci mulut dengan 'Strawberry Ice Cream' pulak...nyaman ja anak tekak ni bila dapat makan ice cream ...
Ice Cream ni hasil godek2 tengah malam tadi...senang ja nak buat kalau bahan2 dah sedia ada kat dalam esbox tu...Resepi ni saya dapat masa pi tengok demo 'Home made Ice Cream' tak lama dahulu. Sebelum ni pernah buat Ice Cream Coklat, kali ni buat perisa strawberry plak...
Untuk pengetahuan semua , ice cream ni agak cepat cair, mungkin sebab kita tak guna sebarang bahan pengawet...so kena makan cepat2 la..kalau tak silap saya ada beberapa cara yang berbeza untuk buat ice cream ni...untuk resepi ni saya taipkan kat bawah ni yea...

Bahan2:

Bahan A:
  • 200 g susu full cream -kalau nak guna susu perisa strawberry pun boleh..
  • 60 g strawberry filling
  • 1 sudu teh strawberry emulco

Bahan B:

  • 1 biji telur
  • 2 biji kuning telur
  • 120 g gula castor

Bahan C:

  • 400 g whipping cream

Cara2:

  1. Panaskan bahan A tapi jangan sampai didih.
  2. Pukul bahan B hingga kembang dan masukkan ke dalam no. 1
  3. Dalam bekas berasingan, pukul bahan C hingga kental dan satukan dengan semua bahan tadi..kacau sebati.
  4. Tuang adunan dalam tupperware, bekukan dalam peti ais semalaman...

Nasi Goreng belacan

Assalamualaikum...selamat pagi...semoga ceria2 selalu...untuk N3 kali ni saya nak kongsikan resepi nasi goreng belacan yang saya buat untuk dinner malam tadi...resepi yang ringkas tapi sedapp...tambah pulak kalau dah memang ada lebihan sambal belacan..so tak perlu tumbuk sambal lagi dah...just campak2 je kat dalam kuali...Nasi goreng belacan ni saya buat style saya ja ikut bahan2 sediada...kalau suka boleh tambah rencah2 ikut suka...ok lah nak pi kerja dah ni...jom la check resepi kat bawah kalau nak...bye...

Bahan-bahan:
  • 2 cawan nasi sejuk
  • 2 sudu besar sambal belacan
  • 1 cawan ikan bilis-goreng garing dan ketepikan
  • 3 ulas bawang merah-tumbuk
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk
  • 1/2 ikat kailan-potong
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

Caracara:

  • Panaskan minyak,tumis bawang yg telah ditumbuk hingga garing.Masukkan sambal belacan,kacau sebentar hingga agak garing.
  • Masukkan nasi ,garam dan sedikit gula .Kemudian masukkan kailan. Goreng nasi hingga semua bahan sebati dan nasi agak garing.
  • Masukkan ikan bilis goreng.Rasa dan jika ok bolehla tutup api..Hidangkan panas2..

Creamcheese Butter Cake

Assalamualaikum....salam hari isnin...untuk N3 kali ni saya nak kongsikan resepi Creamcheese Butter Cake yang saya buat petang semalam...ni 1st time try buat kek ni...Idea buat kek ni pun muncul sebab nak habiskan balance creamcheese yang sikit tu..jalan2 kat blog2 pas tu terjumpak kat blog kak Norzailina Nordin . Cuma ada part2 yang saya ubah skit...ikut bahan2 yang ada kat dapur ku ini..menurut kata tuan punya resepi ni, kek ni lebih sedap kalau guna butter yang bermutu tinggi...tapi saya guna buttercup je...rasa kek ni memang sedap, gebu dan tak muak....nak buatnya pun senang...ok lah jom kita check resepi yang saya c&p dari blog kak norzailina...tq sebab sudi kongsi resepi yang sedap ni...


Bahan2:
  • 170 gm mentega
  • 125 gm krim keju
  • 250 gm gula kastor - saya letak 210gm
  • 5 biji kuning telur
  • 210 gm tepung serbaguna - saya guna tepung naik sendiri
  • 1½ camt serbuk penaik diayak - tak letak dah
  • 2 camca teh vanila
  • 5 biji putih telur
  • 1/8 camca teh garam - saya gantikan dengan cream of tartar

Cara membuat

  • Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya.
  • Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis.
  • Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur, putar sebati.
  • Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Tambah vanila.
  • Dalam mangkuk bersih, pukul putih telur hingga berbuih.
  • Masukkan garam @ cream of tartar, putar lagi. Bila kental, bubuh 1/3 ke dalam adunan tadi.
  • Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis.
  • Ratakan adunan ke dalam tin empatsegi 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan dilengser marjerin.
  • Bakar pada 170 C selama 1 jam atau hingga masak. Oven saya 160 C -45 minit dah masak.
  • Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin.
  • ***** yang kat atas kek tu saya just paipkan strawberry filling dan lorekkan sebelum dibakar.

Asam Pedas Rebus Ikan & Keledek

Assalamualaikum....Selamat berhujung minggu. Ari ni saya tak pi mana2.Dok rumah ja...
Sambil tu sempat jalan ke blog2 ..terutamanya blog2 masak2 ni...kali ni saya nak kongsikan menu lunch kami sekeluarga ari ni...masak yang simple ja...'Asam Pedas Rebus Ikan & Keledek'.
Kalau nak tau..Ni la makanan kegemaran en.Hubby saya nii...terutamanya yang dimasak oleh maknya , tentulah my MIL...siap hirup2 kuahnya lagi...bahan2 nya sedikit dan cara menyediakannya juga senang sgt2...Saya guna ikan kembung..kalau nak guna ikan lain pun boleh...Kali ni saya guna keledek. Selain keledek kita jugak boleh guna timun, terung dan bendi . Resepi boleh tengok kat bawah..

Bahan2:
  • 2 ketul keledek- kupas kulit dan potong
  • 4 ekor ikan kembung
  • 2 keping asam gelugor
  • Sedikit garam dan gula
  • Air secukupnya

Bahan2 tumbuk halus:

  • 2 biji cili kering
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil beras
  • 4 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Sedikit kunyit hidup

Cara2:

  • Satukan bahan2 tumbuk bersama keledek tadi ke dalam periuk, masukkan air secukupnya.
  • Masukkan asam gelugor dan biar mendidih. Masukkan ikan, masak sekejap.
  • Masukkan sedikit garam dan gula, kemudian rasa, jika perlu tambah sedikit garam lagi
  • Bila keledek lembut boleh matikan api dan dihidangkan panas2...

Strawberry Cheese Cake



Assalamualaikum...
Apa khabar semua...harap2 semua berada dalam keadaan sihat ...tapi saya yang tak berapa sihat..kepala rasa berdenyut-denyut,agaknya sebab tadi kena hujan masa pi site kot..
takpa la walau pun sakit kepala saya nak update skit blog ni..
"Strawberry Cheese Cake" ni saya buat masa majlis pertunangan adik aritu...Resepi asal drp 'Blueberry Cheese Cake' yang saya ambil dari rumah En.Adnan Ibrahim..atau nama Glamernya Mat Gebu tu...Dulu saya dah pernah try...memang sedap...Tapi kali ni saya tukar guna Strawberry plak...kali ni saya tak letak resepi yer...kalau nak tengok resepi asal dari rumak Mat Gebu boleh klik sini.. dan sini yang saya buat ari tu...Terima kasih Mat sebab kongsikan resepi yang memang mabeless...

Mee Hoon Goreng Singapore

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada seluruh umat islam...
Rupa-rupanya dah sebulan lebih blogku ini tak ber'update'. Bukannya tak nak update tapi tak ada kelapangan nak update..maklum la cuti sekolah ni banyak aktiviti 'makan kenduri'...termasuk dengan kenduri kahwin adik ipar iaitu Rizal dan pasangannya Husna, pada 27 nov , adik saya pula bertunang pada 5 Dis lepas. So tiap2 minggu balik kg dan tak sempat nak update le...ni pun baru balik dari bawak anak2 p bercuti kat Genting & Cameron Highland...so minggu ni tak nak p mana2 dah, nak rehat kat rumah ja..anyway saya nak ucapkan jutaan terima kasih pada pengunjung2 yang sudi singgah kat sini...walaupun dah lama tak update...
Ok lah cerita pasal resepi kali ni ,saya nak kongsikan resepi yang simple sangat..iaitu "mee Hoon Goreng Singapore". Tentu ramai yang pandai masak mee hoon goreng ni kan? tak pa la saya nak letak jugak resepi kat sini, mana la tau kan sebagai rujukan anak2 saya pada masa depan ..
Bahan2:
  • 1/2 bungkus Mee Hoon-direndam hingga lembut & tos
  • 2 ulas bawang putih-ditumbuk halus
  • 1 ulas bawang merah-ditumbuk halus
  • 1 sudu udang kering-ditumbuk halus
  • 1 cawan udang basah
  • 1 keping dada ayam-hiris nipis2
  • 1 sudu kecil lada hitam-di tumbuk
  • 1 cawan taugeh
  • 1/2 batang carrot-di parut kasar
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit sos tiram
  • 2 biji telur
  • Minyak secukupnya

Cara:

  • Panaskan sedikit minyak,masukkan telur dan goreng hancur hingga masak,angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak,tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering yang telah ditumbuk hingga wangi.
  • Masukkan udang dan ayam.Goreng sebentar, kalau perlu masukkan sedikit air.
  • Masukkan lada hitam ,sos tiram dan sedikit garam.Kemudian masukkan mee hoon, taugeh dan carrot.
  • Gaul sebati hingga masak.Last sekali masukkan telur hancur, gaul rata, tutup api dan boleh la di tabur dengan bawang goreng, hirisan daun bawang, cili merah dan juga hirisan limau kasturi...Kalau suka pedas boleh juga dimakan bersama sambal kicap..

Ikan Kembung Bakar & Air Asam

Assalamualaikum...selamat bercuti..dan Happy Depavali pada yang menyambutnya...Tentu ramai yang ambil kesempatan untuk balik kampung atau pergi bercuti...hari ni saya pun cuti masak..he...he...Tapi saja nak tayangkan gambar 'Ikan Kembung Bakar & Ais Asam' yang simple sangat yang dibuat untuk lunch minggu lepas... tapi saya ngelat skit sebab saya guna pes segera iaitu 'Pes Ikan Bakar Adabi'.! 1st time try , sebelum ni tak pernah jumpa pun...maybe produk baru dari 'ADABI' kot...ke saya yang tak perasan ye? Nak resepi ke? tak ada resepi la sebab pakai pes segera. Cuma gaulkan ikan dgn pes tu , perapkan sebentar dan dibakar hingga masak...Untuk air asam ni plak cuma gaulkan cili padi,tomato dan sedikit bawang yang dihiris bersama garam dan belacan dan sedikit air. Perahkan jus limau nipis dan kalau suka boleh masukkan sedikit isi ikan bakar tadi.Gaul sebati siap dihidangkan.

Kerapu Stim Sweet Sour

Assalamualaikum...selamat malam..mungkan ada yang dah tido ni...kali ni nak kongsikan resepi ikan kerapu stim sweet sour...ala tentu semua orang tau nak masak sweet sour ni kan...tapi takpa la saya syer jugak resepi simple ni...

Bahan2:
  • 1 ekor ikan kerapu sederhana besar -cuci bersih ,lumur garam dan rendam dgn jus lemon seketika.
  • 3 ulas bawang merah-hiris
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1 labu bawang besar-di dadu
  • 2 sudu besar so tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji tomato-di belah @ di dadu
  • 1 biji cili merah dan cili hijau-hiris menyerong
  • 3 biji cili padi-ketuk
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit daun sup

Cara2:

  • Panaskan kukusan. Bersihkan ikan yang direndam tadi dan kukus hingga masak.
  • Dalam kuali lain panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah ,bawang putih dan cili padi hinga layu.
  • Masukkan semua jenis sos. Kacau dan tambah sedikit air.Biarkan mendidih sekejap.
  • Masukkan bawang besar , cili dan tomato.Gaul rata dan biarkan hingga agak layu.
  • Rasa dan jika perlu tambahkan garam atau gula.Kalau ok tutup api dan tuangkan keatas ikan yang telah siap dikukus tadi..Hiaskan dengan hirisan daup sup...

Sotong Oriental

Assalamualaikum...N3 malam ni saya nak kongsikan resepi 'Sotong Oriental'..rasanya dah ramai kawan2 blogger yang dah pernah try buat ni..akak je yang lambat skit...resepi ni saya ambik kat rumah Cik Mat Gebu..Resepi Asal dari rumah kak 'Madiha' yang terlebih dahulu di try oleh 'Kak Nor'...saya C&P ye...thanks..

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 gram sotong
  • 1 tangkai daun kari
  • 5 biji bawang merah, hiris halus
  • 3 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1/2 biji green capsicum, dipotong -saya guna cili merah je..
  • 1/2 biji red capsicum, dipotong - ni pun guna cili hijau
  • 5-6 biji cili padi, diketuk (optional)
  • Gula dan garam secukup rasa

BAHAN SOS :-)

  • 2 camca besar pes tomyam (mat guna jenama "LIFE") -saya pun guna 'Life'
  • 2 camca teh serbuk kari ikan
  • 1 1/2 camca besar sos tiram
  • 2 camca teh sos ikan (nampla)
  • Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)

  • Sotong, dipotong, cuci bersih dan celur sekejap, angkat dan toskan.
  • Bahan2 sos, disatukan dan kacau menjadi pes. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga wangi dan layu.
  • Masukkan bahan sos tadi dan kacau, tumis selama 3 minit dengan api perlahan. Masukkan sotong bersama red dan green capsicum serta cili padi. Kacau rata.
  • Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap hingga sayur masak.
  • Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera...

Oreo Cheese Cake

Assalamualaikum....ha..ha...ha...dah start menge'Cheese' dah minah ni..saja nak tambahkan lemak2 kt badan...he..he...tak da lah saja ja nak try bake oreo cheese cake ni sempena Bithday Hubby ari ni..tapi takdak deco2.. saya tak pandai la nak deco2...kalau nak tau ni 1st time buat ni...alhamdulillah menjadi jugak walaupun rupanya kureng skit...anyway for my lovely Hubby..'Selamat Hari Lahir..semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan diberkati Allah dunia dan akhirat' . resepi asal dari sini tapi saya olah sikit..ok lah jom la kalau nak tengok resepi...

Bahan-bahan:

Untuk Base:
  • 100 gm biskut oreo-buang creamnya
  • 50 gm mentega-cairkan

Untuk Filling:

  • 250 gm Cream Cheese
  • 75 gm gula castor
  • 1 biji telur saiz sederhana
  • 30 gm tepung
  • 200 gm whipping cream
  • 1/2 cawan oreo cincang

Cara-cara :

  • Kisar biskut oreo kemudian gaulkan dengan mentega yg telah dicairkan, masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan mentega dan dialas dengan baking paper .Tekan sikit adunan biskut tersebut.Sejukkan dalam peti sejuk lebih kurang 20-30 minit.
  • Pukul cream cheese dengan gula kastor sampai kembang, Masukkan telur , kemudian pukul lagi sampai sebati, kemudian masukkan tepung, pukul sebati.
  • Masukkan whipping cream pukul lagi lebih kurang 1 minit.
  • Masukkan oreo cincang tadi ke dlm adunan cheese tadi kemudian kacau sedikit.
  • Tuang kan adunan cheese ke dalam loyang yang dah ada base tadi.Bakar dlm suhu 150 darjah celsius selama satu jam secara water bath.
  • Bila kek dah masak sejukkan dalam oven sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk selama 3-4 jam atau semalaman.

Spaghetti Olio


Assalamualaikum...selamat malam..sekejap ja dah abis seminggu kan..esok isnin dah...waa..waa..dah kena kerja...tapi nak buat macam mana..dah jadi tanggungjawab dan juga sumber rezeki..kena la kerja dengan seikhlas-ikhlas hati kan...baru la berkat..ok lah dah makan malam ke? tentu dah kan..lagi pun kalau boleh makan malam ni biar la sebelum pukul 8 malam..he..he...untuk orang2 yang nak jaga badan la ye..cerita pasal dinner ni, ari ni saya masak Spaghetti Olio...hasil dari reki2 kat rumah Cik Mat..tapi saya olah ikut apa yang ada kat dapur saya ni...tak ada buah zaitun pun..tapi ok jugak la...ari tu pi makan kat pizza hut lagi sempoi dia punya spaghetti olio..cuma ada udang, cendawan dan juga cili kering..ok lah saya copy balik resepi dari rumah cik mat ye..timakasih la ye cik mat...
BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 100 gram spaghetti1 biji bawang holland (bawang besar kaler kuning), didadu
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1/4 biji green capsicum, dadu
  • 1/4 biji red capsicum, dadu
  • 4-5 biji cili padi, dititik (optioanl) - saya gantikan dengan cili kering
  • 1/2 camca teh herba Basil (jenis kering dalam botol)
  • 1 helai bay leaf
  • 5 biji buah zaitun hijau - tak ada
  • 5 biji buah zaitun hitam -tak ada
  • 6 ekor udang besar, dibersihkan
  • 1 biji tomato merah, didadu
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam yang baru dikisar secukupnya
  • Minyak zaitun untuk menumis (guna minyak zaitun biasa, bukan jenis "extra virgin")

CARA MEMBUATNYA :-)

  • Didihkan air dalam periuk, letak garam dan masukkan spaghetti, rebus hingga lembut tapi bukan lembik (ikut arahan pada bungkusan atau keinginan sendiri). Toskan dan tuang sedikit minyak zaitun, gaul rata. Ketepikan.
  • Panaskan minyak zaitun dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih dan bay leaf, tumis hingga layu dan masukan tomato. Masak hingga tomato lembut. Tambah udang, red dan green capsicum serta buat zaitun hijau dan hitam. Kacau rata dan masak sekejap hingga udang berubah warna.
  • Masukkan herba Basil, lada hitam dan garam secukup rasa. Tambah spaghetti tadi dan gaul rata hingga mesra. Rasa dan jika ok, matikan api. Hidangkan segera, jika suka boleh tabur sedikit lagi lada hitam sebelum dihidangkan...

Blueberry Cheese Cake & Tempahan

Assalamualaikum...selamat malam semua..apa khabar..mintak maaf la sebab dah brp hari tak ada N3 baru...terima kasih kepada pengunjung2 yang sudi masuk sini..nak cerita sikit pasal N3 kali ni iaitu 'Blueberry Cheese Cake '..resepi ni saya ambil dari rumah sifu kita la ..sapa lagi kalau bukan Cik Mat Gebu..buat ari tu dan bawak pi opis bagi kawan2 rasa, ..tapi tak sangka pulak ada kawan2 yang menempah..bukan niat saya nak meniaga.saya ni memang suka mencuba resepi2 kek yang kebanyakannya dpt dari blog2 masak yang ada..dan bila dah buat kek tu mesti bawak pi opis sebab kalau kat rumah ni tak abis nak makan..ok lah jom tengok resepi yang saya copy dari rumah cik mat...kalau nak tengok cik mat buat step by step boleh tengok sini ye..

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 g cream cheese
  • 50 g gula halus
  • 200 g "whipping cream"
  • 5 kuning telur
  • 120 g tepung gandum
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 5 putih telur
  • 100 g gula halus
  • Secubit cream of tartar (boleh ganti dengan 1 camca teh lemon jus)
  • 1/2 cawan "blueberry segar" - ni saya tak letak pun..

CARA MEMBUATNYA :-)

  • Panaskan oven pada suhu 150C, lenser tin spring form berukuran 9 inci dengan mentega, balut keliling bahagian bawah luar tin dengan aluminium foil .Ketepikan.
  • Putar cream cheese bersama gula hingg lembut. Masukkan whipping cream dan putar lagi hingga adunan licin dan tidak berbintil2.
  • Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati. Perlahankan speed, masukkan tepung gandum dan esen vanilla, kacau rata. Ketepikan sebentar.
  • Dalam mangkuk yang bersih dan kering. Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus (100g) dan cream of tartar atau jus lemon, terus memutar hingga adunan kental.
  • Gaul putih telur tadi ke dalam adunan cheese dengan kaedah kaup balik, hingga rata.
  • Tuang dalam tin dan bakar dengan kaedah "water bath" selama 90 minit. Biar kek sejuk dalam oven dengan cara merenggangkan pintu oven.
  • Simpan kek dalam peti sejuk 4-5 jam sebelum dikeluarkan dari tin. Hias dengan "hiasan" blueberry di atas kek dan selebihnya gunakan kreativiti anda. Simpan dalam peti sejuk.

.....ni last slice...terlupa nak snap..nasib baik ada tinggal satu nii..


####ni pulak order dari kawan satu opis...kali ni buat base dari biskut oreo..harap2 kawan tu berpuas hati la ye...

Maggi Goreng Ala Mamak CMG

Assalamualaikum...malam ni kami sekeluarga makan maggi goreng ja tau..kesian kan..he..he..tapi sekali sekala makan maggi ni sedap tau...bukannya apa, sebab tengok Cik Mat tayang maggi ala mamak ni kat rumah dia tu yang jadi teringin sangat nak makan maggi ni..ayam tak da jadi guna udang ja la...nak resepi ka? tak payah kot..tentu semua tau nak goreng maggi ni kan..ok lah kalau pada sapa2 yang nak tengok resepi , boleh tengok kat rumah Cik Mat atau klik sini ye...

Paprik Sotong

Assalamualaikum...selamat malam semua..kali ni saya nak kongsikan resepi ' Paprik Sotong' yang saya masak untuk lunch kelmarin..mula2 beli sotong ni sebab ingat nak buat 'Sotong Goreng Tepung' tapi sotong dah tinggal 3 ekor ja sebab dah dikorbankan 2 ekor masa masak Mee Hoon Goreng ari tu...kalau buat goreng tepung macam sikit sangat, nanti berebut pulak..so tengok dlm esbox ada sayur2 serba skit maka tercetusla idea nak masak paprik ni...resepi ni pun main campak2 ja...ok kalau nak tengok resepi jom lah...

Bahan-bahan:
  • 3-4 ekor sotong - bersihkan dan potong
  • 3 ulas bwg putih - diketuk
  • 1 labu bwg besar - dihiris kasar
  • 2 btg serai - dihiris kasar
  • 2 helai daun limau purut
  • 5 biji cili padi - di ketuk
  • 1 biji cili merah-hiris menyerong
  • Sedikit bunga kobis, kacang buncis dan carrot -semua sayuran ni di potong ikut suka
  • Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan sos ikan- sukatan agak2 la ye..
  • Garam sekiranya perlu
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara :
  • Panaskan minyak,Tumis bawang bwg putih dan cili padi ketuk, kacau sekejap.
  • Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram ,sos ikan dan sotong. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih sekejap.
  • Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan cili merah. Rasa dan sekiranya perlu , tambahkan sedikit garam.
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan panass2...

Popia Daging


Assalamualaikum...dah minum petang ka? ni yang malas dok rumah ni..mulut ni asyik nak ngap2 ja..godek2 kat esbox, tengok ada kulit popia, daging kisar , carrot dgn taugeh..terus buat popia ni..malas nak buat sos, so cicah dgn sos thai ja la..Taugeh tu pun tak buang ekor pun..he..he..kalau sapa2 yang rajin tu buang la ye ekornya..Tentu ramai yang dah tau nak buat popia ni kan, inti nya boleh buat ikut suka...kalau nak tengok resepi jom lah...
Bahan2:
Inti:
  • 1/2 cawan daging kisar
  • 1 cawan taugeh
  • 1/2 batang carrot-sagat
  • 1/2 labu bawang besar-di dadu
  • Sedikit sos tiram
  • 1 sudu besar minyak masak

15 keping kulit popia.

Cara:

  • Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu. Masukkan daging, masak sebentar hingga daging empuk.
  • Masukkan taugeh, carrot dan sos tiram.Masak hingga agak layu. Tutup api dan angkat.
  • Ambil sekeping kulit popia, letak inti dan gulung hingga kemas.Buat sehingga habis dan goreng dengan api yang sederhana hingga garing..

Ayam Sos Hitam Berampai

Assalamualaikum...selamat pagi..selamat berhujung minggu..sarapan apa pagi ni? kalau keluar makan roti canai kat kedai mamak best kan..kami tak keluar pun...malas la nak siap pagi2 ni...lagipun banyak kerja tak beres lagi..jadi masak je la yang simple2..si kakak tu kalau bangun pagi je terus ja mintak nasi, mula ingat nak masak nasi goreng tapi takdak nasi sejuk plak.last 2 masak nasi putih dan masak 'Ayam Sos Hitam Berampai' ni ..si kakak ni memang suka sangat makan ayam masak kicap...tapi kali ni saja ubah skit..guna resepi yang diceduk kat rumah kak Ummi. ...terima kasih kak ummi..saya C&P je la ye...

Bahan:-

  • 1/2 ekor ayam - potong ikut suka
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 inci halia - dipotong nipis
  • 1 batang serai - diketuk
  • 3 sudu besar kicap pekat ABC (Heinz) - kicap ni mmg hitam pekat
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1/4 sudu kecil lada hitam yg dikisar
  • sedikit air
  • 5 urat kacang panjang - patah2kan 2 inci pjg. -saya guna kacang buncis
  • 1/2 batang lobak merah - dipotong memanjang
  • 2 biji tomato - belah 4 -tak letak
  • 2 tangkai cili hijau/merah - dipotong serong
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara:-

  • Ayam dibersih, ditos dan digaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga ayam masak (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
  • Tinggalkan +- 3 sudu besar minyak yang sama, tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
  • Masukkan kesemua sos, serbuk lada hitam dan sedikit air, gaul rata sekejap.
  • Masukkan ayam, garam dan gula secukup rasa dan masak biar ayam bersalut mesra.
  • Akhir sekali masukkan semua sayuran, cili dan tomato. Kacau sekejap jgn layu sangat.
  • Angkat dan hidangkan.

Sedap tau...makan dengan nasi panassss...

Bingka Roti

Assalamualaikum...selamat pagi..dah sarapan ke belum? Jangan terkejut pagi2 ni dah ada N3 ...bukannya apa,sebelum anak2 bangun...kalau dah bangun tu ada ja yang nak kacau.. bingka roti ni buat malam tadi..kes nak ngabiskan roti yang tinggal separuh tu...dah nak expired sgt dah...kadang2 tu yg malas nak beli roti, bila takdak roti masing2 dok tanya, bila kita dah beli semua buat tak tau je....dah la kali ni kita beli Gardenia Butterscotch...mahal tau..hu..hu..sib baik tgk kat rumah kak hana ada resepi bingka ni...terusla buat projek bingka ni...kak hana saya C&P ye...thanks...
Bahan-bahan
  • 5 keping roti gardenia
  • 2 biji telur - pukul sikit
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 /2 sudu kecil garam
  • 400ml santan
  • 100 ml susu segar / susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara
  • Carik - carikkan roti dan rendam dengan santan. Biarkan sekejap.
  • Satukan susu segar / susu cair dengan tepung gandum dan telur, sebatikan dan tapis.
    Tuang ke no 1 dan masukkan esen vanila dan gula pasir. Kacau sebati.
  • Jika ada bekas bingka, tuang kedalam bekas bingka yang telah dilengser dan bakar dengan api perlahan selama 1 jam.

Note: Cara hana, hana blend semua bahan kecuali roti. Kemudian tuang ke dalam roti yang di carik2 tadi dan rendam 10min (hana tambah kismis dlm adunan). Kemudian bakar suhu 170-180 selama 50min-1jam -saya pun buat macam kak hana dan tambahkan kismis

Mee Hoon Goreng Tomyam

Assalamualaikum...
ish.ish..tak tau la pasai apa asyik ketandusan idea ja ..tak tau nak tulis apa ni...tapi tak apa la,,yang penting ada N3 baru...ok lah cerita pasal mee hoon goreng ni , resepi asal dari CMG , ni first time masak 'mee hoon goreng tomyam'. Sebelum ni kalau masak mee hoon pun , buat mee hoon goreng biasa ja , tak pun mee hoon singapore..ok la..jom check resepi yang di C&P dari rumah CMG...makasih Cik Mat ye..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 g mee hoon kering
1 mangkuk taugeh
1 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
3 biji limau kasuri
2 camca besar sos ikan
2 camca besar kicap cair
2 camca besar pes "tom yam" jenama "LIFE"
1 camca besar sos tiram
1 camca besar cili sos
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 hirisan nipis lengkuas*
5 biji cili padi*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*(*dikisar halus)
2 biji telur
100 g sotong, hiris halus
2 keping fish cake-hiris nipis- ni saya tambah
Belahan limau kasturi, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Hirisan cili padi, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  • Mee hoon direndam hingga lembut, atau rebus mee hoon hingga agak lembut, toskan. Taugeh dibuang ekor cuci dan toskan.
  • Telur tadi didadar dan hancur kan ala2 "scramble egg". Ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan pes tom yam, sos tiram, sos cili, serai dan daun limau purut, kacau rata. Tambah sos ikan, kacau rata.
  • Masukkan telur yang telah di "scramble" tadi bersama2 sotong. Kacau dan masukkan mee hoon, gaul.
  • Tambah kicap cair dan taugeh, kacau hingga rata dan biar masak sekejap. Matikan api. Alih dalam bekas sesuai, hias dengan taburan bawang goreng, hirisan cili padi dan belahan limau kasturi.

Sup Daging Bersayur

Assalamualaikum...ni saya nak kongsikan resepi yang dah lama tertunggak...kalau tak silap ni menu bukak posa ari tu..husband yang suruh masak sup ni..dia suka makan dengan bihun celur..lebih kurang macam bihun sup la..cuma sup ni ada rasa panas blackpepper, pedas dan juga masam...kalau makan dengan nasi pun sodap ni..jom la tengokk resepi..tak boleh nak tulis panjang2..si kecik ni pun sibuk nak menekan je...

Bahan2:
  • 300g daging-hiris nipis, bersihkan dan tos
  • 1 cawan bunga kobis
  • Sedikit kobis
  • 1/2 batang carrot
  • 1 pokok sawi
  • 4-5 batang jagung muda
  • 1 biji tomato-belah 4
  • 5-7 biji cili padi ketuk
  • 1 sudu besar lada hitam-di tumbuk
  • Sedikit jus limau nipis
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • 3 ulas bawang merah-tumbuk
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara2:

  • Sayur-sayuran di bersihkan dan potong ikut suka,ketepikan.. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  • Masukkan daging. Kacau sebentar hingga keluar air daging. Kemudian masukkan air secukupnya ,biarkan hingga mendidih.
  • Masukkan carrot cili padi ketuk dan juga lada hitam yang telah ditumbuk. Masak lagi hingga carrot agak empuk.
  • Kemudian masukkan pula jagung muda dan bunga kobis. Biarkan sebentar dan masukkan pula kobis, sawi dan tomato.
  • Perasakan dengan garam. Masukkan jus limau nipis. Rasa dan jika ok boleh tutup api. Sedia dihidangkan bersama bawang goreng, hirisan daun bawang atau daun sup...

Buttery Orange Cake


Assalamualaikum semua ...apa khabar? harap2 tu sihat la no...kali ni saya nak kongsi resepi 'Buttery Orange Cake' atau nama melayu nya 'kek mentega oren'...resepi ni saya ambik kat rumah Kak Hana .Ni kira percubaan pertama dan hasilnya sungguh tidak mengecewakan lah...moist dan gebu sangat2...lepas ni nak try 'Moist Orange Cake' versi Cik Mat Gebu pulak...tapi nak kena beli bunt-pan dulu..he.he..
ok lah kalau nak tengok resepi, saya kopipes kan je la ye dari rumah kak hana...tima kasih ye akak...

Bahan-bahan :
  • 250gm butter (dilembutkan)
  • 2 sudu besar parutan kulit oren
  • 330gm gula castor- (yg nih hana kurangkan..kat myr -100g)-saya pun guna 200 g je
  • 4 biji telur
  • 225gm tepung naik sendiri- gune tpg gandum+baking powder
  • 75gm tepung
  • 180ml orange juice

Cara-cara :

  • Pukul butter, gula dan kulit oren sehingga kembang.
  • Masukkan telur dan pukul lagi.
  • Masukkan tepung diselang-selikan dengan orange juice. Pukul rata.
  • Isi dalam loyang yg telah dialas kertas dan di gris. Bakar 1jam 10min. ( Oven saya ni terlebih panass, so saya guna 150 darjah celsius je)


Mee Hoon Hailam

Assalamualaikum semua...kali ni saya nak kongsikan resepi 'Mee Hoon Hailam'. Resepi asal dari 'Kuey Teow Hailam' saya ambik kat rumah Cik Mat Gebu. Cuma saya gantikan dengan Mee Hoon..Kalau nak tengok resepi asal boleh klik sini...tapi jangan la pulak bandingkan gambar saya ni dengan Cik Mat...awal2 lagi saya surrender..he..he..saya C&P je la yea...mitak izin ye Cik Mat...timakasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1.5 liter air rebusan tulang lembu @ ayam -saya guna air rebusan ayam
  • 1 keping dada ayam, dihiris
  • 1/2 cawan isi udang
  • 1 keping fish cake, dihiris - x letak
  • 1 cawan potongan bunga kobis
  • 1 cawan hirisan campuran capsicum merah, kuning dan hijau -ganti dgn 5 biji cili padi ketuk
  • 3 pokok sawi bok choy, dibersihkan dan disiang
  • 1 biji tomato, belah empat
  • 1/3 batang carrot, belah 2 dan hiris serong
  • 3 batang jagung muda-hiris menyerong -ni saya tambah
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 3 camca besar sos tiram
  • 1 camca teh kicap pekat
  • 3/4 camca teh serbuk lada hitam
  • 1 camca teh tepung jagung*
  • 1/4 cawan air*(*dibancuh hingga rata)
  • Garam secukup rasa

BAHAN LAIN :-)

  • 500 g kuey teow - saya guna mee hoon yang telah direndam dgn air panas, toskan.
  • 1/2 camca teh minyak bijan
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasanBawang goreng, untuk hiasanCili hijau jeruk

CARA MEMBUATNYA :-)

  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan daging ayam dan lobak merah, kacau rata.
  • Tambah sos tiram, kicap pekat dan serbuk lada hitam, gaul dan tuang stok air rebusan tulang. Biar mendidih.
  • Masukkan udang, bunga kobis dan fish cake. Biar sekejap dan tuang bancuhan tepung jagung, kacau rata dan masukkan tomato, sawi bok choy, cili padi dan juga garam secukup rasa.
  • Masak sekejap dengan api perlahan hingga kuah memekat. Matikan api.
  • Panaskan kuali non-stick, masukkan kuey teow tadi bersama minyak bijan dan kacau pantas selama 30 saat. Matikan api dan alih ke dalam mangkuk hidangan.
  • Tuang kuah tadi dan hias dengan taburan daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama cili hijau jeruk...

Nasi Goreng Tomyam

Assalamualaikum...kali ni saya nak kongsikan resepi nasi goreng tomyam yang saya buat ari tu untuk dinner...tapi saya campakkan bahan2 yang ada kat esbox saya tu..bahan2nya tak meriah sangat sebab yang ada cuma udang, kobis dan sawi je...serai dan daun limau purut pun ada skit tapi still terasa lagi 'Tomyam'nya tu...ok lah jom tgk resepi...

Bahan:
  • 2 mangkuk nasi
  • 2 biji telor
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih-dihiris
  • 1 1/2 sudu besar pes tomyam
  • Sedikit kobis dan sawi-dipotong2
  • 5 biji cili padi - diketuk
  • 1- 2 helai daun limau purut - hiris halus
  • 1 batang serai-dihiris halus
  • 1 sudu besar sos ikan-ni optional
  • sedikit hirisan lengkuas
  • 10 ekor udang
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak:

  • Panaskan minyak di dalam kuali Pecahkan telor dan goreng seperti telor hancur hingga masak.
  • Masukkan bawang, serai, lengkuas dan cili padi . Goreng hingga wangi.
  • Masukkan udang , pes tomyam dan sos ikan. Kacau hingga udang masak.
  • Masukkan sayuran, daun limau purut dan kacau rata.
  • Masukkan nasi dan kacau balik hingga rata dan masukan garam secukup rasa.
  • Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum. Tutup api dan boleh lah dihidangkan dengan taburan bawang goreng.

Penang Char Kue Teow

Assalamualaikum...selamat malam semua...mintak maaf la sebab dh lama tak letak N3 baru..terima kasih kepada yang sudi singgah ye..kali ni saya nak kongsikan resepi 'Penang Char Koay teow' yang saya buat untuk dinner..tapi saya guna 'sos char koay teow M'DEE' macam gambar kat bawah tu..pada saya sos ni sedap...hubby pun puji...he...he...nak masak char koay teow ni cepat sangat tapi satu je yang tak best nya sebab kena masak satu-satu atauoun dgn kata lain sekali masak untuk sorang makan je, pastu kena makan segera kalau tidak kuah nya meresap...tak sedap...kalau nak buat sekali harung pun boleh tapi hilang la keoriginalannya tu...ok lah jom tengok resepi kat bawah...tapi sukatan ni untuk sorang makan tau...kalau nak double @ tripplekan pandai2la adjust ye....

Bahan2:
  • 70-100 g koay teow
  • Secubit bawang putih cincang
  • 3-4 ekor udang sederhana besar
  • 10-12 ekor isi kerang rebus
  • sedikit taugeh dan kucai
  • 1 sudu cili kisar....kalau nak pedas boleh tambah
  • 1 biji telur
  • 1 senduk kecil minyak masak
  • 2 senduk kecil sos char kuey teow

Cara2:

  • Panaskan sesenduk kecil minyak masak, masukkan udang dan kerang.Kacau sebentar
  • Masukkan secubit bawang putih, kemudian masukkan cili kisar secukup rasa.
  • Masukkan kuey teow, taugeh dan kucai.Kacau hingga sebati.
  • Pecahkan telur dan masukkan 2 senduk kecil sos char kuey teow.
  • Kacau sebentar, angkat dan boleh dihidangkan...
Ni la Sos Char Kuey Teow tuu...

Daging Goreng Pedas




Assalamualaikum....pagi ni saya nak kongsikan resepi daging goreng pedas...ni resepi campak2 ja...guna apa yang ada kat dapur tu...tapi rasanya sedap la..tambah pulak dimakan dengan nasi panasss...kalau nak tengok resepi jom pi bawah nii...


Bahan-bahan:


  • 500 g daging lembu -direbus sampai empuk kemudian hiris nipis

  • 2 ulas bawang putih diketuk

  • 1 labu bawang besar dipotong bulat

  • 1 sudu besar cili kisar

  • 1 sudu besar sos tiram

  • Sedikit sos ikan

  • 1 sudu besar sos cili

  • 5 biji cili padi-di ketuk

  • 1 biji cili merah-hiris menyerong

  • Sehelai daun limau purut

  • 1 batang serai-diketuk

  • Sedikit minyak untuk menumis

  • Garam jika perlu

Cara2:



  • Panaskan sedikit minyak, goreng daging rebus yang telah dihiris nipis sampai kekuningan sikit,angkat dan ketepikan.

  • Tumis bawang putih dan serai ketuk sampai naik bau, masukkan cili kisar. Goreng sikit hingga agak garing,kemudian masukkan daun limau purut, cili padi ketuk, sos tiram, sos ikan dan sos cili.

  • Masukkan daging tadi , cili merah dan bawang besar yg dihiris bulat. Kacau dan rasa, jika perlu tambahkan sedikit garam. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Hiaskan ikut kreativiti...

Mee Goreng Daging

Assalamualaikum.....selamat malam..N3 malam ni main campak2 ja. yang ada cuma daging . tu yang bagi nama Mee Goreng Daging...Lagipun dah lama tak ada N3 baru...ok la kalau nak tengok resepi jom tengok kat bawah...

Bahan2:
  • 500 gm mee kuning
  • 200 gm daging lembu - potong nipis
  • 1 cawan taugeh
  • 1 pokok sawi sawi dan sedikit kobis
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Minyak masak secukupnya
  • 3 ulas bawang merah -hiris halus
  • 2 ulas bawang putih - hiris halus
  • 2 biji telur- kocok skit
  • 1 cawan air
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak:

  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing.
  • Masukkan hirisan daging dan kacau. Tambahkan air dan masak hingga daging empuk.
  • Masukkan sos cili, sos tiram ,kicap dan garam secukup rasa.Masak sebentar.
  • Kemudian masukkan mee . Kacau rata. Masukkan sawi, kobis dan taugeh.
  • Tolak mee ke tepi kuali dan masukkan telor. Biarkan telor masak sebelum digaul dengan mee tadi.
  • Kacau rata dan angkat. Hiaskan dengan daun bawang, bawang goreng dan cili merah.

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum....salam aidilfitri.....ish...ish...tuan rumah baru sampai rumah nii...tuan rumah cuti sakan nii..he...he...he.... walau bagaimanapun saya ucapkan terima kasih kepada yang sudi berkunjung kat sini walaupun dah lama tak update...tak bawak balik laptop kat kg....lagi pun rasanya kalau bawak balik pun mesti tak sempat update....sibuk memanjang....ye la beraya sakan la katakan...
Ok la, walaupun hari ni dah seminggu kita beraya tapi rasanya masih belum terlewat untuk saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan Batin...Maaf di pinta sekiranya ada terkasar bahasa didalam penulisan atau percakapan....Semoga Aidilfitri tahun ni akan memberikan keceriaan dan juga merapatkan silaturrahim sesama kita...Amin..... kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat hari malaysia... cuti lagi nih..... petang nih nak pi beraya lagi la... bye

Honey BBQ Sausage

Assalamualikum, selamat pagi semua....dah lama tak berkesempatan nak update blog....sibuk apa pun tak tau...he...he...masak tu masak tapi yang simple2 ja.Ni pun edisi tertunggak sebenaqnya...buat masa abang mai bukak puasa kat rumah ari tu...dia call bagitau pun last minit so masak ja la apa yang ada...sosej ni pun dah lama dok dlm freezer tu...bila jalan2 kat rumah kak ummi nampak kak ummi buat bbq sosej ni. so saya pun try la ...senang sgt tapi sedap tau...saya buat 1/2 bungkus ja sosej tu...ok lah saya c&p balik ye yang kak ummi taip.thanks kak ummi...kalau nak tengok versi kak ummi leh tgk sini ye....
HONEY BBQ SAUSAGE
Sumber: Kak Ummi
-saya buat 1/2 drp resepi ni

Bahan:-
1 bungkus sosej mini Ayamas (perisa blackpepper) -saya buat 1/2 bungkus ja
air secukupnya untuk merebus sosej
3 sudu besar sos bbq - akak guna jenama Life
1 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar sos cili
3 = 4 sudu besar madu
secubit garam
3 sudu besar minyak zaitun - saya guna butter je..
sedikit air
Cara-Cara:-
Rebus sosej hingga masak dan toskan. Campur kesemua sos dan kacau.
Panaskan sedikit minyak zaitun dalam non-stick pan dan masukkan campuran sos tadi.
Letakkan sedikit garam dan air. Kacau sekejap dengan api perlahan sekali.
Masukkan sosej dan kacau balik dengan sos tadi hingga kesemua sos melekat pada sosej dan kering dari pan.
Bila semua telah bersalut, angkat sosej tadi.
Hidangkan bersama mayonis dan sos mustard. Selamat Mencuba!!

Sambal Ikan



Assalamualaikum...dok buat apa tu?mesti dok sibuk2 kat dapur kan? Hari ni saya masak simple2 ja, tu yang ada masa nak post kan N3 yang tertunggak ni...sebenarnya ni juadah berbuka ari sabtu ari tu....hb yang suruh masak lauk ni dan pesan boh bawang banyak skit...cuma ikan yang saya guna ni cinonet je, kalau ikan yang gemuk skit mesti lagi sedap...alah, sambal ni biasa ja, tapi saya letak jugakla resepi kat sini...jom tengok.....

Bahan2 :
  • 3 ekor ekor ikan kembong
  • 1 biji bawang besar- dihiris bulat
  • 1 biji cili hijau-di hiris menyerong
  • 1/2 cawan cili kisar
  • 1/4 cawan jus asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci belacan* -(bahan*ditumbuk lumat)

Cara-Cara:-

  • Ikan dibersihkan, dikelar dan dilumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
  • Tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar minyak masak, tumiskan bahan tumukhingga wangi.
  • Masukkan cili kisar, masak hingga terbit minyak .
  • Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Tambah air sedikit.
  • Biarkan mendidih dan agak pekat sedikit, masukkan ikan , bawang besar dan cili hijau. Gaul rata sebentar. Matikan api dan sedia untuk dihidang.

Gulai Ketam Bersama Nenas

Assalamualaikum....selamat berhujung minggu...mesti ramai yan sibuk dok mengukis sekarang ni kan??ye la lagi seminggu lebih je lagi kan dah nak raya...Gulai ketam ni saya masak semalam untuk berbuka...dah hujung2 puasa ni, makan pun dah tak berapa berselera tapi dengan Gulai ketam ni terus terbuka selera..ye la sebelum ni makan tak pernah bertambah tapi semalam sampai 2-3 kali tambah...mesti ada yang tanya sedap sangat ke tu???nak kata sedap sangat tu tak tau la tapi ni memang peberet kami sekeluarga...resepi nya biasa ja tapi bila digandingkan dengan nenas tu yang buatkanya lagi best..terasa masam manis nenas tu...ok la jom tengok resepi kat bawah ni...

Bahan2:
  • 5 ekor ketam-bersihkan dan tos
  • 1 biji nenas-di kupas, dibersihkan dan kemudian celur sekejap-toskan
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1/2 sudu besar serbuk cili
  • 1 keping asam gelugur
  • 3 ulas bawang meras-hiris halus
  • 2 ulas bawan putih-hiris halus
  • 1/2 inci hali-hiris halus
  • 1 tangkai daun kari
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara2:
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari dan halia hingga wangi.Masukan serbuk kari dan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air. Masak dengan api kecil hingga garing.
  • Masukkan ketam, santan cair dan asam gelugur. Masak hingga mendidih.
  • Kemudian masukkan nenas dan santan pekat. Masukkan garam dan gula jika perlu. Biarkan mendidih 2-3 minit lagi atau hingga ketam masak.Rasa dan jika ok boleh tutup api dan boleh dihidangkan..

Biskut Cornflakes

Assalamualaikum....salam pagi Jumaat yang mulia ni., terutamanya pada 17 Ramadhan ni...hari di mana Al-Quran diturunkan....semoga di bulan yang mulia ni kita dapat menggunakan kesempatan yang ada untuk membaca dan juga bertadarus Al-Quran....lagi 13 hari ja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita ...tahun depan kita tak tau lagi samada kita masih diberi kesempatan olehNYA atau pun tidak..semoga kita masih dipanjangkan umur...Amin....

Bila dah tinggal tak banyak hari lagi, dah tentu ramai yang dah start mengukis ni kan...termasuk la saya he..he..he...ye la hari cuti ni je la nak mengukis pun, kalau hari kerja...uish...tak larat la....balik kerja ja terus bersilat kat dapur, pastu malam plak mata dah tak daya nak bukak dah...

Ok la cerita pasal cookies ni, cornflakes cookies ni saya cedok kat rumah kak ummi....saya ni tak pandai nak buat cookies yang lawa2, so pi rumah kak ummi nampak la cookies ni yang senang sangat nak buat dan kalau ikut kata kak ummi cookies ni dah jadi cookies wajib kat rumahnya...kal ummi saya C&P resepinya ye...mintak halal ye...timakasih...

Biskut Cornflakes

Sumber : Kak Ummi

Bahan:- (anggaran 70 biji) -saya buat dua adunan

  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 biji telor
  • 2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)
  • 1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
  • 2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)

Cara Membuat:-

  • Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telor dan pukul lagi. Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata.
  • Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata. Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.

Biskut Irish

Salam semua....aduss!! dek tak tahan tengok kawan2 tayang biskut Irish ni, den pun berkobar-kobar nak mencubanya....kira tak sempat nak tunggu besok dah terus buat malam2 ni...sebelum ni tengok kat rumah Cik Mat, pas tu kat rumah kak ummi dgn kak hana plak...kali ni biskut ni dah singgah kat rumah den pulak...pada saya la biskut ni memang sedap , bahan2nya pun tak banyak....untuk resepi saya c&p kat rumah Cik Mat je la ye...thanks Cik Mat,....


Biskut Irish
Sumber: Cik Mat Gebu, Kak Ummi , kak Hana & dll

Bahan A:-

  • 180 g mentega
  • 20 g shortening (lemak sayur)
  • 130 g gula halus -saya guna gula icing
  • 1 kuning telur
  • 1 camca teh nescafe (mat ganti dengan esen vanilla) -saya pun guna esen vanila
  • 1 camca teh esen kopi (pun tak bubuh sebab tak de) -pun tak buh

Bahan B:-

  • 200 g tepung gandum
  • 100 g tepung sagu ubi
  • 1/2 camca teh serbuk penaik
  • 40 g nestum, dikisar halus - saya gantikan dengan corn flakes

Bahan Hiasan:-

  • Kuning telur untuk sapuan
  • Gula bewarna atau apa jelah ikut suka, sebagai hiasan

Cara membuatnya:-

  • Satukan semua bahan A dalam mixing bowl dan pukul hingga semua sebati dan berkrim.
  • Perlahankan speed dan masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
  • Canai doh setebal 1/2 cm dan terap mengikut acuan kegemaran. Susun dalam dulang pembakar, sapu kuning telur dan hias ikut suka. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit.
  • Bila keluarkan dari oven, biar biskut dalam dulang sementara waktu (mat perhatikan, biskut agak lembut masa dalam keadaan panas).
  • Bila biskut agak keras boleh dialihkan ke jaringan dan sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..

Nasi Lemak Kukus


Assalamualaikum...ish..ish..lama tak update ye...bukan nya apa, malas sebab laptop ni lembab giler...agaknya dah nak kena format ni...sebenarnya N3 ni adalah juadah berbuka ari isnin...anak yang request...mula2 ingat nak buat sambal udang tapi anak saya ni nak sambal ikan bilis....so buat je la...kesian.... dia puasa kan...kali ni saja saya buat versi kukus....lagipun kalau buat kukus, nasi kita tak berkerak...bahan2 sama macam nasi lemak lain jugak..kalau nak tengok resepi jom pi bawah nii...tapi sukatan yang saya buat ni untuk makan 3 beranak je...kalau ramai nak makan boleh doublekan sukatan nya yer...



Bahan2:
  • 2 cawan beras basmathi ( rendam 3 jam-kemudian bersihkan dan toskan )-kalau guna beras biasa tak perlu rendam.
  • 3 cawan santan
  • 1 batang serai-di ketuk
  • 2 ulas bawang meras-dimayang
  • 1/2 inci halia-dihiris
  • 1 helai daun pandan-disimpul
  • 1 sudu kecil halba
  • Sedikit garam

Cara2:

  • Masukkan semua bahan2 diatas kedalam periuk.Masak macam masak nasi biasa.
  • Apabila nasi dah kering, pindahkan kedalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu..
  • Kukus hinggan nasi betul2 masak, lebih kurang 20-30 min...Angkat dan boleh dihidangkan dengan sambal kesukaan masing2...

Sambal Sotong


Assalamualaikum.....buat aper tu...buat biskut raya ka???ka dah ada yang pingsan...hari ni saya nak kongsikan resepi sambal sotong...kali ni saya buat versi CIK MAT GEBU kita tu...ada ka yang tak kenal ???tentu semua kenal kan...ala...Mat Gebu Blogger masak yang tersohor tuu??
Saya ni kan sejak jumpa dgn mat ni, tiap2 hari mesti kena singgah kat rumat dia...kadang2 sampai 3-4 kali sehari...nasib baik mat tak tutup pintu rumah dia tu...saya ni bukan apa, suka tengok dan cuba resepi2 dari dia...kira mat ni sumber ilham la....ok lah kalau nak tengok sambal sotong versi mat boleh tengok kat sini... tapi jangan plak ada yang compare gambar sambal sotong saya ni dgn mat punya..sah2 macam langit dengan bumi...saya buat separuh daripada resepi mat ni..ye la yang nak makan 2 orang ja, kalau buat banyak kang takut ada yang tak termakan kot....lagipun bulan Ramadhan ni tak elok membazir kan??? Sebelum ni saya kalau buat apa2 sambal tak pernah letak buah keras, tapi kali ni saya ikut cara mat dan pada saya sambal ni sedap...ok lah saya kopipes ja la ye dari rumah mat...mintak halal ye mat....

SAMBAL SOTONG
Sumber: Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 400 gram sotong
  • 2 cawan cili kisar
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci belacan*
  • 2 biji buah keras*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
  • Sotong, dicuci bersih, potong bentuk gegelang, manakala kepala dia, dibuang paruh dan mata. Cuci dan toskan.
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, tumis hingga garing. Tuang jus asam jawa, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga pekat.
  • Masukkan sotong dan gaul. Masak hingga sotong kecut sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api, tak perlu masak sotong terlalu lama, nanti liat....

Nasi Ayam Black Pepper

Assalamualaikum....selamat hari minggu....dok buat apa tu? tentu dok pikiaq nak masak apa untuk berbuka nanti kan??Kalau penin2 sgt, masak ja nasi ayam....senang ja...
Nasi Ayam ni adalah juadah berbuka minggu lepas tapi tak sempat nak post kan.... tentu ramai yang pernah buat nasi ayam kan??? Kalau kita tengok, macam2 version nasi ayam yang ada...ada 'nasi ayam madu', 'nasi ayam hainan', 'nasi ayam ipoh' dan macam2 lagi....Ayamnya pulak boleh terpulang la nak goreng panggang ka...goreng pun sedap....Untuk kali ni saya buat versi goreng....
Kalau nak tengok resepi jom la....

BAHAN2 NASI AYAM :
  • 3 cawan beras basmathi- cuci dan rendam 15-20 minit, toskan
  • 5 cawan stok sup ayam
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 helai daun pandan-disimpul
  • 1 inci halia*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 labu bawang besar*-bahan* dikisar
  • 1 sudu besar mentega
  • Garam secukup rasa
CARA2 :
  • Panaskan mentega dalam periuk ( kalau nak tumis terus dlm rice cooker pun boleh), tumis bahan2 kisar, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum.
  • Masukkan daun pandan. Kacau rata dan masukkan beras, goreng beras dengan bahan tadi selama 1-2 minit. Alih beras tadi dalam rice cooker, tuang stok ayam dan gaul.
  • Tambah garam secukup rasa. Masak seperti biasa. Bila nasi dah masak taburkan hirisan daun sup, karehkan nasi perlahan-lahan dan tutup sebentar. Kemudian boleh lah ditabur dengan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

BAHAN2 UNTUK AYAM GORENG BLACK PEPPER:
  • 4 ketul ayam yang telah di rebus ( di ambil drp sup ayam )
  • 2 sudu besar sos black pepper
  • 1 sudu besar balack pepper- ditumbuk halus
  • 1 sudu besar madu
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 ulas bawang putih-di tumbuk halus
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

CARA2:

  • Ayam di gaulkan dengan bahan2 di atas kecuali minyak, perapkan 2-3 jam.Kemudiaan boleh la di goreng terendam ...Angkat dan boleh la dhidangkan
BAHAN2 UNTUK SUP AYAM :
  • Ayam dipotong 4- cuci bersih dan toskan.
  • Sedikit ayam-bahagian tulang-di potong kecil
  • Air secukupnya
  • 2 biji kentang-di potong2
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 3 ulas bawang merah-tumbuk
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk
  • 1 inci halia-tumbuk
  • 1 tangkai daun sup-dikerat
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa

CARA2:

  • Panas minyak, tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk , masukkan ayam dan kacau sebentar
  • Masukkan sup bunjut dan air .Biarkan hingga mendidih . Keluarkan 4 ketul ayam tadi dan biar kan sejuk.
  • Cedok keluar 6 cawan stok ( 5 cwn untuk memasak nasi,1/2 cwn untuk sambal kicap dan 1/2 cawan lagi untuk sos cili) .
  • Kemudian masukkan kentang dalam baki kuah sup, tambah air jika perlu. terus memasak hingga empuk.
  • Masukkan garam secukupnya , masak sekejap lagi. Masukkan daun sup dan boleh la tutup api. Hias dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

BAHAN2 SAMBAL KICAP:

  • 3 biji cili padi
  • Sedikit halia
  • 2 ulas bawang putih
  • Kicap secukupnya
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • Sedikit bancuhan tepung jagung

CARA2:

  • Tumbuk cili,bawang putih dan halia hingga halus. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali bancuhan tepung jagung.Masak sebentar dan masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan dan boleh tutup api....

BAHAN SOS CILI :

  • 5 biji cili merah-di buang biji
  • 3 biji cili padi merah
  • 1 biji tomato
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan stok sup ayam
  • 1 hirisan halia
  • Gula dan garam secukup rasa

UNTUK SOS CILI :

  • Cili merah, cili padi, bawang putih dan tomato dikisar halus, masukkan ke dalam periuk, masukkan stok ayam dan halia. Masak hingga mendidih, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api kecil sehingga pekat. Biar sejuk dan boleh hidangkan bersama nasi ayam tadi...