Pages

Paprik Sotong

Assalamualaikum...selamat malam semua..kali ni saya nak kongsikan resepi ' Paprik Sotong' yang saya masak untuk lunch kelmarin..mula2 beli sotong ni sebab ingat nak buat 'Sotong Goreng Tepung' tapi sotong dah tinggal 3 ekor ja sebab dah dikorbankan 2 ekor masa masak Mee Hoon Goreng ari tu...kalau buat goreng tepung macam sikit sangat, nanti berebut pulak..so tengok dlm esbox ada sayur2 serba skit maka tercetusla idea nak masak paprik ni...resepi ni pun main campak2 ja...ok kalau nak tengok resepi jom lah...

Bahan-bahan:
  • 3-4 ekor sotong - bersihkan dan potong
  • 3 ulas bwg putih - diketuk
  • 1 labu bwg besar - dihiris kasar
  • 2 btg serai - dihiris kasar
  • 2 helai daun limau purut
  • 5 biji cili padi - di ketuk
  • 1 biji cili merah-hiris menyerong
  • Sedikit bunga kobis, kacang buncis dan carrot -semua sayuran ni di potong ikut suka
  • Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan sos ikan- sukatan agak2 la ye..
  • Garam sekiranya perlu
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara :
  • Panaskan minyak,Tumis bawang bwg putih dan cili padi ketuk, kacau sekejap.
  • Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram ,sos ikan dan sotong. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih sekejap.
  • Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan cili merah. Rasa dan sekiranya perlu , tambahkan sedikit garam.
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan panass2...

9 comments:

hazila said...

Salam,
wow berselera betul nampak paprik sotong ni, rasa cam nak buat je. Selamat berkenalan.

dek_ma said...

slmt berkenalan zila...trma kasih sudi masuk sini...

Putra Haikal said...

rasa mcm nak try je resepi2 yg ada kt sini... tgk sehari dua lagi nak beli dapur gas.. nk blajar masak... hehehe... kelakar lak rasa sy org laki nak masak2.. ah lantak la.. kenyang perut sendiri kn hehehe....

dek_ma said...

haikal..tak rugi belajar masak ni..untung ada la...kenyang perut..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

yummy...lamer giler x makan paprik
salam perkenalan dari negara matahari terbit :))

Anonymous said...

Hari. .nak try masak paprik ni

Anonymous said...

Hari ni org umah tak sihat.....nak masak paprik ni lah nampak yummy

Anonymous said...

Bolehlh try masak untuk berbuka..

Nani Shuhada said...

google2 imej..terus keluar resipi dr sini...i follow..sotong sedang didefrostkan..

Post a Comment